Perjalanan Ke Paris

Perjalanan Ke Paris

  • WpView
    Leituras 25
  • WpVote
    Votos 11
  • WpPart
    Capítulos 6
WpMetadataReadMaduroEm andamento
WpMetadataNoticeÚltima atualização sáb, jun 14, 2025
WpInfo
Ficção
Romance
Sejak berumur sembilan tahun, Avéry Sophiaa, seorang gadis dari kampung kecil, telah menyimpan impian besar di hatinya untuk menjejakkan kaki ke bumi Perancis. Impian itu tidak pernah pudar daripada jiwanya, malah semakin membara seiring dengan bertambahnya usia. Kini, hari yang ditunggu-tunggu itu tiba. Dengan peluang pekerjaan di Paris, Avéry bukan sahaja mampu menjejakkan kaki ke sana, tetapi juga mendapat peluang menyertai sesi casting untuk fesyen ternama, Maison Margiela. Tanpa sedar, perjalanan ini bakal mengubah seluruh jalan hidupnya. Di sudut lain kota Paris yang tersembunyi dari hiruk-pikuk dunia, hidup seorang lelaki bernama Ibrahim Lèves Muda, seorang pemuzik jazz yang memilih untuk hidup sendirian. Hari-harinya dihabiskan di studio usang, club jazz terpencil, dan theater lama yang dipenuhi kenangan. Dia jarang berbicara dengan orang lain, jarang membuka hatinya kepada sesiapa. Namun, pada suatu malam, Ibrahim bermimpi pelik. Dalam kesunyian teater yang kosong. Dalam mimpi itu, dia berdiri ditepi kerusi paling bawah. Di sebelahnya, ada seorang perempuan berambut pendek seorang asing yang diam namun terasa akrab. Di kejauhan, di kerusi tingkat atas, duduk pula seorang perempuan lain. Wajah perempuan itu samar-samar, diliputi bayang, namun Ibrahim merasakan tatapan matanya menikam terus ke dalam jiwanya. Dia tidak tahu siapa mereka. Namun rasa di hatinya kuat seolah-olah sesuatu yang besar sedang menanti di hadapan, dan hidupnya yang tenang akan segera bergoncang. Siapakah perempuan-perempuan itu? Dan bagaimana takdir seorang gadis kampung dan seorang lelaki kesepian ini akan bertemu, di tengah kota Paris yang penuh mimpi dan rahsia? Ini adalah kisah tentang keberanian, takdir, cinta, dan perubahan yang bermula daripada satu impian kecil, menuju ke dunia yang tidak pernah mereka bayangkan.
Todos os Direitos Reservados
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • Broken Bodies (21+)
  • Manis Tentang Kita (Free Chapter)
  • BAYANG RAHSIA [C]
  • BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
  • 𝑱𝑬𝑱𝑨𝑲 𝑴𝑨𝑬𝑳𝑰𝑬 | CERPEN (ON GOING) [ MALAY ]
  • PERASAAN TERPENDAM (TAMAT)
  • Benci Mr. Tengku √

COMPLETED ✅✅ Selepas bercerai, Yara Isabella berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat memulakan hidup baru-lebih tenang, lebih baik, dan lebih dekat dengan agama. Dalam pencariannya, dia bertemu seseorang yang kelihatan berbeza dari lelaki-lelaki lain. Seorang yang sabar, yang sedia membimbing, yang membuatnya percaya bahawa perubahan itu mungkin. Tapi kepercayaan itu tidak bertahan lama. Sentuhan pertama mengubah segalanya. Janji-janji yang dulu diucapkan hilang dalam nafsu yang semakin rakus. Niat untuk berkahwin lenyap begitu saja, dan Yara mula sedar, dia hanyalah alat pemuas yang diberi nama lain. Namun, Yara tidak akan membiarkan dirinya menjadi mangsa lagi. Jika ini permainan yang ditetapkan untuknya, dia akan bermain dengan cara sendiri. Kerana di luar sana, masih ada yang sanggup membayar harga untuk menyentuhnya. Tapi sampai bila? Dan di saat dia ingin keluar dari kegelapan ini, masihkah ada cahaya untuknya? >>>Nota Penulis👇🏻 Kisah ini diinspirasikan daripada pengalaman sebenar seseorang yang pernah berkongsi ceritanya dengan author. Author hanya menyusun semula dalam bentuk penceritaan, dengan sedikit olahan untuk memberi lebih impak kepada pembaca. Nama, lokasi, dan beberapa peristiwa telah diubah bagi menjaga privasi individu yang terlibat. Namun, emosi dan hakikat di sebalik kisah ini tetap kekal. Amaran diberikan sebab cerita ni ada banyak unsur-unsur seks dan keganasan, diceritakan oleh pemilik sebenar dan author tulis sebiji seperti yang diceritakan.

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo