SEKOLAH MALAM:Gerbang ke Arwah
39 parts Ongoing ---
"Sekolah ini tidak pernah sunyi... walaupun selepas loceng terakhir berbunyi."
Di sebuah kawasan pedalaman di Malaysia, terdapat sebuah sekolah menengah yang sudah lama beroperasi - Dari luar, ia kelihatan seperti sekolah biasa. Tetapi selepas jam 12 tengah malam, sesuatu yang aneh akan berlaku.
Lorong-lorongnya jadi gelap tanpa sebab.
Bayang-bayang pelajar lama masih berjalan di koridor.
Dan kadangkala, suara menangis kedengaran dari bilik darjah kosong.
Namun tiada siapa berani bertanya - kerana sesiapa yang mencari jawapan, tidak pernah kembali dengan waras. Atau... tidak pernah kembali langsung.
---
📚 Rekod Hitam Sekolah
Puluhan tahun lalu, berlaku sebuah tragedi berdarah - seorang pelajar perempuan telah ditemui mati di perpustakaan lama, dengan matanya hilang, dan satu simbol aneh terukir di lantai. Sejak itu, setiap 13 tahun sekali, seorang pelajar akan hilang secara misteri.
Guru-guru lama menyimpan rahsia,
dan pelajar baru... jadi mangsa tanpa tahu apa-apa.
---
🔔 Tahun Ini
Tahun ini, pelajar baru bernama Faiz ditukar masuk ke sekolah itu. Tanpa sedar, dia memulakan kitaran roh yang telah lama tertangguh.
Dan dalam diam, gerbang pertama telah terbuka.
> "Sekali kau langgar dunia mereka,
dunia kita tidak akan sama lagi."
---