Apabila suara menjadi senjata, dan nama menjadi kutukan... hanya mereka yang kehilangan mampu menyelamatkan yang tersisa.
Semuanya bermula dengan satu doa.
Bukan doa biasa, tetapi Doa Terlarang-frekuensi purba yang tidak sepatutnya didengar oleh manusia.
Mereka yang terdengar akan kehilangan nama, suara, identiti... dan akhirnya, menjadi sesuatu yang bukan manusia.
Di dunia yang kini sunyi dan retak, lima orang tersisa. Mereka tidak sempurna. Mereka bukan penyelamat.
Tetapi mereka satu-satunya yang masih ingat, masih merasa, dan masih melawan.
Ezra Vantore, si Penjaga Kenangan, dikurniakan ingatan sempurna yang menjadi luka paling dalam.
Aris "Echo" Sakamura, si Pemburu Bisikan, sanggup kehilangan pendengaran demi menyelamatkan orang lain.
Dr. Celeste Mourier, si Pakar Linguistik, menyimpan rahsia tentang asal-usul Doa Terlarang.
Orion "Blind Seer" Luthen, detektif buta yang melihat dunia melalui deria lain.
Dan Lucian, lelaki tanpa nama, yang sedang bergelut dengan bayangannya sendiri.
Mereka adalah Dreadnaught-berjalan dalam dunia tanpa suara, mencari jawapan yang mungkin tidak sepatutnya wujud.
Kerana jika Doa Terlarang bukan sekadar kutukan,
tetapi jemputan dari sesuatu yang lebih kuno dan lebih gelap...
...maka siapa yang benar-benar akan selamat?
A/N: Ini adalah mini story. Ada bahagian bab yang panjang, ada juga yang pendek. Enjoy ^^
Ribuan batu jauhnya dari pelusuk dunia terletaknya sebuah tempat yang tidak diketahui oleh kita. Kalian pernah tak bayangkan kewujudan makhluk lagenda yang sering diperkatakan. Apa yang aku cuba sampaikan ialah makhluk lagenda yang selalu kita dengar diwaktu kecil yang selalu diceritakan sebelum tidur. Mungkin mereka wujud... Benarkah duyung itu cantik atau hanya tipu semata? Nyalaan marak hembusan naga dan unicorn-unicorn yang nakal bermain... Wujudkah semua itu?
"Psht... Biar aku bawa kau kesana... Cuma jangan bagitahu sesiapa, okey?" (Pembaca merenung muka juru pandu)
"Ye... Ye... Khidmat percuma" (Pembaca terus mengangguk teruja)
"Dimensi ni sama macam dunia kita cuma pelik sikit... Sedikit rasanya" (Juru pandu menunjukkan jarinya pada permandangan yang terbentang)
"Woi! Kau nak pergi mana tu" (Pembaca mengikuti laluan yang bertentangan kemudian tinggalkan juru pandu sendirian)
---------------------------------------------
Jessica; "Cahaya dan kegelapan... Dapatkah mereka bersama? Saya harap begitu"
Delisha; "Saya suka semua bait ucapan yang awak utarakan... walaupun hampir semuanya ialah dusta"
Dapatkah Alaskandila kembali harmoni seperti sediakala...