Teman Istimewa | Complete

Teman Istimewa | Complete

  • WpView
    Reads 100,622
  • WpVote
    Votes 1,621
  • WpPart
    Parts 11
WpMetadataReadComplete Thu, Jun 26, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Slice of Life
Enemies to Lovers
Slow Burn
𝓢𝔂𝓪𝓱𝓲𝓭𝓪𝓷 𝓘𝓯𝓯𝓪𝓽 | 𝓐𝓲𝓷𝓲𝓵 𝓘𝓷𝓽𝓲𝓼𝓪𝓻 Perbalahan yang tercetus antara dia dan si kakak sulung, mendorong Intisar untuk membawa diri dari rumah yang tak lagi nyaman untuk dirinya. "Bebaskan Is." - Ainil Intisar Kali ini Intisar nekad ingin meninggalkan rumah tersebut untuk dia hidup berpaksikan kaki sendiri. Tetapi Intisar hanyalah seorang pelajar universiti yang masih terkontang-kanting dalam cubaan hendak berdikari. Dan keadaan yang mendesak itu telah membuatkan dia ambil keputusan mudah untuk menyewa rumah dengan sesiapa sahaja. Termasuklah... seorang lelaki. Yakni jejaka yang dibenci Intisar. "Kau, kalau dah terdesak sangat nak cari rumah sewa, boleh tak tolong fikir yang kau tu perempuan?!" - Syahidan Iffat Iffat sehabis boleh membangkang niat Intisar yang hendak menjadi teman serumahnya. Gadis yang dia berharap daripada dahulu, tidak akan muncul lagi di hadapan mata. Walau apa pun nawaitu yang telah dipasang, tidak semestinya yang sudah dinormalisasi menjadi tiket untuk mereka menghalalkan perkara yang haram. Apabila kedua-duanya tidak ingin mengalah, hanya ada satu jalan sahaja yang Iffat nampak untuk mereka keluar dari kemelut ini.
All Rights Reserved
#245
romance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Don't Break My Heart
  • Be My Wife?
  • SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH
  • Ivy Layla  [C]
  • Takdir Buat Kita [C]
  • KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
  • [C]Nasuha Cassandra S2
  • 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚

Bagi Hayfa Ivy, kejayaan bukan sekadar impian ia merupakan satu kewajipan. Hidup dalam bayang-bayang abang dan kakak yang serba sempurna menjadikan dirinya sasaran hinaan keluarga sendiri. Gagal dalam SPM menjadi titik tolak segala luka, seolah kesalahan itu takkan pernah dilupakan. "Kau kalau dah tak cerdik, tak payah lah struggle sangat nak belajar tu buat habis duit ibu ayah je." Hinaan yang menghancurkan semangat itu sering berulang, tapi Hayfa tidak pernah berhenti mencuba. Meskipun telah melangkah ke universiti, bayang kegagalan itu masih menghantuinya dan lebih menyakitkan apabila ia diungkit oleh keluarga sendiri, saban waktu. Dalam kekalutan perasaan dan kelelahan jiwa, hadir pula Ian Zariel iaitu lelaki yang secara tiba-tiba mula menagih kasihnya. Namun bagi Hayfa, cinta bukan satu keperluan. "Tolong jauhkan diri awak dari saya , I don't like you ." - Hayfa Ivy " Kau yang tak suka bukan aku so biarlah aku nak dekat dengan sesiapa termasuklah kau." -Ian Zariel Sikap 'annoying' Ian Zariel membuatkan Hayfa Ivy rimas . Dia tak suka dengan sikap sambil lewa Ian Zariel . Lebih ringkas dia tak suka semuanya tentang lelaki itu. " Awak , kalau nak jual muka jangan jual dekat saya sebabnya saya tak nak beli so pergi jual kapada orang yang nak". - Hayfa Ivy " aduuu kau ni tak sporting la kalau boleh aku tak nak jual muka je , aku nak jual hati aku sekali so kau boleh lah miliki aku sepenuhnya ye dok? Eh-eh tak mau jual la nak bagi free of charge nak tak?" -Ian Zariel Pertemuan mereka bukan sesuatu yang dirancang. Namun, adakah kehadiran Ian bakal menjadi beban baru dalam hidup Hayfa atau menjadi alasan untuk dia kembali percaya dan bahawa dirinya juga layak dicintai dan berjaya? Dan persoalannya macam mana Hayfa Ivy melayani toxic dari keluarganya .

More details
WpActionLinkContent Guidelines