Tengku Aiman Eskandar. Sepupu kepada Tengku Ariel Rouis. Dia jejaka tinggi lampai dan sikapnya sangat peramah dan berhati lembut. Oleh kerana sikapnya yang terlaku baik hati dia sentiasa disukai oleh orang ramai dan jarang dengar ada orang tidak menyukai jejaka ini. Lisa Adni. Seorang gadis yang sentiasa nampak ceria dan gembira selalu tertawa, dia tertawa hanya untuk menyembunyikan sakitnya. Disebalik wajah Lisa Adni yang ceria juga terselit seribu masalah. Masing-masing tidak pernah terdetik untuk masuk dalam dunia percintaan. Bagi mereka berdua cinta itu buta dan tidak akan pernah bertahan lama. Setelah lama Aiman menyambung pembelajarannya di London, dia kembali ke tempat asalnya tempat lahirnya oleh kerana dia sudah berasa muak untuk meneruskan pembelajaran di negara luar. Awak Lisa Adni kan? awak semalam ada datang majlis Ariel? -Tengku Aiman Eskandar- Pertemuan tak dirancang dan tak diduga. Setelah Aiman pulang dia mendapat berita yang sepupunya sudah selamat menjadi suami orang. Tapi bukan itu yang membuatkan Aiman terkejut. Tetapi yang membuat dia terkejut adalah pertemuan bersama Lisa Adni. Saya tak sempurna Aiman. Saya tak sebaik yang awak rasakan. -Lisa Adni- Awak sempurna Lisa. Awak perempuan yang paling sempurna dalam hidup saya setelah ibu saya. -Tengku Aiman Eskandar- Pertemuan itu bukan hanyalah sekadar pertemuan biasa tetapi memberi kesan kepada Aiman. Apakah kesan yang Aiman dapat setelah berjumpa dengan Lisa? adakah dia tertarik kepada gadis itu? atau sebaliknya dia cuma mahu tahu tentang gadis itu? Dan siapakah Lisa Adni sebenarnya? Apakah masalah dan sakit yang dia pendam dan simpan? Dan bagaimanakah hidup gadis itu?All Rights Reserved
1 part