Story cover for Batrisya Danial  by dilaaxaz
Batrisya Danial
  • WpView
    Membaca 42
  • WpVote
    Vote 0
  • WpPart
    Bab 3
  • WpView
    Membaca 42
  • WpVote
    Vote 0
  • WpPart
    Bab 3
Bersambung, Awal publikasi Apr 17, 2025
Dewasa
Mengisahkan seorang gadis kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia. Namun, kehidupannya di universiti tidak seindah yang disangka apabila dia sering menjadi mangsa buli oleh sekumpulan lelaki sekelas. Luka demi luka terpalit di hati, membuatkan dia hampir hilang semangat untuk meneruskan pengajian. Namun segalanya mula berubah apabila muncul seorang lelaki misteri yang rupa-rupanya telah lama memerhati dari jauh dan menyimpan perasaan terhadapnya. Kehadiran lelaki itu perlahan-lahan menyinari dunianya yang kelam, tetapi adakah bahagia itu akan kekal... atau cuma sementara?
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Daftar untuk menambahkan Batrisya Danial ke perpustakaan Anda dan menerima pembaruan
atau
Panduan Muatan
anda mungkin juga menyukai
The Haunted School S1 oleh feeryna
39 bab Lengkap
'Welcome to The Devil High School' "Kau tu yang bodoh nak salah kan orang" ~Fiya~ "Dia hak aku so aku rasa korang boleh leave her alone right? " ~Aryan~ "Aku minta maaf" ~Qis~ "Kau jaga dia baik baik okay? " ~Syafiq~ "Kau ni memang bengap kan?! " ~Nad~ "Dia yang tak nak dekat aku" ~Luq~ "Aku...aku...aku tidak bersalah!!" ~Z~ "Dia cantik..macam bidadari" ~Ad~ . . . . . . . . . Sebuah sekolah pada mulanya terkenal dengan keindahan dan kekayaannya.Semua pelajar yang bersekolah di situ kebanyakkannya pandai, cantik,kacak dan juga kaya. Satu tragedi telah membuat mereka ketakutan.Satu bahagian atau blok daripada bangunan itu telah menjadi tempat dipenuhi darah dan mayat.Ia telah menjadi blok larangan. Katanya seorang budak lelaki dijumpai mati kerana ditikam sebanyak dua puluh kali dan tangannya habis terputus daripada badanya. Mereka juga tidak pernah melihat pengetua mereka kecuali pelajar yang sudah berada di situ sejak umur 15 tahun. Cikgu-cikgu yang berada di situ sudah tahu siapa sebernanya penbunuhnya cuma mereka dibayar lebih untuk menutup mulut mereka.Tetapi sebahagian atau sesetengah daripada mereka juga telah tahu siapa si 'Dia'. Sekumpulan pelajar perempuan telah dibuang daripada sekolah lama mereka kerana membuli sekumpulan pelajar lelaki. Tiba sahaja di sekolah baharu mereka,banyak hal terjadi.Contohnya si 'Dia' telah kembali bersama konco-konconya. Siapakah si 'Dia'? Dan... Siapakah pelajar yang telah membunuh kawannya sendiri? Remember....This is Devil High School after all ◇banyak carutan ◇tatabahasa ke laut ◇english ke pantai ◇blood and many more ◇cringe, cringe and cringe
Dia di Jakarta, Aku Masih di Kuala Lumpur oleh NEXT_STUDIO
23 bab Lengkap Dewasa
Di tengah-tengah hiruk-pikuk kampus Universiti Malaya, Aulia dan Rayhan bertemu bukan kerana takdir yang manis, tetapi kerana tugasan kumpulan yang memeningkan kepala. Aulia, pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi dari Kuala Lumpur, tegas, berdikari dan tidak mudah percaya pada cinta. Rayhan pula, pelajar pertukaran dari Universitas Indonesia, tenang, berjiwa seni, dan datang dengan senyuman yang menyimpan seribu cerita. Bermula dari 1 kumpulan dalam kelas, perlahan-lahan menjadi detik-detik kecil yang mula mencuit rasa. Dari perbualan di kafeteria hingga ke sesi belajar lewat malam di perpustakaan, Aulia mula melihat sisi Rayhan yang lain, seorang lelaki yang membawa Jakarta dalam tutur katanya, dan mimpi dalam matanya. Tapi saat hati Aulia mula terbuka, semester mereka tamat. Rayhan perlu pulang ke Jakarta. Aulia tetap di Kuala Lumpur. Cinta yang baru ingin bermula, terpaksa melawan jarak dan waktu. Dalam kesibukan menyiapkan tesis, menjalani latihan industri, dan berdepan harapan keluarga, Aulia cuba bertahan dengan panggilan video yang makin singkat, mesej yang makin jarang, dan janji untuk "tunggu aku" yang makin kabur. Rayhan pula bergelut dengan desakan untuk melupakan dan melangkah ke hadapan, walau hatinya tertinggal di kampus tempat mereka mula segalanya. Dia di Jakarta, Aku Masih di Kuala Lumpur adalah kisah cinta yang tumbuh di bangku universiti, namun diuji di persimpangan hidup dewasa. Ia tentang dua jiwa muda yang pernah berjanji untuk berjaya bersama, tapi akhirnya terpaksa memilih antara cinta yang perlahan-lahan menjauh, atau masa depan yang sedang menunggu. Mampukah cinta yang bermula di UM kekal hingga ke akhirnya atau ia akan jadi sekadar kenangan kampus yang tidak sempat menjadi nyata?
Muda Muda Dah Nak Kahwin? oleh snsbhn
31 bab Lengkap
[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yang sama menimbulkan usikan dari teman-temannya. Hingga sekarang mereka tidak tahu kenapa ada usikan sedangkan mereka tahu bahawa Nora dan Syakir hanya sekadar teman biasa. "Baiklah. Terima kasih Nora. Sekarang Syakir, sila sambung dari mana Nora henti membaca sebentar tadi" Cikgu Atiqah berkata. "Eppp" Kelas mereka terus menjadi kecoh, sebok menyakat si Nora dan Syakir. Mereka berdua hanya boleh tersenyum sahaja, tidak tahu apa reaksi yang diingini rakan sekelas. "Eh.. kenapa ni?Kasi lah cikgu join. Ada pasangan baru ke?" Cikgu Atiqah boleh meneka dari usikan mereka semua, " Nak kahwin jangan lupa jemput cikgu ya". Lalu kelas menjadi mangkin kecoh. 'Aduh.. malunya..' Mukanya kini bertukar menjadi kemerah-merahan. Dengan pantas Nora meletakkan kepalanya di atas meja, mahu cover mukanya yang merah padam itu. Nasibnya baik dia duduk di kawasan belakang, maka tiada siapa yang nampak. Lalu dia pun membetulkan cara duduknya dan kini berlakun seperti dia sedang menulis di bukunya. Tiba-tiba dia dapat merasakan renungan terhadap dirinya. Nora pun melihat ke arah tersebut. Bebola matanya mula membesar apabila dia sedar akan renungan Syakir yang tidak lama diikuti dengan senyuman manis buatnya. Nora melihat ke arah lain sebelum matanya mula mencari Syakir kembali. Kini, dia membalas senyuman Syakir, membuat Syakir terkejut dan gembira pada masa yang sama. Tetapi adakah ini semua akan kekal sehingga dewasa nanti?
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka oleh Miss_penguinla
10 bab Bersambung
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
anda mungkin juga menyukai
Slide 1 of 10
Kita Bukan Musuh cover
The Haunted School S1 cover
Dia di Jakarta, Aku Masih di Kuala Lumpur cover
Muda Muda Dah Nak Kahwin? cover
S1: Kisah Ketika 17 Tahun [Completed] cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover
Love you, Akak Pengawas! || Og cover
Little Daisy's Stalker [OG] cover
Ultrasound cover
MIMPI: KEPADAMU YANG MEMBANTU HATIKU KEMBALI cover

