Story cover for INSAN BERNAMA KEKASIH by riavelle_
INSAN BERNAMA KEKASIH
  • WpView
    Reads 131
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 10
  • WpView
    Reads 131
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 10
Ongoing, First published Apr 19
INSAN BERNAMA KEKASIH
'Kadang-kadang cinta tak perlu lantang diluah. Cukup ia hadir dalam setiap sujud, dalam setiap doa yang tak pernah putus'

MUHAMMAD SHAUQIE X NUR ARIANA QASRINA

Muhammad Shauqie  seorang pemilik kafe, hidupnya nampak sempurna di mata orang. Tapi jauh di sudut hati, dia hanyalah lelaki biasa yang telah lama mematikan rasa cinta dalam diri. Bukan kerana putus cinta, tetapi kerana luka lama yang tidak pernah sembuh. Ibunya yang sakit mental selepas pemergian ayahnya menjadikan hidup Shauqie terpenjara dalam tanggungjawab sehingga ada hati yang terluka disebabkannya.

Nur Ariana Qasrina  seorang guru yang pernah hampir melangkah ke gerbang perkahwinan, namun segalanya berakhir bila tunangnya, Furqan, pergi buat selamanya kerana barah yang tidak disangka. Dunia Ariana gelap. Hidupnya yang tersedia adanya terasa seperti neraka yang tak berpenghujung sehinggalah dia bebas. Setiap hari dilalui dengan memaksa diri untuk bertahan.

Dua insan yang terluka. Dua hati yang tidak mencari cinta. Namun takdir menemukan mereka dalam pertemuan yang tidak terjangka  di sebuah kafe bernama Qaseh & Qadwah.

Tapi cinta mereka bukan kisah yang mudah. Rahsia lama terbongkar yang mengikat mereka sebenarnya lebih dalam daripada yang mereka sangka. Namun kerana cinta, dia bertahan. Kerana sayang dia juga bertahan kerana kekasih itulah yang dirasakan amat tulus buatnya.

Mampukah cinta bertunas di atas tanah yang penuh luka? Atau mampukah dua jiwa yang rosak menemui kebahagiaan bersama?

