Story cover for Antara dua nama by the_seroja
Antara dua nama
  • WpView
    Reads 1,179
  • WpVote
    Votes 525
  • WpPart
    Parts 12
  • WpView
    Reads 1,179
  • WpVote
    Votes 525
  • WpPart
    Parts 12
Ongoing, First published May 04
"Antara janji yang pernah ditanam, dan rasa yang tiba-tiba mekar... cinta manakah yang layak diperjuangkan?"

Lima tahun bercinta, namun mengapa hati terasa semakin jauh?
Nayla Seroja setia menanti Hafiz Naufal, tetapi waktu dan jarak perlahan-lahan meragut manisnya rindu.

Hadirnya Syahril Najmi, teman lama yang kembali memberi ruang dan bicara, membawa tenang yang Hafiz pernah janji... namun lama hilang.
"Aku tak pernah minta kau jatuh hati, Nayla... tapi kenapa setiap senyummu membuat aku ingin lebih dari sekadar jadi kawan?"

Syahril bukan lelaki yang bebas dimiliki, sedang Hafiz di kejauhan masih memujuk hatinya sendiri.
"Aku cuma mahu kau tahu, Nayla... meski kita tak selalu bersama, doa aku tak pernah jauh dari namamu."

Sedang Nayla hanya mampu berbisik sendiri,
"Kalau hati kita masih saling memilih... kenapa jarak ini terasa semakin jauh?"

Cinta manakah yang harus Nayla perjuangkan?
Yang pernah bertunas bersama janji...
Atau yang hadir tanpa diminta... tetapi lebih terasa hidupnya?
All Rights Reserved
Sign up to add Antara dua nama to your library and receive updates
or
#622ceritamelayu
Content Guidelines
You may also like
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
10 parts Ongoing
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐨𝐝𝐲  by Noodlesbelaik
18 parts Ongoing Mature
𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐨𝐝𝐲 (New version of 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂𝒎𝒖) 𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐨𝐝𝐲 Nur Nayla Nafisa hidup dalam dunia yang penuh dengan tuduhan dan rahsia gelap. Dituduh sebagai pembunuh keluarganya sendiri, dia berdiri seorang diri, memikul beban yang tidak pernah dia pinta. Setiap langkahnya dipenuhi bayang-bayang dendam dan kesunyian yang membelenggu hati. Tengku Aariz Welch, pewaris keluarga berkuasa dan dunia yang kelam, sudah lama menyimpan rahsia hatinya. Dari saat mereka bertemu di sekolah menengah, Aariz telah terpaut pada Nayla - walaupun dia sering menyembunyikan rasa itu di sebalik sikap dingin dan usikan manja. "Nak abang cakap jujur? Dari dulu abang dah simpan hati dekat awak. Tapi, awak ni degil sangat, selalu buat abang sakit kepala," Aariz selalu menyakat, sambil panggil Nayla 'sayang' dan 'cik kak', tapi siapa sangka, di sebalik usikan itu tersimpan kasih yang tulus. Ketika Sombra Bianca - ubat misteri yang mengikat rahsia kelam Nayla sejak kecil - muncul kembali, mereka terjerat dalam permainan bahaya yang menguji cinta dan kepercayaan mereka. Nayla sering tertanya-tanya, kenapa Aariz masih memilih dia walaupun mereka sering bergaduh dan Aariz hampir menyerah. "Sebab, sayang... selagi hati abang pulih, awak je yang layak dalam hati abang. Bukan sesiapa pun," jawab Aariz dengan lembut, mata penuh harapan. Mampukah mereka bertahan di tengah badai rahsia dan luka? Atau melodi indah itu akan terhenti sebelum sempat menjadi lagu cinta abadi? "Sayang, jangan lari dari abang. Dalam gelap dunia ini, awak adalah melodi terindah yang saya tak pernah sangka akan saya temui."
Selamanya Dalam Hati (Complete)  by Anirafsa
28 parts Ongoing
Ariana tidak pernah menyangka bahawa satu pertemuan di sebuah kafe kecil akan mengubah hidupnya. Haikal, lelaki yang tidak dikenali tetapi terasa begitu familiar, hadir secara tiba-tiba dan membuatkan hatinya berdebar dengan cara yang sukar dijelaskan. Tanpa sedar, dia tertarik dengan pesona lelaki itu yang merupakan seorang arkitek yang tenang, matang dan penuh misteri. Namun, ketika mereka semakin rapat, satu rahsia dari masa silam mula terbongkar. Ariana menemui sekeping gambar lama yang mengandungi wajahnya bersama Haikal sewaktu kecil. Satu persatu kenangan yang telah lama terkubur mula kembali. Tetapi, ada sesuatu yang masih kabur di ingatannya. Haikal akhirnya memdedahkan kebenaran yang mengejutkan. Mereka bukan sahaja pernah mengenali satu sama lain, tetapi Ariana pernah melupakan segala-galanya tentang Haikal akibat satu insiden tragis di zaman kanak-kanak mereka. Walaupun Haikal tidak pernah melupakan Ariana, gadis itu telah membina kehidupannya tanpa menyedari bahawa seseorang telah lama menunggunya dalam diam. Kini, Ariana dihadapkan dengan dilema. Adakah dia mampu membuka hatinya semula untuk seseorang yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya, atau adakah perasaan itu hanya sekadar bayangan masa lalu? Di sebalik semua itu, Haikal menyimpan satu janji. "Jika kita bertemu semula, aku takkan lepaskan kau lagi." "Selamanya Dalam Hati" ialah sebuah kisah cinta yang manis dan penuh emosi, tentang bagaimana takdir mempertemukan semula dua hati yang pernah terpisah. Adakah kenangan lama mampu menyatukan mereka, atau adakah masa lalu akan terus menghantui perjalanan cinta mereka?
You may also like
Slide 1 of 10
His Code Name: Kulai , A Love Worth Fighting For  |  OG  cover
CINTA KAU & AKU (completed) cover
✈AKU SAYANG KAU GILA![ Slow Update ] cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover
Cinta Yang Terhalang cover
Encik Suami Sweet cover
Jandaku is Back! (Short Story) [✓] cover
Cinta Yang Kau Buang ⓒ cover
𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐨𝐝𝐲  cover
Selamanya Dalam Hati (Complete)  cover

His Code Name: Kulai , A Love Worth Fighting For | OG

31 parts Ongoing

Pertemuan dengan seorang lelaki berseragam hijau empat tahun lalu telah meninggalkan luka yang dalam di hati Shahirah Deena. Pengalaman pahit itu membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Namun, siapa sangka, hadirnya dia telah mencantumkan kembali serpihan hati Shahirah yang hancur berkecai. Adakah kebahagiaan yang dia miliki akan kekal lama?