RED: PERJANJIAN GELAP Di dunia yang dikuasai oleh kuasa, rahsia dan darah, Aara Dafiya tidak punya pilihan selain berdiri teguh dalam perjanjian yang tidak pernah dimintanya. Apabila satu tragedi menghancurkan keluarganya, Aara mewarisi bukan hanya kekuasaan... tetapi juga musuh yang tak akan berhenti memburu. Di saat dirinya mula bangkit, muncul pula Daiyan Zaeem-lelaki yang seharusnya menjadi musuh, tetapi kini dipaksa berdiri di sisinya atas nama perjanjian gelap yang mengikat mereka berdua. Antara kepercayaan dan kebencian, mereka terperangkap dalam permainan politik dan pembunuhan, di mana satu langkah silap boleh membawa maut. Namun di balik segala kekacauan itu, seorang lelaki bernama Damien muncul dari bayang-bayang masa lalu... dan membawa bersama kehancuran yang tidak dapat dielak. Dalam dunia yang mengajar mereka untuk tidak percaya sesiapa pun, Aara harus memilih antara masa depan... atau membayar harga bagi dosa yang bukan dilakukannya. Kerana perjanjian yang dimeterai dengan darah, tidak akan terhapus dengan air mata.
More details