DEAD GAME:AMANAH

DEAD GAME:AMANAH

  • WpView
    Reads 293
  • WpVote
    Votes 50
  • WpPart
    Parts 14
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, May 29, 2025
Sebuah ketukan misteri menggema di dinding kelas. Cahaya malap berkelip-kelip, menari di antara bayang-bayang. Dalam sekelip mata, seluruh pelajar sekolah pengsan serentak dan apabila mereka tersedar, mereka bukan lagi di tempat yang mereka kenali. Di hadapan mereka, suara tanpa wajah bergema, mengumumkan permulaan sebuah permainan yang tak boleh dihindari. "Selamat datang ke Dead Game. Tiada jalan keluar, kecuali menang." Malam pertama menjadi saksi kejatuhan pertama. Seseorang telah mati. Mayatnya ditinggalkan dalam keadaan mengerikan...senyum terkoyak hingga ke telinga, mata terbeliak dalam ketakutan yang beku. Setiap malam, seorang pembunuh baharu akan dipilih. Jika mereka membunuh tanpa dikesan, mereka akan diberi ganjaran. Jika mereka gagal, mereka sendiri akan menjadi korban. Farhana dan rakan-rakannya terpaksa bermain, bertahan, dan menyiasat sebelum semuanya terlambat. Tetapi ada sesuatu yang lebih mengerikan di sebalik permainan ini,bisikan dalam gelap, bayang-bayang yang bergerak sendiri, suara yang memanggil nama mereka dengan nada berbisik... Adakah ini benar-benar permainan manusia? Atau ada sesuatu yang lebih dahsyat sedang mengintai mereka dari dalam kegelapan? Dalam permainan ini, tiada siapa yang boleh dipercayai. Tiada siapa yang boleh lari. Dan tiada siapa yang tahu apakah mereka benar-benar masih hidup... atau sudah lama mati. Warning‼️ •kesamaan nama watak •Bahasa pasar/bahasa yang tidak wujud dalam kamus •Glore!! >›Insperasi:Squid game dan Alice In The Wonder Land.
All Rights Reserved
#169
sekolah
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • MISTERI BERDARAH
  • Police & Three ✔️
  • Hantu Bilik Guru Disiplin!
  • (END)RISK OF FORBIDDEN ISLAND 🔞
  • Broken Bodies (21+)
  • ANOTHER (Terbit)
  • MATI
  • SEKOLAH MALAM:Gerbang ke Arwah

### Misteri Berdarah: Permainan Tanpa Kesudahan **Sinopsis:** Di sebuah bandar kecil yang kelihatan damai, penduduk dikejutkan dengan beberapa siri pembunuhan yang kejam dan menakutkan. Setiap mangsa dibunuh dengan cara yang berbeza dan mengerikan, tetapi di setiap tempat kejadian, nota kecil yang bertulis "For Fun" ditemui. Inspektor Razlan, seorang detektif berpengalaman, ditugaskan untuk menyiasat kes ini. Bersama-sama dengan pembantunya yang bijak dan berdedikasi, Sarah, mereka mula menyusun kepingan teka-teki yang mengerikan ini bersama-sama. Pembunuh ini bukan sahaja seorang yang licik, tetapi juga seorang yang mempunyai pemahaman mendalam tentang psikologi manusia, memainkan ketakutan dan emosi mangsanya. Dalam siasatan mereka, Razlan dan Sarah mendapati setiap mangsa mempunyai kaitan dengan rahsia gelap yang tersembunyi di bandar itu. Rahsia yang, jika didedahkan, akan menggoyahkan prinsip masyarakat bookie. Dalam perlumbaan melawan masa, mereka perlu menggunakan semua kemahiran dan pengalaman mereka untuk menangkap pembunuh licik ini. Namun, semakin dekat mereka kepada kebenaran, semakin mereka terjerat dalam permainan fikiran yang berbahaya dan memperdaya. Pembunuh ini mengubah setiap pembunuhan menjadi permainan, dan peniaga adalah papan permainan. Razlan dan Sarah menghadapi tekanan yang semakin meningkat daripada penduduk kota dan media yang menuntut keadilan dan keselamatan. Mereka juga perlu menghadapi keraguan dalam diri mereka dan hubungan peribadi yang telah terjejas oleh tekanan kes itu. Dalam usaha untuk menghentikan pembunuhan ini, mereka perlu mendedahkan siapa di sebalik "Permainan Tanpa Kesudahan" ini dan mengapa mereka melakukan semua "For Fun" ini. Apakah rahsia di sebalik setiap pembunuhan? Adakah Razlan dan Sarah dapat menghentikan pembunuh ini sebelum lebih banyak nyawa melayang? Bersedia untuk menyelami dunia misteri, ketegangan dan kejahatan yang tidak dapat diduga dalam "Misteri Berdarah: Permainan Tanpa Kesudahan."

More details
WpActionLinkContent Guidelines