[OG] TAKDIR BOLEH U-TURN KE?

[OG] TAKDIR BOLEH U-TURN KE?

  • WpView
    Reads 22
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Mar 8, 2026
Amna Raflesia, seorang gadis yang pernah terluka, memilih untuk menutup pintu hatinya daripada cinta. Luka lama yang masih berbekas membuatkan dia berhati-hati dalam menerima kehadiran sesiapa dalam hidupnya. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Naim Affandi-seorang lelaki yang turut membawa beban masa silam. Dalam pertemuan yang tidak disangka-sangka, mereka mula menemui cahaya baru dalam kehidupan masing-masing. Bersama, mereka belajar mencintai dan menyembuhkan. Perlahan-lahan, tembok yang mereka bina untuk melindungi hati mula runtuh, memberi ruang untuk rasa kasih yang selama ini mereka cuba nafikan. Namun, tidak semua kisah cinta itu mudah. Kebahagiaan mereka mula diuji apabila bayang-bayang masa lalu kembali menghantui. Perebutan kuasa yang melibatkan tanah warisan keluarga Naim menjadi api dalam sekam, menggugat kepercayaan dan mengheret mereka dalam konflik yang penuh dengan pengkhianatan. Kemunculan bekas kekasih Amna menambahkan lagi retak dalam hubungan mereka, membangkitkan keraguan dan ketidakpastian yang menguji kesetiaan serta kejujuran. Di saat mereka masih berusaha mempertahankan rumah tangga yang semakin goyah, takdir memberikan tamparan paling hebat-Amna disahkan menghidap kanser adrenal, penyakit yang jarang ditemui dan memerlukan rawatan pakar yang berpengalaman. Dalam ketakutan dan kesakitan, hanya satu harapan yang tersisa: Naim. "Abang, Amna nak sangat abang yang boleh rawat Amna. Amna percayakan abang untuk bedah Amna. Abang boleh tunaikan janji abang dekat Amna?" - Amna Raflesia "Abang cuba sedaya upaya abang, sayang. Abang cintakan sayang sampai akhir hayat abang." - Naim Affandi Antara cinta dan ketakutan, antara janji dan trauma, Naim berdepan dengan keputusan yang paling sukar dalam hidupnya. Demi cinta, adakah Naim sanggup kembali ke medan yang pernah menghancurkannya? Atau kali ini, dia akan sekali lagi kehilangan orang yang paling berharga dalam hidupnya?
All Rights Reserved
#1
maria
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Derita Seorang Maira  | C
  • Forever Isn't What We Promised
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • HELLO QASWAR
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄
  • Permission to Fall, Prof!
  • Racing King
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Takdir terakhir kita [C]

Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...

More details
WpActionLinkContent Guidelines