date: 19 APRIL 2025
All Rights Reserved
Sign up to add INSAN BERNAMA KEKASIH to your library and receive updates
or
#575malaynovel
Content Guidelines
You may also like
See You In A Bit [ TERBIT ] by moonlightlavh
13 parts Complete Mature
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER | Known as Ian Rizqash's. 2nd Romance Betulkah cinta setia itu wujud? Hari saja Tuhan hadirkan siang berganti malam. Jadi apa jaminan seorang manusia tidak boleh berubah hati dalam sekelip mata? Mencari pasangan hidup tidak pernah terlintas di benak fikiran seorang Izara Medina kerana dia tidak pernah percayakan lelaki. Bagi dia, lelaki akan terus mencari yang baru bila sang pemilik hati sudah tiada. Dari masa lalu, dia trauma apa yang berlaku. Sejak dari itu dia tidak mahu lagi percaya dengan cinta. Tapi... kenapa dia terjebak dengan lelaki itu? Rimas. Tak suka dan... Gila! Mana mungkin dia jatuh hati dengan lelaki yang rata-rata dia tidak kenal siapa. Ada saja perkara yang buatkan Izara mencari punca untuk bergaduh dengan Ian Rizqash. "Aku tak ada buat beberapa minggu. Jaga diri kau." - IAN RIZQASH "Pergilah. Tak nak balik pun tak apa, lagi bagus." - IZARA MEDINA Dia tidak pernah mengambil tahu tentang lelaki itu. Ke mana dia pergi, dengan siapa ataupun kerjayanya. Bagi Izara, semua itu tidak penting. Namun ada sesuatu tentang Ian yang buatkan dia mula curiga. Lelaki itu... Dia seperti lebih mengenali Izara dari diri dia sendiri. Siapa sebenarnya Ian Rizqash? Di saat Izara Medina berteka-teki, di saat itulah Ian Rizqash memulakan permainannya. "Kenapa you nak kahwin dengan I?" - IZARA MEDINA "I can't answer you that. Our conversation ends here." - IAN RIZQASH Di saat dua insan berperang merasa detak bahasa cinta, khabar duka datang tanpa dipinta. Kisah kita dimulai dengan indah. Namun berakhir tanpa kata selesai kerana cinta sejati sudah diletakkan noktah daripada Tuhan. "Leaving you would be my last option in life." --- Preorder bermula 24.5.2024, 12:00 a.m. Semenanjung Malaysia: RM30 Sabah/Sarawak: RM33 ⚠️ wattpad is unedited version, not the same as physical novel.
ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] by Hazelnut_choc
63 parts Complete
Orang kata cinta itu indah dan mampu membataskan penglihatan kita jika rasa sayang itu benar-benar berakar umbi pada hati pasangan. Namun, kenapa dia rasa itu semua dusta belaka? Sejak awal, cinta mereka berkalut kesedihan dan kekecewaan. Yang memamah segala erti bahagia dan kasih sayang. Perpisahan yang seorang wanita bernama Erina Sofea dambakan, ianya terlalu perit. Manakala, Nathan atau nama lainnya Nawaf Arzan, seorang lelaki yang yang baru ingin menjelajahi agama itu cuma akur dengan permintaan Erina. Hati lelakinya tercalar apabila wanita itu membuangnya segitu mudah. Masjid yang mereka bina terlalu goyah. Meninggalkan luka yang dalam pada kedua-duanya. Itukah sebenar-benarnya cinta yang manusia sebutkan? Penuh pengorbanan dan penuh keperitan. "Yang terbaik itu adalah perpisahan. Dan tiada lagi istilah rujuk untuk kita. Mahupun jika kita kembali bersama, rasa sakit tu akan terus menyinggah hati masing-masing."-Erina Sofea Nawaf luluh. Perkataan yang terlontar daripada wanita yang dia cintakan amat menyiat hatinya rakus. Puas dia memujuk tetapi dia percaya wanita itu sifatnya lembut. Tampak kukuh walhal rapuh adalah segala makna rasa. Nawaf bersangka baik, jika Erina tidak akan menerimanya sekarang, mungkin nanti dia akan dapat hati Erina sekali lagi setelah dia berusaha gigih. Malangnya, tidak. Hati Erina lebih keras selepas luka-luka yang telah menjadi parut itu menyinggah. "Sayang...apa memang tak ada peluang kedua untuk abang?"-Nawaf Arzan "Tiga tahun. Beri saya tiga tahun untuk cuba terima awak sekali lagi. Tapi...tanpa awak disisi saya. Ingat. Perpisahan kita dah terjadi. Tiada ikatan untuk kita buat masa sekarang...Kalau saya tak mampu terima balik, awak fahamlah."-Erina Sofea Erina terlalu keras walaupun tangannya sendiri turut terluka. Dia sesal. Tetapi masih adakah peluang untuknya bagi memenuhi keinginan untuk putarkan masa kembali apabila bayang Nawaf perlahan-lahan menghilang disebalik tirai kecewa?
Kerana Cinta ©️ by nsyqilla
64 parts Complete
1st story :) AMARAN: CERITA NI CRINGE DAN TAMPIL TANPA EDIT!! Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupannya tenang. Tak ada badai. Tak ada ombak. Hanya sekadar lautan yang tenang. Segalanya berakhir hanya dengan satu pertemuan, segalanya berubah. Hatinya hancur. Kepercayaannya musnah. Kad undangan perkahwinan dihulur tanpa ada namanya walhal dia lah yang selama ini menyulam cinta bersama sang pujaan hati. Arian Daniel. Mungkin benar kata orang perasaan sebegini lebih baik dipendam sendiri. Keputusannya untuk menghantar rombongan meminang untuk si gadis akhirnya menemui titik terendah dalam hidupnya. Pinangan di tolak! Bahkan gadis itu memilih untuk bersama dengan pasangan hidup pilihannya. Bagi mereka tak ada beza di antara lara dan renjana. Bah kan keduanya sama mengundang luka yang parah malah disulam sengsara. Teruk. Siapa sangka, lantai takdir tuhan itu indah. Dua hati yang retak ini disatukan dalam satu hubungan yang diredhai. Keduanya saling mengubati. Merawat segala parut lama. Namun, alam perkhawinan tak sering kali indah. Tiang masjid mereka goyah. Antara isteri dan sahabat. Arian bagaikan tersepit di tengah. "Aku sanggup bermain dengan nyawa manusia hanya untuk dapatkan Arian." -Citra. "Dan aku sanggup mati untuk orang yang aku sayang." -Arian Daniel. +pretty cover from izzlawa
KEMBALI CINTA | OG by nerinenoir
8 parts Ongoing
