Story cover for Rahsia Di Antara Kita by Noha-fiq
Rahsia Di Antara Kita
  • WpView
    Reads 9
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
  • WpView
    Reads 9
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
Ongoing, First published May 08
"Ada rahsia yang terlalu lama disimpan... dan kini, ia mula membayangi generasi seterusnya."

Amar Danial dan Hana Naufa membesar bersama - akrab, serasi, dan hampir tak terpisah.
Namun segalanya berubah bila Amar jatuh cinta dengan gadis lain, dan meminta Hana untuk "menjauh sedikit"... demi menjaga hati orang ketiga.
Hana setuju. Tapi dalam diam, hatinya mula terluka.

Di sebalik hubungan mereka yang renggang, sesuatu mula terbongkar -
fragmen-fragmen masa silam yang menyimpan luka dalam.
Apa yang disembunyikan selama ini?
Kenapa semakin banyak persoalan muncul setiap kali mereka cuba memahami hubungan keluarga masing-masing?

Persahabatan. Cinta. Rahsia.
Bila semuanya bersilang dalam satu kisah,
mampukah kebenaran menyatukan... atau memisahkan mereka buat selamanya?

"Rahsia Di Antara Kita" - sebuah kisah yang menyentuh tentang kehilangan, pertanyaan yang tak pernah terjawab, dan keberanian untuk menyelami masa lalu yang tak semua sanggup hadapi.
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add Rahsia Di Antara Kita to your library and receive updates
or
#410malay
Content Guidelines
You may also like
HUG : THE TRUTH UNTOLD by miszhann
20 parts Complete
[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa silam. Ya, ada orang yang inginkan nyawanya. Disebabkan itu, Naaila sentiasa berjaga-jaga dengan setiap orang yang baru sahaja dia kenal. Biarpun begitu, Naaila masih lagi gadis normal yang sentiasa mendambakan cinta. Bagi dirinya, biarlah cinta hadir ketika dia dan 'dunia kejar-mengejarnya' tamat tanpa ada episod seterusnya. "Cinta tak perlukan masa. Sesaat pun boleh jatuh cinta. Tiga bulan tu, tak cukup lama ke untuk kau?" - Fadh Qayeed "Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku. Hidup kita berbeza." - Naaila Natasha Fikir Naaila, Fadh akan menjauh apabila sedar hanya bahaya yang menimpa ketika mereka bersama. Ternyata, sangkaannya meleset. Semakin si gadis itu dikejar oleh musuh, semakin si jejaka mengajar tanpa peduli apa kesannya. Tanpa sedar, kebersamaan mereka membongkarkan satu kisah yang membuatkan jiwa Fadh dirobek kejam. Masa lalu yang saling terikat membuatkan Fadh naik gila. Masa kini yang terhidang, membuatkan Naaila hilang arah. Jalan apa yang harus diputuskan? "Kau rasa, aku boleh hidup macam manusia normal selepas apa yang aku dah tahu? Aku tak sekejam mereka. Aku bukan mereka!" - Naaila Natasha Adakah janji pelukan hangat yang pernah terucap akan terhapus bersama dendam yang ada? Atau mungkin, wujudnya derita sekarang kerana masa lalu yang tidak pernah diketahui? Hakikatnya, masih ada tersembunyi yang tidak pernah dipeduli. Entah siap atau belum, kehilangan akan menjadi sebuah kenyataan kerana ada keberanan yang tidak akan terungkap. "Aku rasa takdir sedang mempermainkan kita." *** Boleh dapatkan novel Hug : The Truth Untold di shopee fajarpakeer!
You may also like
Slide 1 of 10
Rahsia Hana (C)  cover
Will You Be My Haura? cover
Naskhah Terakhir Diari Dahlia cover
Sir.... I am in love with YOU!  ✔ cover
JEJAK CINTA SEORANG MAFIA cover
Siblings series 3-The Perfect Enemy : Naqiu Al-Haq  cover
Aliz cover
HUG : THE TRUTH UNTOLD cover
KEMBAR (Kita Tak Boleh Bersama) cover
Roommate 2 - COMPLETED cover

Rahsia Hana (C)

53 parts Complete

Novel Kelima Rahsia Hana 🍁 Hana Irdina bukan gadis biasa. Dalam dunianya yang eksklusif, dia punya segalanya kecantikan, kejayaan dan kebebasan. Namun, di sebalik wajah tenang dan senyum yakin itu, tersembunyi satu rahsia yang memenjara jiwanya. Baginya, cinta itu hanya membuka ruang untuk luka. Dan perkahwinan? Bukan untuk orang sepertinya. Emir Harraz pula membawa duka yang berbeza. Kematian isteri yang amat dicintainya menjadikan dia seorang lelaki yang tertutup hatinya. Dunia cinta telah dia tinggalkan...Tapi mak mertua nak dia kahwin dengan kembar arwah isterinya tapi emir menolak kerana dia belum bersedia sehinggalah dia bertemu gadis yang membuatkan jiwanya kembali bernyawa. Satu cabaran gila di majlis reunion UKM. Hana dicabar untuk menawan hati duda hot yang katanya 'imun pada cinta'. Niatnya hanya untuk berseronok. Tapi pertemuan yang sepatutnya hanya main-main telah menggoncang hati dua jiwa yang pernah patah. Bila Emir melamar dengan penuh harapan, Hana terperangkap antara rahsia silam dan perasaan yang tak sepatutnya wujud. Sanggupkah Hana melukai hati yang ikhlas... hanya kerana takut menerima cinta? Dan jika kebenaran terbongkar, adakah Emir masih mahu menjadikan dia isteri... atau sekadar kenangan? ⛔Plagiat tak dibenarkan⛔ ⛔Semua dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata.