Story cover for GHUFRAN ELENA: LOVE AND LOYALTY SERIES 1 by anissyaaa
GHUFRAN ELENA: LOVE AND LOYALTY SERIES 1
  • WpView
    Reads 3,380
  • WpVote
    Votes 330
  • WpPart
    Parts 41
  • WpView
    Reads 3,380
  • WpVote
    Votes 330
  • WpPart
    Parts 41
Ongoing, First published Apr 22
Di mata dunia, Kayden Raffael hanyalah seorang ahli perniagaan elit yang tenang dan berwibawa. Namun di sebalik wajah yang tenang itu tersembunyi rahsia gelap-dia adalah ketua kepada sebuah organisasi mafia paling berkuasa di Tuscany. Dunia gelap memanggilnya "Il Lupo Tranquillo"-serigala yang tenang, tetapi kejam apabila disentuh kelemahannya.

Dr. Elena Amani, seorang doktor muda yang berdedikasi dan teguh pada prinsip kemanusiaan, terjerat dalam dunia gelap Kayden apabila dia terpaksa merawat salah seorang orang kanan mafia itu saat dia merantau untuk mencari tunangnya, Zaheen di Tuscany. 

Kayden tidak pernah jatuh cinta sebelum ini. Elena pula tahu perasaannya pada Kayden tidak seharusnya wujud - dua dunia yang terlalu berbeza, terlalu berbahaya untuk disatukan. Namun dalam setiap pertemuan, mereka semakin  tenggelam dalam perasaan yang tidak dapat dihalang.

Apabila konflik, pengkhianatan, dan darah yang mula tumpah, mereka terpaksa memilih - antara cinta yang tidak mungkin... atau dunia yang telah lama mengikat mereka.

