Lumière

Lumière

  • WpView
    Reads 124,409
  • WpVote
    Votes 5,429
  • WpPart
    Parts 74
WpMetadataReadComplete Mon, Apr 6, 2026
Lyra Elowen Safiya, pemilik sebuah kafe kecil iaitu Lumière yang cozy dan penuh dengan aroma kopi serta kek buatan sendiri. Tak pernah sangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah "perkenalan" yang tak dijangka. Dia cuma kenal Sofea Althea, kawan serumah masa zaman universiti dulu. Sofea selalu bercerita tentang abangnya kepada Lyra. Lelaki yang langsung tak pernah muncul sepanjang kunjungan Lyra ke rumah keluarganya. Ezric Kael Amin merupakan seorang chef terkenal yang bekerja di Hotel Regalia Grand. Kael terkenal dengan sikapnya yang pendiam dan tegas. Dia juga lebih gemar bersendirian dan banyak menghabiskan masa dengan mencipta menu-menu baharu. Kael terlalu sibuk mengejar kesempurnaan dalam dunia kulinari hingga tak ambil kisah dengan hal sekeliling. Sibuk mengurus dapur hotel lima bintang sambil memastikan reputasinya sebagai chef terus unggul. Dia jarang di rumah dan langsung tak ambil tahu tentang "kawan baik" Sofea yang sering menjadi perbualan keluarganya. Tapi bila Puan Hanisah mula menyuarakan niat untuk menjodohkannya dengan gadis pilihan yang tak lain tak bukan ialah Lyra. Dia mula rasa hidupnya terganggu. Tanpa sedar, dua dunia yang selama ini terpisah mula bertemu. Rahsia, konflik dan perasaan yang perlahan-lahan tumbuh menjadikan kisah mereka bukan sekadar tentang makanan atau jodoh pilihan keluarga. Tetapi tentang mengenali diri sendiri dan mungkin juga cinta yang tak disangka.
All Rights Reserved
#89
marriagelife
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • TRIPLE TROUBLE: Taste of Love (BL MALAYSIA) [ON GOING]
  • LOVE IN CONFLICT¿
  • SAUDADE
  • [OG] Khayla's Ethereal Savior
  • Di Antara Kita
  • Sir, I love you  | C |

Arif Miqdad. Pelajar tahun 1 fakulti kulinari. Orangnya berbadan gemuk dan ceria. Namun, kekurangannya itu tidak dapat diterima orang lain terutamanya rakan sekelasnya sendiri. Ada saja perkara tak kena yang dia buat di mata mereka. Namun hal itu langsung tidak meruntuhkan semangatnya untuk terus belajar memandangkan memasak adalah perkara yang paling dia gemari. Dia memiliki seorang adik tiri bernama Arif Taha. Dulu, mereka merupakan sahabat karib. Disebabkan satu hal, hubungan mereka mulai renggang. Nasib mereka seolah-olah saling tertukar. Miqdad yang dulunya kurus dan popular sekarang cumalah seorang budak gemuk yang dibenci. Manakala Taha yang dulunya gemuk dan pasif, sekarang menjadi bualan ramai di fakulti kulinari. Tuan Zahir Tuan Mudzakkir. Siapa aje tak kenal dengan sosok tampan pelajar undang-undang itu? Walaupun terkenal, dia tidak terlalu suka akan perhatian. Lagi-lagi bila dia sedang menjadi pelajar senior tahun akhir di kampus. Setiap hari, rutinnya adalah mengulang kaji pelajaran bersama fon telinga dan buku nota. Kerana kegigihan Zahir, jadual pemakanannya terabai membuatkan dia mendapat gastrik. Namun, takdir telah mempertemukannya dengan Miqdad. Kerana dia lah, Zahir mampu bertahan dengan penyakit tersebut. Adakah cinta mereka akan berputik kerana itu? Logik kah seorang lelaki tampan mampu jatuh cinta dengan seorang budak gemuk? "Kenapa abang rasa dia tak ikhlas kawan dengan saya? Sebab saya gemuk? Sebab budak gemuk macam saya tak layak berkawan dengan budak hensem dan comel macam Taha?!" - Arif Miqdad "Aku minta maaf sebab tak mampu nak lindungi kau..." - Tuan Zahir Selami kisah antara si budak gemuk yang suka memasak dan abang sulong adik-beradik popular dalam Triple Trouble: Taste of Love coretan Blue_Moy. (Kisah ini adalah sequel kedua dari 6 sequel yang akan penulis coretkan untuk cerita Triple Trouble ini) Enjoy!

More details
WpActionLinkContent Guidelines