TAKDIR BOLEH U-TURN KE?

TAKDIR BOLEH U-TURN KE?

  • WpView
    Leituras 21
  • WpVote
    Votos 1
  • WpPart
    Capítulos 1
WpMetadataReadEm andamento
WpMetadataNoticeÚltima atualização dom, mar 8, 2026
Amna Raflesia, seorang gadis yang pernah terluka, memilih untuk menutup pintu hatinya daripada cinta. Luka lama yang masih berbekas membuatkan dia berhati-hati dalam menerima kehadiran sesiapa dalam hidupnya. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Naim Affandi-seorang lelaki yang turut membawa beban masa silam. Dalam pertemuan yang tidak disangka-sangka, mereka mula menemui cahaya baru dalam kehidupan masing-masing. Bersama, mereka belajar mencintai dan menyembuhkan. Perlahan-lahan, tembok yang mereka bina untuk melindungi hati mula runtuh, memberi ruang untuk rasa kasih yang selama ini mereka cuba nafikan. Namun, tidak semua kisah cinta itu mudah. Kebahagiaan mereka mula diuji apabila bayang-bayang masa lalu kembali menghantui. Perebutan kuasa yang melibatkan tanah warisan keluarga Naim menjadi api dalam sekam, menggugat kepercayaan dan mengheret mereka dalam konflik yang penuh dengan pengkhianatan. Kemunculan bekas kekasih Amna menambahkan lagi retak dalam hubungan mereka, membangkitkan keraguan dan ketidakpastian yang menguji kesetiaan serta kejujuran. Di saat mereka masih berusaha mempertahankan rumah tangga yang semakin goyah, takdir memberikan tamparan paling hebat-Amna disahkan menghidap kanser adrenal, penyakit yang jarang ditemui dan memerlukan rawatan pakar yang berpengalaman. Dalam ketakutan dan kesakitan, hanya satu harapan yang tersisa: Naim. "Abang, Amna nak sangat abang yang boleh rawat Amna. Amna percayakan abang untuk bedah Amna. Abang boleh tunaikan janji abang dekat Amna?" - Amna Raflesia "Abang cuba sedaya upaya abang, sayang. Abang cintakan sayang sampai akhir hayat abang." - Naim Affandi Antara cinta dan ketakutan, antara janji dan trauma, Naim berdepan dengan keputusan yang paling sukar dalam hidupnya. Demi cinta, adakah Naim sanggup kembali ke medan yang pernah menghancurkannya? Atau kali ini, dia akan sekali lagi kehilangan orang yang paling berharga dalam hidupnya?
Todos os Direitos Reservados
#555
drama
WpChevronRight
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • Dalam Luka Ada Kamu
  • [OG] Cinta Terakhir
  • 𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | OG
  • LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART
  • Forever Isn't What We Promised
  • H A R I S   Z U F R A N  (RAW)
  • Permission to Fall, Prof!
  • Se. Ru. Mah
  • 𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 | COMPLETED
  • My Grumpy Jealous Husband

Mungkin aku dan kau tidak menyatu tapi kisah kita menjadi saksi kita pernah bersatu. - Haura Malaiqa, seorang wanita yang bertugas sebagai pembantu peribadi buat Tengku Rayyan. Atas layanan yang berbeza terhadap Haura Malaiqa, pembantu yang lain jadi cemburu buta dan mengatakan Haura Malaiqa sanggup menjual tubuhnya pada Tengku Rayyan agar dirinya dijadikan ratu oleh Tengku Rayyan. "Oh... sekarang aku baru faham. Kau bukannya takut sebab mummy dan daddy aku tahu pasal hubungan kita ni, kan?" "Apa maksud Tengku?" "Kau takut Ryaz tahu pasal hubungan kita ni, kan?" Hubungan apa yang Tengku Rayyan dan Haura Malaiqa punyai? Rahsia apa yang Tengku Rayyan dan Haura Malaiqa cuba sembunyikan? Adakah ianya benar seperti yang dikatakan pembantu lain? "Aku akan buat kau rasakan hancurnya hati aku." "Aku akan pastikan kau lihat kebahagiaan aku dengan Kamelia." "Aku akan bahagia... dengan anak yang Kamelia akan kandungkan." Sakit? Setentunya sakit tapi Haura Malaiqa sedar akan kedudukannya. Siapalah dia berbanding Kamelia yang seribu lebih jauh berbeza darinya? Dirinya hanya sekadar pembantu yang layak duduk di dapur. Sejauh manakah Haura Malaiqa perlu bertahan rasa sakit itu? Benarkah Tengku Rayyan sudah bisa menggantikan dirinya ditempat hati lelaki itu?

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo