Story cover for HAQ HESSA by WanNurNajihah
HAQ HESSA
  • WpView
    Reads 247
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 8
  • WpView
    Reads 247
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 8
Ongoing, First published May 09
Lapan tahun lepas HESSA telah melakukan satu kesalahan terbesar dalam hidup. Lantas bagi memperbetulkan keadaan dia bersetuju untuk berkahwin dengan HAQ, suami kepada kawan baik sendiri.

"Kau kenal Ayu. Sampai mati hanya dia aku sayang dan cinta. Bukan kau sekalipun kau isteri aku. Perempuan lain termasuk kau takkan mampu ganti tempat dia. Ayu terlalu istimewa." - HAQ

HESSA tahu itu. Cinta HAQ hanya untuk AYU. Status dia sebagai isteri hanya atas kertas. HESSA isteri tak diiktiraf. Malah dia seperti tidak wujud di mata HAQ. Tapi seteruk apa layanan HAQ, HESSA terima dengan hati terbuka. Sekalipun HESSA tidak melawan. HAQ tetap dilayan dengan baik.

"Jangan cabar aku. Aku bukan lelaki yang naik tangan pada perempuan. Tapi bila kau dah melampau kau paksa aku berkasar. Kau akan menyesal kahwin dengan aku." - HAQ

Tak mudah untuk HESSA bertahan hidup dengan HAQ. Air mata sering jadi peneman setia. Tapi untuk mengalah, itu bukan pilihannya. HESSA sedar dia yang bertanggungjawab atas hidup HAQ.

"Mungkin saya tak sebaik Ayu. Dan saya tak ada niat pun nak ambil tempat arwah. Tapi bagaimana awak pilih untuk setia dengan arwah. Macam tu saya pilih untuk setia dengan awak." - HESSA

Usaha HESSA untuk melembutkan hati HAQ akhirnya membuahkan hasil. Berkat sabar, HAQ mengaku cinta dan sayang padanya. Tapi hanya 24 jam mereka bahagia bersama.

"Abang dengar Hessa cakap Hessa punca Ayu mati. Apa maksud Hessa?" - HAQ

Rahsia yang HESSA simpan selama bertahun-tahun akhirnya terbongkar. Melutut dia memohon kemaafan HAQ, tapi sayang tiada maaf untuknya.

