23 parts Complete Mengisahkan Suraya, wanita bekerjaya hebat yang mengahwini lelaki kampung bernama Idham. Suatu hari, Idham dan Suraya mengalami kemalangan yang mengakibatkan diri Suraya menjadi seperti kebudak-budakan. Idham terpaksa berkahwin dengan seorang janda bernama Fatihah sebagai isteri kedua dengan harapan Fatihah mampu menjaga Suraya. Namun, Fatihah mendera Suraya tanpa pengetahuan Idham kerana cemburu apabila mendapat tahu Suraya sedang mengandung, mengakibatkannya keguguran. Suraya yang semakin pulih, membawa diri ke Kuala Lumpur. Kehadiran Ashraf, rakan sekerja yang menaruh hati pada Suraya sedikit sebanyak menghilangkan rasa sunyi Suraya. Satu hari, takdir menemukan Idham dan Suraya yang bergantung tak bertali. Idham ingin berbaik semula dengan Suraya. Namun, Ashraf membongkarkan satu rahsia tentang kandungan Suraya yang pernah gugur dahulu. Adakah ingatan Suraya kembali pulih sepenuhnya? Adakah Suraya akan kembali kepada suaminya, Idham, atau memulakan hidup baru bersama Ashraf?