Kadang-kadang, kita terlupa bahawa cinta itu bukan hanya tentang waktu yang tepat, tetapi juga tentang perjalanan yang membawa kita ke sana. Salea dan Irsyad, dua jiwa yang pernah bertaut dalam sebuah kisah yang terhenti kerana masa yang belum bersedia. Cinta mereka, yang terpendam dalam senyap, dibawa oleh takdir dan waktu yang berubah.
Irsyad, lelaki yang sentiasa teguh dengan prinsipnya, enggan menyerah pada hubungan yang terasa sukar. Dia memilih kebebasan, mengabaikan perasaan yang selama ini menyelubungi hatinya. Sementara Salea, yang tak pernah melupakan cinta pertama, berusaha melangkah pergi meski hatinya terus diselubungi kenangan manis dan pahit bersama Irsyad. Namun, dia percaya bahawa hidup perlu diteruskan, meski cinta itu masih membekas di sanubari.
Perjalanan mereka, penuh dengan pertemuan dan perpisahan, membawa mereka ke arah yang tidak dijangka. Mereka belajar untuk menerima kenyataan bahawa kadang-kadang, kita perlu kehilangan sesuatu sebelum kita menemui kembali apa yang benar-benar kita perlukan. Tetapi, seperti yang selalu diajarkan oleh takdir, apabila waktu itu tiba, tak ada yang dapat menghalang. Cinta yang tersembunyi akan kembali, jika itu yang memang ditentukan.
"Mungkin, kita hanya perlu menunggu waktu yang tepat... agar kita temui jalan kembali kepada satu sama lain."
Tous Droits Réservés