Story cover for Trauma ( COMPLETE) by hannniehae
Trauma ( COMPLETE)
  • WpView
    Reads 536
  • WpVote
    Votes 48
  • WpPart
    Parts 23
  • WpView
    Reads 536
  • WpVote
    Votes 48
  • WpPart
    Parts 23
Ongoing, First published Apr 28, 2025
Sekumpulan sahabat lama bertemu semula selepas bertahun-tahun terpisah . Sebuah villa mewah dipilih sebagai lokasi reunion mereka yang jauh dari kota,dikelilingi hutan yang cukup terpencil untuk memberi ruang kepada kenangan lama dihidupkan semula.

Ketawa,gurauan dan cerita silam  menyatukan mereka. Namun,tidak semua kenangan harus diungkit . Tidak semua luka boleh disembuhkan. Disebalik senyuman dan pelukan ada mata yang memerhati, ada hati yang menyimpan dendam lama . Membalas luka silam yang tidak pernah sembuh.

Tanpa disedari mereka terperangkap didalam rumah itu dimana dosa silam mereka mula terbongkar satu persatu yang mengheret mereka kembali kepada satu tragedi gelap  yang sudah bertahun berlalu.. Dan dendam itu menuntut balasan yang lebih kejam daripada yang pernah mereka bayangkan.

Bila pengkhianatan terbongkar siapa yang masih mampu berdiri?. 

      Satu malam reunion.

      Satu rahsia gelap.

      Satu jiwa yang menuntut balasan

Bawah 18 tidak digalakkan membaca
Terdapat adegan ganas
All Rights Reserved
Sign up to add Trauma ( COMPLETE) to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
10 parts Ongoing
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE] by sopheahadie
46 parts Complete
Sara Jasmeen, gadis malang yang dibuang oleh mamanya sendiri atas kesalahan yang dia tak pernah terniat untuk melakukannya. Membawa diri jauh ke kota Edinburgh pada usia yang sangat muda. 10 tahun menetap di situ mengajarnya banyak perkara tentang kehidupan dan dunianya terisi dengan hadirnya seorang sahabat susah senang. Selepas 10 tahun, hatinya terbuka untuk pulang ke tanah air dan semasa dalam perjalanan pulang, ditakdirkan tuhan berjumpa dengan seorang lelaki bernama Raes Amrullah. Raes Amrullah, lelaki biasa namun misteri. Tempoh singkat perkenalan dengan Sara Jasmeen membibitkan rasa yang aneh dalam hati lelaki itu. Sangkanya itulah kali pertama dan terakhir dia akan bertemu dengan gadis itu, namun ternyata perancangan tuhan itu indah. Beberapa pertemuan antara mereka membuka rahsia hidup Sara yang pedih, berjanji dengan dirinya bahawa dia akan mengembalikan kebahagiaan dalam hidup gadis itu. Menikmati alam rumah tangga bersama Raes, sedikit demi sedikit memberi sinar baharu buat Sara. Namun, pelayaran cinta bersama Raes tidaklah kekal tenang, satu peristiwa menyebabkan pelayaran mereka dilanda badai apabila hadirnya Firdaus yang menimbulkan kacau bilau. Sekali lagi Sara dibuang,lebih parah dibuang oleh suami sendiri yang telah menabur janji untuk membahagiakannya. Saat kebenaran mula terbongkar, Raes sasau mencari sang isteri namun hampa apabila Sara membawa diri dengan hati yang berdarah. Apakah kesudahan kisah cinta antara mereka? Masih adakah peluang untuk Raes menebus silapnya? Masihkah Sara mengizinkan Raes hadir semula dalam hidupnya? Apakah pengakhiran hubungan Sara dan mamanya? Layakkah Sara merasa bahagia setelah beribu liku yang dihadapi dalam hidupnya?
You may also like
Slide 1 of 10
JEJAK LUKA [C] cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover
Kerana Dia. ((Completed)) cover
Even If We Drift: We Always Find Our Way Back cover
Sembuh cover
IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE] cover
From Me To You cover
Terbang cover
OH MY PRETTY MAID [EDITING] cover
The Remaining Piece[Completed] cover

JEJAK LUKA [C]

32 parts Complete

"Dendam ini bukan bermula dari kemarahan. Ia bermula dari kehilangan." Apabila Tuan Halim meninggal dunia secara tiba-tiba, keluarganya - Sofea dan dua anak mereka, Kayla dan Nurin - bukan sahaja kehilangan tempat bergantung, tetapi turut diusir dari rumah sendiri oleh darah daging sendiri. Dihina. Dibuang. Dilenyapkan dari warisan. Tujuh tahun berlalu. Kayla kembali. Bukan sebagai anak saudara yang hina, tetapi sebagai pemilik yang menyamar di sebalik bayang korporat. Satu demi satu keluarga besar yang pernah menzalimi mereka mula kehilangan apa yang mereka pertahankan: kuasa, wang, dan maruah. Namun dalam setiap langkah balas dendam, luka lama berdarah semula. Kayla mula bertanya - apakah benar membalas itu kemenangan, atau hanya cara lain untuk mati perlahan-lahan? Jejak Luka adalah kisah seorang wanita yang berjuang antara dendam dan kemanusiaan. Di kampung yang menyimpan luka silam, dia kembali - bukan untuk memaafkan, tapi untuk mengingatkan.