Story cover for Mal & Emi [OG] by nanabananamy
Mal & Emi [OG]
  • WpView
    Reads 2,112
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 16
  • WpView
    Reads 2,112
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 16
Ongoing, First published May 07, 2025
6 new parts
Mal & Emi

Khairin Emyra jatuh cinta pandang pertama pada anak jiran sebelah rumah sejak dia berusia lapan tahun.

Bertahun-tahun dia menyimpan perasaan itu dalam diam, mengharapkan suatu hari nanti cinta pertamanya akan membalas dengan rasa yang sama.

Namun, dunia tidak seindah yang dia bayangkan.

"Wake up, Emyra. You're not even my type." - Iqmal Azizi

Cukup dengan satu ayat itu, meranapkan segala impian dan harapannya.

Emyra membawa diri, jauh dari rumah, jauh dari Iqmal.

Setelah tujuh tahub berlalu, Iqmal yang pernah menolak cintanya sebelum ini tiba-tiba berubah.

"Cukuplah tujuh tahun abang terseksa hidup tanpa Emi." - Iqmal Azizi

Emyra keliru.

Kenapa tiba-tiba lelaki itu hadir membawa harapan yang dia sendiri pernah musnahkan?

Mampukah Emyra membuka semula ruang dalam hatinya untuk lelaki yang pernah menghancurkannya?

Atau luka lama itu terlalu dalam untuk sembuh sepenuhnya?
All Rights Reserved
Sign up to add Mal & Emi [OG] to your library and receive updates
or
#3sweet
Content Guidelines
You may also like
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG) by Anardellqueena
67 parts Ongoing
🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di sebuah syarikat yang bernama AR's Holding. 🥀Hannah Audia Seorang gadis yang memiliki senyuman yang manis,ayu dan keras kepala.Dia seorang yang mahir dalam bidang memasak.Memiliki sepasang mata berwarna coklat kehitaman itu menampakkan dia lebih lagi menarik dan cantik. Satu persatu kebenaran mulai terbongkar selepas mereka berdua berkahwin.Tengku Rayden Albert telah menduakan cinta Hannah Audia.Dia menyeksa fizikal dan mental isterinya sehingga membuatkan Hannah Audia mulai membencinya. Hari demi hari,bulan berganti bulan,perilaku Tengku Rayden Albert kepada Hannah Audia telah membuatkan Hannah Audia mulai menjauhkan dirinya daripada Tengku Rayden Albert dan mahu memulakan hidup barunya. Hannah Audia nekad untuk berubah dari semua segi termasuklah hatinya,dia kembali dengan kedinginan yang teramat dalam di hatinya dan dia sudah berjanji dengan dirinya bahawa dia tidak akan menerima kembali 'lelaki' yang telah musnahkan dan hancurkan kehidupannya. "Maafkan abang sayang.Abang nak betulkan balik keadaan kita berdua.Abang betul-betul menyesal akan apa yang telah abang buat dekat sayang beberapa tahun yang lalu.Tolong,kembali kepada abang semula" -Tengku Rayden Albert- "Maaf,perempuan miskin macam saya ni tak layak nak jadi isteri tengku dan berada di sisi tengku.Anggaplah kita berdua sudah tiada jodoh.Berbahagialah dengan pilihan hati tengku yang tengku idamkan selama ini.Saya akan mulai kehidupan baharu saya tanpa tengku." -Hannah Audia- Adakah cinta Tengku Rayden Albert akan diterima kembali oleh Hannah Audia setelah apa yang dia buat kepada Hannah Audia? Adakah mereka berdua akan bersatu kembali? DILARANG PLAGIAT CERITA SAYA❗❗🚫 NO CIPLAK TOO❗🚫 Start: May 2023 End:?
Bahagia Tak Sempurna ©️ by nsyqilla
48 parts Complete
3rd story :) Zyan Ahmad | Zara Adira Zara Adira tidak pernah menyangka bahawa cinta pertamanya akan berakhir dengan kematian dan trauma yang menghantuinya di setiap hela nafas. Pada hari yang sepatutnya. menjadi titik bahagia dalam hidupnya, Zara kehilangan satu-satunya lelaki yang tinggal dalam hidupnya. Adam. Hidup Zara berubah sekelip mata. Dari seorang gadis ceria, dia kini benci pada masa depan yang dia tidak pernah minta. Hidupnya mula dikelilingi teka-teki, dendam dan rasa bersalah yang tiada noktah. Zyan Ahmad, sahabat baik kepada arwah Adam pula tidak pernah benar-benar menyukai Zara. Bagi Zyan, Zara hanyalah gadis manja yang merosakkan hidup orang lain. Tapi takdir aneh menyatukan mereka dalam situasi yang tidak terduga. Daripada pergaduhan mulut, muncul simpati. Daripada simpati, muncul perasaan yang perlahan-lahan meruntuhkan. tembok hati mereka. Namun, kebahagiaan bukan sesuatu yang mudah dimiliki. Satu demi satu kejadian misteri berlaku termasuk kemalangan yang hampir meragut nyawa, ancaman tanpa wajah dan sebuah konspirasi penuh dendam. Di sebalik segala kekusutan itu, Zyan tak pernah lari malah terus teguh berdiri di samping Zara Adira. Dibina atas kehilangan. Diuji dengan kebenaran yang menyakitkan. Mampukah cinta antara Zara dan Zyan bertahan bila luka lama kembali berdarah? Kerana hidup ini tidak pernah sempurna, tetapi... bila dilalui dengan orang yang tepat segalanya terasa cukup. They weren't perfect people. But somehow, they made perfect home out of each other. Start: 29 April 2025 Finish: 21 Jun 2025
CASANOVA LOVE by tihatti
26 parts Ongoing
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END:
Sedetik Lebih by CIK_ZALIKHA
51 parts Ongoing
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
You may also like
Slide 1 of 20
Dia, Adam Yusuf cover
HANYA UNTUK SEDETIK ✔️ cover
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG) cover
Bahagia Tak Sempurna ©️ cover
CASANOVA LOVE cover
Love, Unspoken cover
PERFECTLY BROKEN: LOVE AND LIE [UNEDITED] cover
C | ARLUNA ✔️ cover
Sedetik Lebih cover
DALAM BENCI ADA SAYANG cover
Meant To Be cover
TENTANG KITA - REVAMP (C) cover
Permission to Fall, Prof! cover
Peluang Kedua Buatku | (c) cover
Daniel: The Sweet Husband  cover
Suri Tanpa Takhta cover
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞 | C cover
Disebalik cover
TAKDIR TANPA CINTA  [C] cover
Cinta Yang Dicipta | OG cover