#𝟏𝐬𝐭 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐆𝐞𝐧𝐫𝐞 : 𝐒𝐚𝐝 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 Dua tahun selepas lafaz yang memutuskan segalanya, Sayf dan Nufa tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan mereka semula di kota Alexandria. Di bawah langit yang pernah menyaksikan cinta mereka bermula. Pertemuan yang tidak dirancang itu bukan sekadar kejutan, tetapi celahan kecil yang membuka pintu kepada peluang kedua. "Abang... buat apa dekat sini?" - Nufa Elnaura "Beli jus?" - Sayf Arsalan Namun, ketika mereka cuba merangkai kembali serpihan harapan yang rapuh, hidup memilih untuk menguji mereka sekali lagi. Satu musibah meragut seluruh dunia Nufa, meninggalkannya terbenam dalam rasa bersalah yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. "Dalam diri saya hanya tinggal luka. Kenapa abang masih nak simpan sesuatu yang dah rosak?" - Nufa Elnaura "Walau hati abang hancur, abang sanggup pikul semuanya... asalkan bukan Nufa yang pergi." - Sayf Arsalan Di sisi lain, Puan Mariam semakin keras hati. Baginya, cinta Sayf kepada Nufa bukanlah kekuatan tapi jurang yang akan menelan masa depan anaknya. "Mulai hari ini... anggap Sayf tak ada mama lagi. Mama tak sanggup tengok Sayf musnah sebab perempuan malang tu." - Puan Mariam Terhimpit antara kasih yang membesarkannya dan cinta yang tak pernah padam, Sayf berdiri di ambang dilema yang mematahkan jiwanya sedikit demi sedikit. Apakah dia harus memilih... mempertahankan hati yang retak atau melepaskannya demi redha yang lebih menyakitkan? ⚠️ SLOW UPDATE Start: 07/03/2024 End: -
Katherine : My Beloved Husband by Hazesyl
38 parts Complete
𝔎𝔫𝔬𝔴𝔫 𝔞𝔰 𝔥𝔢𝔯 𝔩𝔦𝔱𝔱𝔩𝔢 𝔩𝔬𝔳𝔢 Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama 𝐐𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐫𝐞 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬. Seorang jejaka yang dahulunya hapy go lucky tetapi sekarang hidupnya berubah menjadi kesengsaraan. Dipukul, dimaki, dicaci, dihina semua itu sudah dirasainya dahulu. Sampaikan keluarga sendiri mengingati dia gila. Dan pada masa yang sama dia dihantar ke Hospital Sakit Mental diusia yang sangat muda sehinggalah dia dipertemukan dengan seorang wanita yang bernama 𝐊𝐚𝐭𝐡𝐞𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐀𝐮𝐫𝐨𝐫𝐚. Wanita itu bekerja sebagai doctor disebuah hospital sakit mental milik bapanya dan dia satu-satunya puteri dalam keluarga besar Tuan Mikaelson. Kehadiran dia membuatkan si jejaka suka padanya. Pertemuan pertama kali mereka adalah sangat muda. Si gadis berusia 5 tahun manakala si jejaka berusia 10 tahun. "𝐈𝐬𝐡𝐡 𝐭𝐞𝐩𝐢 𝐥𝐚𝐡! 𝐃𝐚𝐡 𝐥𝐚 𝐠𝐞𝐦𝐮𝐤!" - QASHAH ANDRE LOUIS Semakin hari, semakin rapat mereka bersama. Walaupun Qashah jarang menampakkan senyumannya. Tetapi Katherine nampak bahawa ada sinar kebahagiaan buat seorang jejaka yang bergelar Qashah Andre Louis. Disebabkan kisah silamnya. Dia berdendam dengan keluarganya sehingga la dia meningkat dewasa. "𝐊𝐚𝐭𝐞 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐐𝐚𝐬𝐡. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐭𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐭𝐞" KATHERINE AURORA "𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐚𝐤𝐮 𝐣𝐢𝐣𝐢𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚!" Puan Qaylin "𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐤𝐚𝐮 𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐐𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡..." Arif Malique Khan Bolehkah seorang pesakit Dissociative identity disorder merasai kebahagiaan? Atau sebaliknya?
Iman Qusyairi (One Night Love) II Complete by clairehyacinth_
33 parts Complete
Iman Qusyairi, seorang pemuda kacukan cina-thai yang mempunyai personaliti yang unik. Dia pendiam dan lebih suka bersendiri atau bersama rakannya Kevin Aedrian. Tiada wanita yang ingin mendekatinya kerana bimbang hasrat mereka bertepuk sebelah tangan. Iman walau bagaimanapun dilahirkan dalam keluarga yang mampu memberikannya segalanya termasuklah didikan agama yang mencukupi. "Iman, kau ni, tegurlah perempuan tu." "Malulah. Tak apa, aku okay je sorang-sorang." "Ishh, nanti orang kata aku dengan kau ni ada hubungan sejenis pulak." "Eee, dengan kau? Aku pun tak nak." Ayena Arissa, gadis yang sangat ceria. Dia mempunyai Mikhail dan Elena sebagai teman rapatnya. Sentiasa ada lelaki yang ingin mendekatinya namun sentiasa ditolak olehnya atas alasan, dia mempunyai lelaki yang disukainya. Ya, Ayena menyukai Iman. Dalam diam, dia menyimpan perasaan pada lelaki itu. "Hah? Iman Qusyairi? Kau biar betul Risa? Banyak-banyak lelaki, Iman Qusyairi jugak." "Ehh, salah ke aku minat dia?" "Tak tapi, banyak lagi lelaki lain yang menepati standard kau. Iman tu, apelah sangat." "Aku tetap dengan pilihan aku Elena. Aku dah jatuh cinta dengan Iman." Tidak ada cerita yang bahagia, tiada manusia yang lepas daripada melakukan dosa begitu juga dengan mereka. Satu peristiwa telah membuatkan Ayena membawa diri jauh dari negara itu. Iman pula terlantar di hospital selama beberapa bulan sebelum dia kemudian tersedar dalam keadaan yang tidak tersangka. Apakah yang akan terjadi kepada mereka berdua? Mampukah Iman dan Ayena mempertahankan cinta mereka? Mula: 23/5/2022 Tamat: 25/6/2022
You may also like
Slide 1 of 10
See You In A Bit [ TERBIT ] cover
Lauhul Mahfudz cover
ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] cover
Kerana Cinta ©️ cover
KEMBALI CINTA | OG cover
Bukan Cinta Pertama [✔︎] cover
(Completed√) DANGEROUS SOUL cover
Katherine : My Beloved Husband cover
C | Love, Ariq Farhan cover
Iman Qusyairi (One Night Love) II Complete cover