Kita Bukan Musuh

37 bab Lengkap

Di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, dua watak bertentangan menjadi pusat kekecohan satu kelas - Saiful Jebat, pengawas dingin yang tak pernah senyum, dan Yaya, gadis comel, hyper, dan tak pernah berhenti bercakap. Dia pengawas yang semua takut. Dia pelajar yang semua sayang. Tapi mereka berdua - macam api dan minyak. Namun di sebalik gurauan kasar dan gaduh kecil hari-hari, ada sesuatu yang perlahan-lahan tumbuh... Satu rasa yang tak pernah diundang. Dan bila tragedi mula menimpa - ayah jatuh sakit, kemalangan, ingatan yang hilang - hubungan mereka diuji. "Kenapa kau suka sangat cari gaduh dengan aku, hah Saiful?" "Sebab kau je yang buat aku rasa hidup." Ketika Yaya mula sedar dia perlukan Saiful, lelaki itu semakin menjauh. Dan ketika Saiful hampir kembali... Dia hilang. Selamanya. Atau... adakah? Kerana ada kenangan yang tak akan pernah mati. "Kalau suatu hari aku tak ada..." "Aku tetap akan cari kau, Saiful. Walau dalam doa." "Kita Bukan Musuh" bukan sekadar kisah cinta sekolah. Ia tentang luka, tentang kehilangan, tentang kekuatan untuk memaafkan - dan tentang dua jiwa yang ditakdirkan, walau alam cuba memisahkan.