Cinta Hati Rafael|C

Cinta Hati Rafael|C

  • WpView
    Reads 502
  • WpVote
    Votes 28
  • WpPart
    Parts 53
WpMetadataReadMatureComplete Fri, May 16, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Rafael, seorang cikgu praktikal yang baru sahaja menamatkan pengajian, ditempatkan di sebuah sekolah elit di pinggir bandar. Dengan wajah serius dan prinsip hidup yang tegas, Rafael tidak pernah menyangka bahawa detik-detik praktikalnya akan mengubah seluruh perjalanan hatinya. Alia Unawardah, pelajar Tingkatan 5 yang pintar, matang dari usianya, dan penuh misteri, sering memerhati Rafael dari jauh. Di sebalik keanggunannya, Alia menyimpan luka dalam dan hidup dalam tekanan keluarga yang memaksanya menjadi sempurna. Dia tertarik pada ketegasan Rafael - lelaki pertama yang tidak tunduk pada pesonanya. Bermula dengan perbualan biasa dan teguran akademik, perasaan yang tidak sepatutnya hadir mula berputik. Rafael bergelut antara tanggungjawab sebagai pendidik dan gelora perasaan yang makin sukar dibendung. Alia pula tidak mahu hanya menjadi pelajar biasa di mata Rafael - dia mahu difahami dan dihargai sebagai seorang insan. Namun, segalanya tidak mudah. Perhubungan yang terbina di luar batas mula dihidu. Di sebalik itu, satu rahsia besar tentang identiti sebenar Alia mengancam masa depan Rafael. Antara maruah, kerjaya dan cinta, mampukah Rafael bertahan? Dan adakah Alia sanggup melepaskan cinta pertamanya demi menyelamatkan lelaki itu dari kehancuran?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Dalam Diam, Aku Perhati
  • KELAM DI SEBALIK SINARNYA
  • PILIHAN HATI ALAYA
  • Sir, I love you  | C |
  • "Mawar Yang Gugur Sebelum Mekar"
  • SERIBU RINDU
  • Bajo La Lluvia, Dalam Hati

Muhammad Aydan Mikael. Nama yang sering disebut cikgu setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Dia pelajar pintar, genius sejak awal persekolahan. Tapi di sebalik semua angka sempurna itu, Aydan hanyalah seorang remaja introvert yang lebih selesa memerhati dari jauh, menyendiri di bangku hujung kelas dan menenggelamkan diri dalam dunia buku dan fikirannya sendiri. Dia bukan jenis yang pandai berkawan. Bukan juga jenis yang suka bersuara. Baginya, hidup adalah tentang menjalani hari-hari dengan tenang tanpa perlu menonjol. Namun semua itu mula berubah apabila dia mula diperhatikan oleh seseorang yang tak pernah dia sangka akan mendekatinya. Tengku Aleya Qaireen. Seorang pengawas sekolah yang berprinsip, dihormati ramai, dan memiliki aura tenang yang sukar diganggu. Aleya bukannya gadis yang mudah tertarik, tetapi ada sesuatu tentang Aydan yang membuatkan dia ingin tahu. Bukan kerana kepintaran Aydan, tetapi kerana sunyi dalam mata lelaki itu sunyi yang dia sendiri kenal. Dan dari satu pandangan, tercetus rasa ingin memahami. Dari satu pertolongan kecil, terbina ruang berbicara. Dalam diam yang selama ini jadi dinding buat Aydan, Aleya mula muncul sebagai cahaya yang perlahan-lahan menyuluh sisi dunia yang tak pernah Aydan kongsikan dengan sesiapa. Tapi mampukah dua jiwa yang berbeza dunia bertemu di tengah jalan? Bila yang satu hidup dalam bayang-bayang, dan yang satu lagi dilahirkan untuk menjadi cahaya, mampukah mereka saling melengkapi?

More details
WpActionLinkContent Guidelines