"Cinta yang lahir di antara gelap dan terang, mampu menyelamatkan... atau membinasakan."
All Rights Reserved
Sign up to add GHUFRAN ELENA: LOVE AND LOYALTY SERIES 1 to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
TAWAN HATI SANG MUSUH [COMPLETED] by dhimien
36 parts Complete Mature
--- Aleyna Ray - seorang pencuri profesional, bebas, berani dan berdarah sejuk. Dia bekerja sendirian, menyasarkan hanya pelanggan kelas tinggi dan organisasi korup. Suatu malam, dia menerima tugasan misteri: mencuri fail rahsia dari tangan ketua mafia paling digeruni di kota Erosia - Drazhar Kael. Aleyna menyelinap masuk ke vila mewah yang dikawal ketat. Tapi misinya terbantut apabila dia menemui satu fail yang mengejutkan - gambar dirinya. Butiran lengkap kehidupannya sejak tiga tahun lalu: tempat tinggal, rutin harian, musuh-musuh lamanya, dan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu - asal usul sebenar dirinya. Sebelum sempat melarikan diri, Aleyna ditangkap oleh lelaki itu sendiri - Drazhar Kael, ketua mafia berdarah dingin, genius dalam strategi dan... terlalu terobsesi dengan kesempurnaan. Tapi yang paling mengejutkan, Drazhar tidak membunuh Aleyna. Sebaliknya, dia mengurung wanita itu dalam rumah agamnya yang penuh kawalan, menjadikan Aleyna miliknya - bukan sekadar tahanan, tapi sesuatu yang lebih pelik dan menakutkan. "Aku tahu siapa kau, Aleyna Ray. Aku tahu darah siapa yang mengalir dalam tubuh kau. Dan aku tahu, aku takkan benarkan sesiapa miliki kau. Biar pun Tuhan." Drazhar obses. Tapi bukan cinta pada pandang pertama. Ia lebih dalam, lebih gelap. Aleyna ialah simbol kegagalan silamnya. Dia membiarkan Aleyna hidup kerana rasa bersalah - tapi kini, perasaan itu berubah. Dia mahukan Aleyna bukan sekadar untuk ditebus... tetapi untuk disempurnakan. Aleyna pula berperang dengan dua emosi: kebencian yang mendalam terhadap lelaki itu, dan rasa ingin tahu yang mengakar dalam jiwanya. Siapa sebenarnya Drazhar Kael? Dan mengapa hatinya berdegup lain setiap kali lelaki itu memandangnya tanpa kata? ---
The Mr. Thaqif Alexander by fereyssa
17 parts Ongoing Mature
"Kau sentuh dia kau mati perempuan." Ayat tu. Cuma satu ayat itu yang menutur dibibirnya mampu membuatkan semua orang terkaku tak bersuara. Termasuk Amanda Krystal sendiri. Dia terkesima dari riak wajah jejaka itu Amanda Krystal tahu bahawa Thaqif Alexander benar-benar memaksudkan kata-katanya tadi. Dalam sekelip mata tangan mereka yang menyentuhnya terlerai. Lembut tangannya ditarik oleh Thaqif Alexander. Sementara pandangan helang jejaka itu memandang tajam ke arah mereka. "Dia.. cuma milik aku Dan hanya aku yang boleh sentuh dia." Thaqif Alexander. Seorang lelaki mafia yang berkacukan Italy Malaysia. Memiliki wajah yang sangat tampan serta matanya yang berwarna grey kebiruan yang menjadi kegilaan setiap gadis apabila memandang tepat ke anak matanya. Thaqif Alexander dia juga seorang yang dingin dan beku oleh sebab itu dia tidak tertarik dengan mana-mana wanita. Baginya hanya Mamanya sahaja yang bertakhta dihati sehingga lah dia bertemu dengan seorang gadis kecil. "Amanda Krystal." Amanda Krystal asyik nama itu sahaja yang meneliti dibibir merahnya. Entah kenapa dia asyik teringat akan gadis tersebut. Tambahan lagi apabila Amanda Krystal pernah menyelamatkan nyawa Mamanya yang hampir dilanggar oleh musuh, akibat perkara itu Amanda menjadi bahan utama kelemahan Thaqif Alexander yang digunakan oleh musuh untuk menjatuhkannya. "Kahwin dengan dia Thaqif, Mama tak nak nyawa Krystal dalam bahaya." Permintaan yang agak mengejutkan tetapi makin lama jejaka itu dipujuk oleh Mamanya. Akhirnya Thaqif Alexander mengalah diturutkan juga permintaan Mamanya itu. "Kahwin dengan aku Amanda." "Awak merepek apa ni Aqif?" "Tch.. This is not a joke my little angel. Marry me, I swear I will protect you."
You may also like
Slide 1 of 6
THE QUEEN OF DEVIL (OG) cover
TAWAN HATI SANG MUSUH [COMPLETED] cover
Mafia Obsessions : Love At First Sight  ( C ) cover
Adellia, Milik Tuan Q cover
The Mr. Thaqif Alexander cover
CINTA DALAM CENGKAMAN cover

THE QUEEN OF DEVIL (OG)

40 parts Ongoing Mature

Aurora Chiara, ketua mafia wanita paling berkuasa, mula terlibat dengan Ayden Eren Sandro - seorang lelaki misteri yang hanya dikenali sebagai anggota tentera. Pertemuan mereka mencetuskan hubungan yang penuh konflik, rahsia, dan tarik-menarik. Dari pertembungan ego di meja sarapan, hingga ke misi berdarah di Itali, hubungan mereka diuji dengan kesetiaan dan cinta dalam dunia yang penuh bahaya. Kematian Aurora yang dirancang sebenarnya hanyalah helah untuk menumpaskan waris terakhir musuh lamanya. Selepas kejayaan itu, dia pulang ke Malaysia secara rahsia, hanya diketahui oleh Carlo dan Eijaz. Kehidupan kembali seperti biasa, namun cinta mereka terus diuji apabila identiti sebenar Ayden terbongkar - dia bukan sekadar tentera, tetapi pemilik empayar mafia dan syarikat besar yang menyamai kekuatan Skycore. Gabungan dua empayar besar, Skycore dan Corvo Nero, membangkitkan musuh-musuh lama dan baharu. Dalam kehangatan cinta yang jarang bersatu kerana tugas dan misi, Ayden merancang untuk meminang Aurora secara rahsia. Namun kebahagiaan itu diragut apabila bekas tunang Ayden muncul dengan niat jahat, menyebabkan Aurora terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Kini, cinta mereka diuji bukan sekadar dengan darah dan senjata, tetapi oleh masa lalu, kepercayaan, dan kesetiaan yang dipertaruhkan.