"Aku ceraikan kau dengan talak satu. Aku dah tak nak kat kau." - HAQ

Hubungan suci itu menemui titik noktah. Tapi bagi HESSA semuanya masih belum berakhir. Apa yang akan HESSA lakukan demi menuntut sebuah kemaafan? Apa rahsia yang disimpan olehnya? Dan adakah HAQ benar-benar membenci HESSA?
All Rights Reserved
Sign up to add HAQ HESSA to your library and receive updates
or
#269love
Content Guidelines
You may also like
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
71 parts Complete
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
Part Time Wife (PBAKL 2025) by aprilhann___
18 parts Ongoing
Kalau ada saja lelaki nama muhammad hikall dalam radius terdekatku, memang hidup aku tak pernah kenal erti aman. Ada jelah benda dia buat yang bikin paras geram aku naik. Pendek kata tak sebulu lah aku dengan dia. "Because you're my wife, Sayang Lili Sofea." - Hikall Ya, ya. Aku tak suka dia. Yet I married him. Yes, I do. Ehem pembetulan, part time wife. Isteri separuh masa saja. Tak lebih. Tak kurang. Bagaimana boleh terjadi? Semuanya bermula dengan tawaran mama Hikall "Nak kahwin dengan anak aunty tak?"- Mama Hayati. Aku ditawarkan menjadi mummy segera Naufal, anak tunggal Hikall dengan arwah isterinya. Senang cerita, aku setuju sebab tergoda dengan tawaran material keluarga Hikall. "No one at work can know about us." - Hikall Ceh, aku pun tak ingin nak canang aku kahwin dengan bos sendiri. Setahun lebih menjadi part-time wife Hikall, aku dah kenal perangai dia. Hikall yang dingin, aku dah biasa. Hikall yang garang, aku dah biasa. Hikall yang mengjengkelkan, lagilah aku biasa. Yang tak biasa bila Hikall tiba-tiba bertukar jadi romantik. Merinding habis bulu roma aku jadinya. Seram! "Tolong hormat ketenteraman hati saya. Saya isteri separuh masa saja. Don't mess with my heart." - Sofea "What if I want to. What if saya nak kacau ketenteraman hati awak?" - Hikall Haa, sudah! Seram! Bila aku cuba lari daripada dia. Hikall guna kuasa veto bos pula. "Tak. Awak tak boleh buat macam ni Hikall. It's unproffesional and unfair." - Sofea "Well, I'm done being professional and I am not playing fair anymore. Not when I am about to lose my pretty wife because apparently my wife still doesn't like me." - Hikall
Beauty Bellarina(On Hold) by fl4weriestales0
9 parts Ongoing
Sheiza di umur 24 tahun Hanis,mengajak Sheiza ke Terengganu untuk menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan Hakeem,suami Hanis.Dengan semangat dan senyuman,mereka duduk di tempat yang di tempah dan menyaksikan perlawanan bola itu.Kedengaran sorakan penonton di sekitar padang,perlawanan itu berjalan dengan lancar.Habis perlawanan itu,Hanis membawa Sheiza bersamanya untuk turun ke bawah dan berjumpa Hakeem. Di belakang tubuh Hakeem yang tinggi tegap,ada seseorang yang buat dada Sheiza berasa bergetar hebat.Tiba lelaki itu pusing separuh.Kelihatan wajah itu.Mata beku itu.Nafas Sheiza mula turun naik,antara terkejut,marah,keliru semuanya bercampur.Aariz pusing penuh mata mereka bertentangan.Dunia menjadi senyap seketika. Sheiza dalam panik,berundur.Tapi langkahnya terganggu apabila beg tangannya yang dibawa jatuh ke lantai,meluruhkan segala isi yang ada dalam beg itu.Aariz segera mahu membantu,refleks yang tidak pernah hilang,tapi tindakan itu dibalas dengan tengkingan marah dari Sheiza. "Jangan sentuh barang saya!"bentaknya dengan suara yang bergetar,sarat emosi yang selama ini dikunci rapi. Aariz terpaku. Sheiza segera merampas barang-barangnya dari tangan Aariz,menyumbat masuk ke dalam beg,dan terus melarikan diri dari situ dengan tangisan yang akhirnya pecah,menggambarkan luka yang belum sembuh,rasa yang masih hidup,dan memori yang tak pernah mat1. Pertemuan itu bukan sekadar kebetulan.Mungkin ia adalah titik mula kepada kisah mereka yang belum selesai lagi.
SOLE MIO [C] by DaisyIntrovert
55 parts Complete Mature
Warning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm cerita ini, maaf ya. Ada berkait sedikit dengan cerita Her Man. Cerita ini saya unpublish buat sementara waktu 🫶🏻 Megat Syafiq x Tengku Sarah " Aku bagi kau pilihan Ara, batalkan perkahwinan kau atau kau akan menyesal " - Megat Syafiq Kejam! Pemusnah! Durjana! Semua perkataan negatif buat lelaki itu tertanam di dalam otak Tengku Sarah. Disaat dirinya diambang kebahagiaan, kemunculan semula lelaki itu membuatkan hidup Tengku Sarah kucar kacir. " You're mine. Takkan ada lelaki yang boleh rampas 'hak' aku ". So, kau cubalah larikan diri macam mana sekalipun, kau tetap akan jadi milik aku Ara " - Megat Syafiq Sulit. Bagaimana dia mahu membuat lelaki itu mengerti jika mereka tidak mungkin akan bersama seperti dulu lagi tambahan pula dia akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. " Bukan mudah untuk saya cantumkan kembali hati yang awak dah hancurkan suatu ketika dahulu. Kemunculan awak membuatkan hati saya kembali berdarah " - Tengku Sarah Sudah puas mengelak, takdir berkata lain. Akhirnya mereka bersatu kerana satu tragedi. " Bagi aku satu peluang untuk betulkan semuanya Ara " - Megat Syafiq " Awak adalah 'buku' yang saya mahu hapuskan selamanya bahagia. Kembali kepada awak sama saja seperti membaca buku yang sama kerana pengakhiran kita tidak akan bahagia Syafiq" " Ikhlas hanya berlaku pada peluang pertama, jika saya beri awak peluang kedua, keikhlasan itu akan berganti dengan dendam. Awak sanggup ke hidup dengan saya yang akan jadi pendendam? " Mampukah Duda anak satu ini menebus kembali 'kesilapan' yang pernah dia lakukan?
Pikat Hati Dr Jerk ✓ by aprilhann___
45 parts Complete
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta hatinya. Una yakin cuma Rees Aiden yang dia mahukan. Justeru, Una mula mengejar sekeping hati milik Rees . Tanpa lelah! "Kalaulah kan abang Rees diberikan satu hajat untuk ditunaikan. Abang Rees nak buat hajat apa?" "Kalau Una kan. Una nak minta hajat supaya abang Rees suka Una balik pastu kita kahwin. Then live happily ever after"- Una Itu hajat seorang Husna Nashwa di saat umurnya 16 tahun. Dan ini pula jawapan Rees... "Hajat aku pula, aku nak minta supaya hajat kau dibatalkan" Bertahun Una mengejar Rees tapi hati Rees tetap kalis dengan cinta Una. Una mula buntu sehinggalah Rees terpaksa menikahinya atas desakan mama Sara. Una bahagia. Rees terseksa. "Aku dah kahwin dengan budak macam kau pun dah satu jenis penyeksaan bagi aku. Duduk sebumbung dengan kau?Huh! Bertambah-tambah lah seksaan aku" Una nekad nak tundukkan Rees. Tapi bila Una bertukar jadi makhluk tuhan paling sexy. Rees pun ikut sama bertukar jadi makhluk tuhan paling beku. Bila Una menggoda persis ulat bulu naik daun, Rees naik tarafkan Una jadi ulat beluncas. Bermacam jurus cinta Una keluarkan untuk memikat, semuanya Rees tangkis dnegan mudah. Tapi Una kan anak komando pencen. Mana boleh mengalah! Walaupun kata-kata dan layanan kasar Rees sering kali menggores hati Una. Sikit pun Una tak putus asa kerana bagi Una cuma Rees Aiden saja yang sentiasa ada di hati nya. Kata kak Raihan...'You know that you really love someone when you dont get mad at them for breaking your heart' Tapi selama mana Una dapat bertahan andai Rees berterusan menyakiti sekeping hati miliknya. Hati Una mulai lelah mengejar. "Does it hurt?" - Rees "Everytime!" - Una Akan tetapi, a wise man once said there is no remedy for love but to love more. Jadi apa pilihan mereka berdua? Apa Una akan terus mencintai atau mungkin Rees yang mulai mencintai?
CINTA YANG DI DAMBAKAN [EBOOK]✔️ by thezyrose
10 parts Complete Mature
Qafeel dan Raudha disatukan dalam paksa rela. Qafeel terpaksa. Raudha rela demi seorang ayah yang banyak berjasa. Perkahwinan tanpa cinta sangat sukar untuk Qafeel terima kerana cintanya untuk wanita lain. Hati Raudha sakit saat Qafeel mengaku cinta pada wanita lain. Siapa sangka, pada mulanya tiada rasa cinta, akhirnya Raudha jatuh cinta pada suami sendiri. Raudha berusaha memikat hati Qafeel. Pelbagai usaha dia lakukan demi seorang suami. "Kenapa you cintakan dia Qaf? Kenapa bukan I yang menjadi pilihan you?"- Raudha Sakina. Dan ternyata usaha Raudha sia-sia. Qafeel tidak pernah menghargai setiap usahanya. Malah lelaki itu terlalu ego untuk mengaku apa yang dia rasa. Juga Qafeel tidak suka lelaki lain mendekati Raudha walaupun adiknya sendiri. Kerana satu peristiwa, Raudha memilih untuk membawa diri jauh dari Qafeel. Bukan melarikan diri tetapi merawat hati yang terluka di samping membawa satu rahsia besar yang Raudha simpan daripada pengetahuan Qafeel. Saat Qafeel sedar yang hatinya mencintai Raudha, semuanya sudah terlambat. Raudha pergi membawa hati yang terluka. "Sanggup Qaf lukakan hati Adda. Apa salah Adda pada Qaf?"- Puan Sri Suria. "Saya menyesal Raudha. Sangat menyesal." - Qafeel Tan Sri Taha. Lalu masih adakah peluang untuk Qafeel membaiki silapnya. Dan mampukah Qafeel mendapatkan cinta Raudha kembali? Atau perpisahan jalan yang terbaik? All rights reserved © HezyRose NO PLAGIARISM!!! 🚫
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] by viepixxa
10 parts Complete Mature
BAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA Rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, hal yang paling Zea nantikan adalah maut. Sungguh, kehilangan dan pengkhianatan orang terdekat membuatkan jiwanya hancur separuh mati. Di saat Zea sudah lelah bertahan hidup, jodoh malah datang mendekat. Allah itu Maha Adil. Setelah puas Zea diuji dengan keluarga yang toksik, Allah mengirimkan seorang lelaki yang faham selok-belok agama sebagai suaminya. "I bukan perempuan yang baik, Aqeel." - ZEA ERYNA "Saya pun bukan lelaki yang baik. Tapi saya akan cuba untuk terus perbaiki diri saya supaya mampu ajak awak untuk jadi baik bersama." - AQEEL RAZIN Berkat doa dan ketulusan hati Aqeel, dia berjaya mengetuk pintu hati keras Zea. Namun apakan daya, hati manusia sifatnya berbolak-balik. Perasaan sayang berubah menjadi benci dalam sekelip mata hanya disebabkan kisah silam. "Daripada kita teruskan hubungan bodoh ni, lebih baik kita hentikan sampai sini saja." - ZEA ERYNA "Saya takkan lepaskan awak. Biarlah maut yang memisahkan kita." - AQEEL RAZIN Semakin Zea menjauh, semakin Aqeel datang mendekat. Namun, setiap kali mereka berdua ingin meraih secebis kebahagiaan, pasti akan terselit penderitaan seakan-akan takdir tak merestui mereka untuk bahagia bersama. Demi cinta, mereka cuba untuk kuatkan diri meskipun waktu mencemburui pasangan itu. Mampukah mereka tetap bersama selamanya atau perpisahan yang menjadi pilihan terakhir? "Meskipun nafas terhenti, bawalah pergi cinta ini bersama." All Rights Reserved © viepixxa
You may also like
Slide 1 of 10
Biarkan Sepi Berlalu / Sepi Tanpa Cinta cover
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| cover
Part Time Wife (PBAKL 2025) cover
Beauty Bellarina(On Hold) cover
SOLE MIO [C] cover
Pikat Hati Dr Jerk ✓ cover
YoU Are NOT Mine. (Completed☑️) cover
CINTA YANG DI DAMBAKAN [EBOOK]�✔️ cover
Sungguh Ku milikmu, Kau milikku... cover
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] cover

Biarkan Sepi Berlalu / Sepi Tanpa Cinta

11 parts Complete

HAZIQAH memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri. Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas. Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Haziqah dikeji dan digantung tidak bertali! Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seolah-olah menggunung. Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya. Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.