Dia, Adam Yusuf

49 parts Complete

Kerana dendam, Aisyah dikahwini. "Sampai lubang kubur pun kau akan tetap rasa merana!" "Apa salah saya?" Tangisnya tidak dihirau malah yang dia dapat penampar dan leher dicekik kuat oleh Adam Yusuf. Baginya, penderitaan yang keluarganya alami hanya perlu dibalas dengan derita yang sama. Bertahun dia menunggu waktu untuk dia dewasa seperti kini. Bertahun juga dia mencari Ferdi, lelaki berusia yang mempunyai banyak pengalaman dalam hal menghadiahkan 'derita' pada orang lain terutama ayahnya, Tengku Haris dan ibunya. Derita yang dia dan keluarga rasakan tak akan jadi setimpal dengan apa yang bakal dia lakukan pada anak dara Ferdi. "Kau takkan boleh mati, selagi aku tak puas! Aku nak kau rasa seksanya hidup di dunia. Aku nak kau rasa dunia kau hadap umpama latihan untuk kau masuk neraka! Faham?!" "Allahuakbar.. Kalau saya tak mampu masuk syurga, apatah lagi awak, Adam Yusuf!" Bidas Aisyah Humairah. Tanpa belas kasihan, satu tamparan terkena pipi mulus Aisyah Humairah. Namun, segala seksaan yang diberi, mampukah melawan rasa cinta yang tersirat? Segala seksaan yang diterima, mampukah dia menerima cinta itu? *** *Author akan update setiap hari Isnin☺️