Dan Aku Jatuh Dalam Matamu [ COMPLETE ]

Dan Aku Jatuh Dalam Matamu [ COMPLETE ]

  • WpView
    Dibaca 1,854
  • WpVote
    Vote 4
  • WpPart
    Bab 32
WpMetadataReadLengkap Min, Apr 20, 20251j 49m
WpInfo
Fiksi
Romansa
Deanna tak pernah sangka hidupnya akan berubah secepat ini. Dari guru tadika yang hidup sederhana, kini dia melangkah masuk ke dunia korporat-dunia yang asing, penuh tekanan, dan manusia-manusia bersut mahal. Sebagai pegawai sumber manusia baharu di ibu pejabat, dia cuba bertahan... walaupun hatinya masih dipenuhi luka lama yang belum sembuh. Hefzy Nufail, CEO muda yang terkenal dengan ketegasan dan sikap dingin. Baginya, semua orang perlu berguna atau berundur. Dunia ini bukan tempat untuk orang lemah-dan dia benci orang yang tak tahu jaga diri. Namun satu insiden kecil di tempat letak kereta mempertemukan mereka. Dalam hujan renyai, dua jiwa dari dunia berbeza bertembung... dan sejak itu, hidup mereka tak lagi sama. "Awak okay?" Soalan ringkas itu... tapi cukup untuk menyentuh hati Deanna yang lama tak dipedulikan sesiapa. Dan saat Hefzy mendongak, melihat mata jernih wanita itu, dia tak tahu-dia sedang berhadapan dengan seseorang yang perlahan-lahan akan mencairkan dinding yang dia bina bertahun-tahun. Cinta bukan datang dengan janji manis. Ia hadir dalam diam-dalam pertembungan yang tak dirancang, dalam renungan yang tak disengajakan, dan dalam hati yang mula belajar berharap semula.
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • Lelaki Itu Takdirku
  • ( EBOOK ) The Heartbreaker Muammar Raid
  • Assalamualaikum Ustazah, KAHWINI SUAMIKU.
  • TAKSUB (PBAKL 2019)
  • DARI HATI SEORANG TENGKU - KERANA AKU PERNAH SUKA
  • KALA-LUPA: SIMFONI TEMPO-HILANG
  • Mutiara di Senja Kota
  • Selagi Bernama Kita
  • Hak Milik Arissa Aura Sofea | Ongoing
  • [C]✓Mrs. Maiq Hakimi

Lelaki Itu Takdirku. (S1) Update: (Completed) By : Nyff. 2023-28/11/23 "08.09.2020" "Nur Bella Aryel binti Muhd Harel.Aku ceraikan kau dengan talak 1." Tarikh itu tidak akan Bella lupakan dan kisah pahit yang terselindung di sebalik mahligai yang di bina telah menjadikan sebagai peristiwa hitam dalam hidup Bella tiada lansung manisnya sebalik itu dirinya hanya menjadi hamba abdi kepada lelaki yang tidak berguna. Namun demikian Bella tidak tahu ingin mengukap rasa apa disaat perkataan 'cerai' itu tubir dari mulut lelaki yang bergelar bekas suaminya sekarang. Mata nya kosong dan hanya merelakan lafaz cerai melalui gegendang telinganya. Walaupun ia terasa pahit untuk menelan tetapi dia kuatkan diri dan keputusan nya muktamad untuk akhiri kisah mahligai yang di bina bersama.Tetapi lebih tepat lagi ia hanya sampah di mata Bella di layan dengan begitu hina. Tetapi dia juga berasa bersyukur kerana setelah ujian demi ujian yang di tempuh pada akhir dia mampu hadapinya walau kadang terasa sakit dan perit yang tidak mampu diungkap kan pada kata atau tangisan.Hanya Tuhan yang Maha mengetahui segala yang terbuku di lubuk isi hati wanita ini.Bella tahu ujian dari Ilahi bukanlah melemahkan dirinya malah. Dirinya lah yang Allah kuatkan untuk menghadapi cabaran hidup yang lebih mencabar dan ujian yang di beri itu membuatkan diri dia lebih matang dan kuat dari dihimpit rasa takut dan lemah. Bella menyangka bahawa penceraian itu adalah talian terakhir sebelum dia akhiri kisah hidup mereka berdua tetapi rupanya ada udang disebalik batu. Selepas sebulan berlalu setelah kejadian itu satu lagi ujian menimpa wanita ini dimana dia di santau oleh seseorang yang identitinya masih lagi tidak diketahui oleh mana-mana ahli keluarga Bella. ..akan tetapi.

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan