"ᴀɴᴛᴀʀᴀ ᴅᴜᴀ ʜᴜʀᴜꜰ ʜɪᴊᴀɪʏᴀʜ, ᴛᴇʀʙᴇɴᴛᴀɴɢ ꜱᴀᴛᴜ ᴛᴀᴋᴅɪʀ"
Di balik dinding istana yang megah, seorang putera berdiri bukan sebagai pewaris, tetapi sebagai penjaga jiwanya sendiri. ᴛᴇɴɢᴋᴜ ꜰᴀʟᴀʜ ꜱʏɪᴛʜ ᴀʟ-ʀᴀᴇᴇ, mencari Tuhan dalam diam, menulis dalam gelap, dan menyimpan rasa dalam doa.
"Siapakah gerangan kamu wahai hamba Allah yang mencoret tinta hitam yang indah ini?" -Tengku Falah ( ف )
Sedang jauh dari istana, Qᴀᴍᴀʀᴀ ʙɪɴᴛɪ ᴢᴀʏᴅ, wanita petah yang lantang dengan pena dan prinsip, menghantar sepucuk surat tanpa nama. Isinya? Tuduhan mencuri... hatinya.
"Panggil sahaja aku Qaf, ringkas dan mudah. Tidak terlalu berat lidah untuk menyebut namaku. Namun.. andai sahaja kau mahu tahu nama ku dengan lebih lanjut, tunggu sahaja di majlis ijab kabul." -Qamara ( ق )
"Jika kau Qaf, maka aku Fa. Bermula sebelum huruf kau disebut. Sebelum kau menyambung. Tersusun juga di dalam garis huruf-huruf hijaiyah yang sama." -Tengku Falah ( ف )
Maka bermulalah satu kisah surat menyurat yang pelik, manis dan suci - antara dua insan yang beza pangkat dan darjat, namun sedang berbicara seperti pasangan yang sudah lama mengenali sesama sendiri.
"Akan ku buang segala apa yang berada di hatimu sehingga hanya bersisakan ruang untuk aku dan Tuhanmu sahaja, wahai saudari." - ف
"Demikian, lafazkan nama indahku di ijab qabul. Menunggu dengan sabar, menanti dengan rela." - ق
Dalam dunia yang mengagungkan pewarisan dan kuasa, mereka memilih tinta dan iman. Namun, berapa lama kasih berputik sebelum takdir menyatukan dua huruf yang saling melengkapi- Qaf dan Fa?
"Jika tiada Fa di susunan Hijaiyah, maka tiada sambungannya. Iaitu aku, Qaf."
Dengan ini, tinta cerita antara dua huruf indah ق dan ف membuka tirai..
start : 09/05/25
end: ?
Aisyah dan Izz Irfan.
Sebut je nama mereka dua ni, satu sekolah sudah tahu hubungan dingin mereka kerana mereka sering bergaduh dan mengenakan antara satu sama lain.
Izz Irfan.
Pelajar popular dan juga pengawas sekolah yang dedikasi kononnya. Dia juga seorang pelajar yang pintar. Ala senang cakap cukup package la sehingga semua pelajar perempuan di sekolah itu meminatinya.
Erina Aisyah.
Spec mata besar, old fashion, rambut tocang dua, senang cakap, dia seorang gadis nerd! Sering dibuat bahan ketawa tapi masih menayangkan muka tidak ambik peduli, muka beku. Mona, kawan dari dia masih kecil, satu satunya kawan yang sudi berkawan dengannya.
Sehingga satu peristiwa terjadi antara Izz dan Erina sehingga Erina membawa diri jauh dari Malaysia.
"Tepi la nerd! Kau tu dah la besar, takpayah la duduk tengah jalan ni. Terhalang tahu terhalang? Bapak aku buat sekolah ni bukan untuk kau melepak kat tengah jalan ni" perli Izz.
"Kau ni kan kalau x cari pasal dengan aku x boleh ke? Rimas la aku" kata Aisyah sakit hati.
"You are right. You don't need to fall in love with me because you don't deserve me"
"Hidup aku tak akan tenang sehingga perkataan maaf aku dengar dari mulut dia, Iwan.."
*******
Do not copy my work!!
And don't forget to vote and comment !!
Writing by me, Rinalavender.