We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
CODENAME: TUAH (BXB)

CODENAME: TUAH (BXB)

  • WpView
    Reads 1,394
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 7
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, May 21, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
"Dua jiwa bertembung di medan perang, bermusuh tanpa tahu - bahawa kelak, hati merekalah yang akan bertempur paling hebat." Tuan Azril Luthman, si military prodigy, berimpian menjadi anggota elit tentera. Disiplin, tegas, dan keras hati, dia percaya bahawa kelemahan tiada tempat dalam dunia ketenteraan. Rafael Iskandar, pewaris muda keluarga bangsawan, dihantar ke kem tentera - bukan atas kehendaknya, tetapi kerana paksaan seorang ayah yang ingin "memperbaiki" anaknya yang liar dan memberontak. Apabila Azril dan Rafael bertemu sebagai rekrut baru, pertarungan antara dua dunia bermula. Bagi Azril, Rafael melambangkan segalanya yang dia benci - manja, tidak berdisiplin, dan terlalu bergantung pada orang lain. Bagi Rafael pula, Azril adalah lambang dunia yang kejam yang dia cuba lari darinya. Namun di sebalik dendam kecil, ejekan, dan perbalahan di medan latihan, takdir mula menulis kisah yang lain. Di tengah-tengah derap langkah tentera, peluh, dan dentuman tembakan, sesuatu yang lebih dalam tumbuh perlahan - sesuatu yang tidak pernah diajar dalam mana-mana latihan ketenteraan. Dalam dunia yang menolak kelembutan, adakah hati mereka cukup berani untuk bertarung demi sesuatu yang lebih berharga dari kemenangan? Atau mungkinkah medan perang akan memisahkan mereka... sebelum mereka sempat memilih? [ buku ini mengandungi unsur lgbt , bully , penulisan matang ]
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Derana (Bab Percuma)
  • The Devil's Wife
  • Rayyan Aidan (Love And Trust) II Complete
  • Stalker Si Abang Pengawas
  • CINTA SANG PUTERA
  • MR. ASH SEBELAH RUMAH
  • TAKDIR YANG TERCIPTA [REVAMPED]
  • Balas dendam

Marsha Adlina. Di sekolah, siapa yang tidak kenal akan dirinya? Dengan prestasi ko-kurikulum yang memberangsangkan, wajah menawan serta sahsiah mulia, maka tidak hairan jika dirinya disenangi banyak orang. Bahkan, tidak sikit juga yang menjadikannya sebagai ikon contoh. Namun, langit tak selalu biru. Akan tiba masanya, ia berubah mendung. Begitu juga kehidupan. "Chayra, awak bau busuk tak? Bau tukang rasuah." "Isy, kuatnya bau! Dahlah berbau, tak malu pula tunjuk muka. Reena, saya nak termuntahlah. Apa kata kita pergi tempat lain?" Marsha seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Rakan-rakan sendiri membuangnya? Oh, mereka sungguh tak kenang jasa. Senario yang selama ini Marsha banggakan, akhirnya hancur jua. Ayahnya dipenjara hingga membuatnya terjatuh tak berdaya. Tidak cukup dengan itu, dia turut dikejar oleh kumpulan Black Blood yang ingin menagih hutang ayahnya. Antara mati atau lari. Manakah yang menjadi pilihan? "Ayah, kenapa ayah buat kakak macam ni. Kakak penat. Dia orang kejar kakak. Kakak takut." Hamburan air mata yang tidak lagi dapat dikawal. Wajahnya kelihatan tertekan. Dalam keadaan genting itu, Marsha mendapat jalan keluar mengikuti sebuah laluan yang tidak dijangka-jangka! Dia pilih untuk lari. Bukan mati di tangan manusia kejam. Mengikuti laluan itulah Marsha mengenal kehidupan baharu yang penuh suka duka dan pengalaman indah. Namun laluan itu laluan yang jauh. Jauh dari tanah airnya. "Kehidupan kita ibarat sebuah filem. Ada hal yang tidak indah di sebalik layar, tetapi kita tidak mungkin menunjukkannya, bukan?"- Marsha Adlina Adakah Marsha masih teguh menggenggam derana kala dugaan hidup datang menghimpit?

More details
WpActionLinkContent Guidelines