See You In A Bit [ TERBIT ]

13 parts Complete Mature

TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER | Known as Ian Rizqash's. 2nd Romance Betulkah cinta setia itu wujud? Hari saja Tuhan hadirkan siang berganti malam. Jadi apa jaminan seorang manusia tidak boleh berubah hati dalam sekelip mata? Mencari pasangan hidup tidak pernah terlintas di benak fikiran seorang Izara Medina kerana dia tidak pernah percayakan lelaki. Bagi dia, lelaki akan terus mencari yang baru bila sang pemilik hati sudah tiada. Dari masa lalu, dia trauma apa yang berlaku. Sejak dari itu dia tidak mahu lagi percaya dengan cinta. Tapi... kenapa dia terjebak dengan lelaki itu? Rimas. Tak suka dan... Gila! Mana mungkin dia jatuh hati dengan lelaki yang rata-rata dia tidak kenal siapa. Ada saja perkara yang buatkan Izara mencari punca untuk bergaduh dengan Ian Rizqash. "Aku tak ada buat beberapa minggu. Jaga diri kau." - IAN RIZQASH "Pergilah. Tak nak balik pun tak apa, lagi bagus." - IZARA MEDINA Dia tidak pernah mengambil tahu tentang lelaki itu. Ke mana dia pergi, dengan siapa ataupun kerjayanya. Bagi Izara, semua itu tidak penting. Namun ada sesuatu tentang Ian yang buatkan dia mula curiga. Lelaki itu... Dia seperti lebih mengenali Izara dari diri dia sendiri. Siapa sebenarnya Ian Rizqash? Di saat Izara Medina berteka-teki, di saat itulah Ian Rizqash memulakan permainannya. "Kenapa you nak kahwin dengan I?" - IZARA MEDINA "I can't answer you that. Our conversation ends here." - IAN RIZQASH Di saat dua insan berperang merasa detak bahasa cinta, khabar duka datang tanpa dipinta. Kisah kita dimulai dengan indah. Namun berakhir tanpa kata selesai kerana cinta sejati sudah diletakkan noktah daripada Tuhan. "Leaving you would be my last option in life." --- Preorder bermula 24.5.2024, 12:00 a.m. Semenanjung Malaysia: RM30 Sabah/Sarawak: RM33 ⚠️ wattpad is unedited version, not the same as physical novel.