AL SIRR

AL SIRR

  • WpView
    Reads 84
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 6
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Jul 29, 2025
Pada tahun 2021, Muaz meninggalkan dunia ketenteraan atas sebab tertentu. Kini, dia memilih jalan yang sunyi namun mulia. Iaitu sebagai Pemandi Jenazah. Tangannya yang dahulu menggenggam senjata kini menggenggam gayung, menuang air ke jasad demi satu amanah terakhir, menyucikan mereka sebelum kembali kepada Tuhan. Namun, Muaz bukan sekadar pemandi jenazah biasa tapi ada tersimpan al sirr, satu rahsia yang dipegang. Dan, rahsia itu perlu diselesaikan. Dalam masa yang sama, Sofea Halis, pegawai polis yang sentiasa rasional dan berpaksikan sains, ditugaskan menyiasat satu siri kematian misteri yang memaparkan simbol pelik di tubuh mangsa. Kes ini menjadi semakin rumit apabila seorang lelaki yang hanya bergelar 'Pemandi Jenazah' masuk campur. "Mana jenazah?" Soal Sofea. "Er...Jenazah....Hilang." Takdir mempertemukan Muaz dan Sofea-dua individu dari dunia berbeza-dalam sebuah penyiasatan yang merentasi logik akal dan kepercayaan. Di sebalik setiap mayat yang dibedah dan setiap surah yang dibaca, terbuka pintu kepada sebuah rahsia besar yang mungkin merubah segalanya.
All Rights Reserved
#698
thriller
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • The Lost Heir of Avalor [TLHA]
  • CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL]
  • DIA YANG HILANG (ON GOING)
  • INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL)
  • Suri hati Mr Heartless (Complete) ✔
  • Thriller : Wais Ayden ✓
  • MAZE [ COMPLETED ]
  • Trapped In His Obsession©️
  • JEJAK CINTA SEORANG MAFIA

COMPLETED Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia? Hazirah tidak mempunyai kuasa elemen kecuali dua abiliti. Dia tidak pernah tahu akan asal-usulnya serta keluarga kandungnya. Selama ini, dia tinggal bersama sepasang suami isteri. Mereka mempunyai seorang anak yang setahun muda darinya. Pada suatu hari, dia disuruh untuk melangkah masuk ke sebuah bilik yang seringkali dihalang masuk oleh keluarga susuannya. Terdapat sebuah skrol yang mempunyai namanya. Tidak dia sangka bahawa skrol itu mengenai sejarah keluarga kandungnya. Ibu bapa sempat memberi skrol tersebut kepada keluarga susuannya melalui seseorang. Hazirah berjanji untuk mencari maklumat tentang asal-usulnya. Huzair Asyraf, seorang jejaka berumur 22 tahun. Dia seorang yang pendiam dan ceria walaupun tidak mempunyai ramai kawan. Huzair mempunyai seorang kawan rapat, Muaz Aisy. Mereka mengenali satu sama lain sejak mereka berumur lima tahun. Muaz telah banyak menolongnya dari segi memberinya keluarga, tempat pelindung, makan minum dan pakaian. Susah senang, mereka lalui bersama. Walaupun hidupnya sudah lengkap, Huzair merasakan bahawa hidupnya tidak lengkap tanpa seseorang. Dia mencari orang itu tetapi tidak tahu di mana hendak mula mencarinya. "Aku akan sentiasa ada dengan kau." - Muaz Aisy "Aku tidak akan putus asa selagi aku tahu apa yang terjadi dengan keluarga kandung aku." - Hazirah Aisyah "Kita akan melakukan semua ini bersama." - Syahmi Ilyas Namun, dapatkah Huzair mencari orang itu meskipun sudah sekian lama tidak berjumpa? Siapakah orang yang dicari Huzair? Dapatkah Hazirah meneruskan kehidupannya yang penuh dengan dugaan itu? Dapatkah Hazirah mencari maklumat yang dicarinya selama ini? Yang penting, adakah mereka berjaya memenangi peperangan yang bakal berlaku?

More details
WpActionLinkContent Guidelines