Kepada Calon IsteriKu

Kepada Calon IsteriKu

  • WpView
    Reads 719
  • WpVote
    Votes 72
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Mar 7, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
"How about we make a deal?" Sumpah Isla tidak mahu terlibat dalam sebarang 'deal' gelap. Deal seperti ini lebih banyak membawa kemudaratan berbanding kebaikan. Namun siapalah dia mahu berkata tidak? Kalau dia membuat laporan tentang keberadaan Sheikh Zayed di sini, yang percaya mungkin cuma dua atau tiga orang staf. Namun kalau Sheikh Zayed yang berjawatan tinggi membuat laporan tentangnya, satu syarikat pasti percaya. Isla mengeluh. Dia benci menjadi mentimun yang terpaksa kalah pada durian. 'Saya simpan rahsia saya nampak awak di sini. Dan awak pun buat perkara sama. Lets pretend we have never been here. Is it okay with you?" Ada senyuman untuknya. Senyuman yang disertai lesung pipit kecil di penghujung bibir lelaki itu. Bukan hanya sebelah, tetapi dua belah. Menambahkan lagi pesona lelaki itu. Begitupun senyuman yang Sheikh Zayed berikan padanya tiada kemesraan, namun dipenuhi ugutan tersirat. "Kalau saya simpan rahsia sekalipun, di sini ada CCTV." "Saya dah selesaikan hal CCTV sebelum ke sini." Diam-diam Isla mengeluh. Nampaknya Sheikh Zayed ke sini setelah membuat persediaan rapi. "Saya akan tutup mulut." "Good," sepatah jawapan lelaki itu sebelum mengatur langkah. Sewaktu berpapasan dengannya, langkah lelaki itu terhenti. Perlahan-lahan tusukan mata lelaki itu mencarinya. Tanpa sedar Isla menahan nafas. Melihat lelaki itu pada jarak 30 sm hanya menampakkan betapa sempurnanya kulit wajah lelaki tersebut. Tiada sebarang cela. Bahkan Isla sempat melihat tahi lalat kecil di leher lelaki itu. "Saya belum tahu nama awak." Isla menyumpah di dalam hati. Sekarang dia perlu memberikan nama pula. Dan dia tidak boleh berbohong. "Isla." "Isla dari jabatan?" "Finance." Isla diberikan lagi senyuman. Isla melihat lagi sepasang lesung pipit di pinggir bibir lelaki itu. Namun sama seperti tadi, senyuman lelaki itu dipenuhi ugutan. "I hope I can trust you, Isla. After all, you're my accomplice now."
All Rights Reserved
#12
secretrelationship
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Forever Isn't What We Promised
  • Permission to Fall, Prof!
  • HELLO QASWAR
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Racing King

[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines