Story cover for Bunga Lily (OG) by Lyraasha_
Bunga Lily (OG)
  • WpView
    Leituras 37,561
  • WpVote
    Votos 1,725
  • WpPart
    Capítulos 70
  • WpView
    Leituras 37,561
  • WpVote
    Votos 1,725
  • WpPart
    Capítulos 70
Em andamento, Primeira publicação em mai 09, 2025
Maduro
2 novos capítulos
Bismillah, jemput baca ya semua 🫶🏻💗  CLICHE WARNING

༄˖°.🍂.ೃ࿔*:・

Bunga Lily...

Seorang gadis kampung yang lemah lembut, cantik, dan kuat pegangan agamanya. Ibarat bunga lily putih yang suci dan tidak pernah disentuh oleh dunia luar. Namun, hidup Bunga Lily yang dulunya penuh kebahagiaan menjadi kelam selepas kematian ibunya dan perkahwinan kedua ayahnya. Ibu tiri dan adik tirinya sering mengganggu ketenteramannya, tetapi Bunga Lily tetap pasrah, meyakini Tuhan itu adil.

Segalanya berubah apabila Zill Qayyim, seorang lelaki kacak dari bandar yang merupakan sahabat kepada sepupunya, datang ke kampung untuk menghabiskan masa bercuti. Pertemuan singkat mereka yang tidak dijangka mencetuskan perasaan yang membingungkan. Bagi Bunga Lily,  Zill Qayyim adalah segala yang dia tidak pernah impikan. Bagi Zill Qayyim, Bunga Lily adalah wanita sempurna yang menyentuh hatinya dengan kelembutannya. Takdir pendek yang menemukan dua jiwa.

"Lily... I think... I've fallen for you."

Pengakuan Zill Qayyim yang tiba-tiba menggoncang dunia Bunga Lily. Dalam kekeliruan dan rasa serba kekurangan, Bunga Lily menolak dan menutup pintu hatinya. 

"Saya tahu saya tak akan pernah layak untuk sesiapa. Apatah lagi untuk lelaki sesempurna awak. Kita takkan pernah sekufu, Qayyim..." 

Namun, takdir tidak selalu memberi ruang untuk pilihan. Ketika tragedi melanda, Bunga Lily dibuang keluarganya. Tidak ada tempat lain untuk dia pergi kecuali keluarga sepupunya, Nazrin Shah. Saat itu, Zill Qayyim meluahkan niatnya untuk menjadikan Bunga Lily sebagai isterinya. Namun, salah faham yang timbul membawa Bunga Lily menjauhkan diri. 

Adakah Zill Qayyim akan menunggu, atau perasaannya akan pudar dengan waktu? Adakah takdir masih mengikat mereka berdua?

༄˖°.🍂.
Todos os Direitos Reservados
Índice
Inscreva-se para adicionar Bunga Lily (OG) à sua biblioteca e receber atualizações
ou
Diretrizes de Conteúdo
Talvez você também goste
Untuk Dia Selamanya, de elndradefiorella
48 capítulos Em andamento
Tara Ezmilda. Seorang gadis yang hidupnya cuma sederhana. Sejak ibu tiada, dia sudah terbiasa menurut dan berdiri sendiri. Cinta tidak pernah menjadi keutamaan. Namun, semuanya berubah apabila seorang lelaki berhati mulia hadir dalam hidupnya. Dialah, Kasyal Zafildan. Seorang pemuda yang baru sahaja dilukai. Tetapi, setiap kali Tara memerlukan seseorang, dia ada. Dia tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu, bukan hanya sekadar rahsia tetapi luka yang mendalam. Nekad, dia mahu menjadikan gadis itu sebagai isterinya, melindungi dan membahagiakannya. "Saya rasa saya selalu bawa masalah pada awak. Saya takut awak menyesal sebab terima saya sebagai isteri awak." - Tara Ezmilda "Kalau aku boleh putar masa dan kalau aku boleh pilih semula siapa yang aku nak sebagai isteri aku, aku tetap akan pilih kau. Dan selamanya aku akan pilih kau, sayang." - Kasyal Zafildan Bersama Kasyal, dunia Tara terasa lebih cerah. Ada tawa tanpa dipinta, ada lirikan mata yang berbicara tanpa suara. Dan kerana itulah, dia mula sedar bahawa hatinya yang dahulunya tertutup rapat, kini telahpun terbuka. Tetapi dunia mereka bukan hanya tentang cinta berdua. Ada luka lama yang belum sembuh dan ada manusia di sekeliling yang tidak pernah berhenti menyakiti. Sejak kecil, Tara dibesarkan dalam bayang-bayang ibu tiri yang melihatnya bukan sebagai keluarga, tetapi sebagai beban. Meskipun begitu, bagi Kasyal, kasih sayangnya bukan hanya untuk menampung kekurangan Tara tetapi untuk menyembuhkan hati gadis itu yang telah lama dibiarkan sakit. Dia tidak sekadar ingin menjadi seorang suami tetapi menjadi pelindung dan tempat pulang yang isterinya tidak pernah ada. Namun, mampukah cinta yang lahir daripada luka bertahan? Dan mampukah Kasyal terus mempertahankan Tara saat semuanya cuba menjatuhkan? "Untuk dia, tentang dia, yang namanya tidak akan pernah pudar."
TAUFIQ : RISKY LOVE [C], de tyrastory_
74 capítulos Concluída Maduro
❤️‍🔥 1ST HOT LOVE SERIES❤️‍🔥 Pertemuan yang tidak diduga telah mengubah hidup seorang gadis apabila dia terjumpa seorang lelaki yang berpangkat tinggi. Fikirnya hanya kebetulan namun ia nya adalah takdir. Berlakunya satu kejadian sehingga dia terpaksa meminta sesuatu yang dia tidak ingini. "Kahwin dengan saya.. saya janji saya akan makbulkan apa yang awak nak.. asalkan awak tidak kotori saya tanpa ikatan.." - Fara Aulia "Baik. Kalau itu yang kau nak." - Taufiq Zuhair Namun perkahwinan mereka bukanlah berdasarkan cinta. Tapi ia hanya berlandas nafsu semata-mata. Sehingga ada satu kejadian yang tidak diduga berlaku yang telah meruntuhkan rumah tangga mereka. "Aku ceraikan kau dengan talak satu." - Taufiq Zuhair 4 tahun berlalu. Dan apa yang ditawarkan oleh keluarganya telah membuatkan dia tercari-cari akan bekas isterinya. Dia memerlukan bekas isterinya untuk mencapai apa yang dia ingini. "Kahwin semula dengan aku.. aku janji aku jaga kau seperti seorang isteri." - Taufiq Zuhair. "Saya adalah perempuan paling bodoh dalam dunia ni kalau saya terima awak kembali. Saya taknak jadi hamba lelaki seperti awak lagi!" - Fara Aulia Adakah cinta berputik tanpa dijangka? Adakah hubungan mereka boleh dibetulkan semula dengan usaha Taufiq? Sweet dan nakal. Have some conflict but not too heavy. Harsh words, romance and sexy storyline. Mature content🚫 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Just be yourself. Thank you.
[C] Cinta Awak SEPENUHNYA, de Leavytyah
26 capítulos Concluída
Sifat yang dahulu berubah menjadi sifat dingin dan suka buat masalah di sekolah. Hanya kerana kehilangan orang yang tersayang perubahannya amat ketara. Khalish Nifail, menyalahkan diri sendiri dan juga ayahnya kerana kematian orang tersayang. Naifah Aunni sesorang gadis lemah-lembut yang terpaksa berkahwin dengan Khalish atas dasar syarikat. Pada mulanya, dia menolak tapi apakan daya perasaan cinta dan sayang mula menyerubungi hati. Hampir setiap minggu Naifah Aunni terpaksa menjadi saksi untuk pergaduhan Khalish. Tapi sifat Khalish membuatkan hatinya terpaut padanya. Tidak untuk Khalish, dia tidak menganggap Naifah sebagai isterinya. Dia telah bersumpah bahawa dia akan buat hidup Naifah Aunni terseksa. Walaupun sudah bertahun-tahun orang yang di sayang pergi, tapi dia tetap menyayangi dan tidak membenarkan Naifah mencuri hatinya. Tapi adakah itu penghalang untuk Naifah? Tanpa disangka musuhnya kembali untuk menuntut kematian adiknya. " kau tak boleh gantikan dia dalam hidup aku! " - Khalish " siapa dia awak? Saya ni penghalang untuk awak bersama dengan dia ke? Kalau ya, saya akan undurkan diri" - Naifah " kau tak ingat apa yang kau buat dekat adik aku? Sampai dia mati?"- Fahmi " Kau ni bukan taste dia. Ada hati kau nak rapat dengan dia? Excuse me! Cermin dulu! Huh !" - Qailiya MAMPUKAH RUMAH TANGGA MEREKA BERTAHAN??? MAMPUKAH NAIFAH MENGUBAH SUAMI DIA?? MAMPUKAH NAIFAH MENCURI HATI KHALISH? ADAKAH KHALISH MEMBUKA HATINYA UNTUK NAIFAH? ADAKAH SEMUANYA AKAN BERAKHIR DENGAN KEGEMBIRAAN? Haaa nak tahu bacalah aduhhhh baca okayy! Start: 31122021 End: 21012022
Patah Yang Belum Sembuh, de _Aisywa
7 capítulos Concluída
SAD ROMANCE BY AISYWA Hidup DAHLIA MALAIQA berubah sekelip mata setelah kematian papanya. Dibuang seperti sampah oleh ibu tiri tanpa sebarang simpati dan ihsan. Dia tiada hala tuju mahupun destinasi, fikirannya hanya penuh dengan negatif. "Kenapa... selamatkan saya?" - DAHLIA MALAIQA Bukan sifat seorang ZILL QAYYIM yang suka tolong orang dalam kesusahan. Dia cuma muncul pada waktu yang tepat dalam hidup DAHLIA MALAIQA seperti knight in shining armor. "Kau fikir aku tolong kau secara percuma ke?" - ZILL QAYYIM Entah bagaimana, hidup DAHLIA MALAIQA sudah terikat dengan lelaki yang dingin dan sombong itu. Pada saat sesuatu yang hilang mula memenuhi ruang hati. Hati DAHLIA MALAIQA tiba-tiba retak seribu apabila lelaki itu hilang dari radar meninggalkan luka paling dalam. "Jangan jadi bodoh. Aku tak pernah sukakan kau." - ZILL QAYYIM Sayap yang dipasang oleh ZILL QAYYIM sudah patah sehingga DAHLIA MALAIQA tak mampu terbang dengan bebas. Namun, apabila lelaki itu muncul semula dalam hidupnya... "Maaf, luka yang awak tinggalkan masih berdarah. Saya tak mampu terima semua ini." - DAHLIA MALAIQA Masihkah ada peluang untuk ZILL QAYYIM sembuhkan sayap milik gadis itu yang sudah patah? Masihkan ada peluang untuk DAHLIA MALAIQA terbang bebas dengan bahagia? "Untuk sekali lagi, bagi aku peluang untuk pasangkan sayap untuk kau. Kita terbang sama-sama." ⚠️TW: SUICIDE ATTEMPT, PTSD/DEPRESSION⚠️ PUBLISHED: AUG-SEPT 2023 ALL RIGHT RESERVED AISYWA, 2023 ❌ DO NOT PLAGIARISM ❌ NO COPY ANY IDEA OR PLOT FROM THIS STORY ❌ NO TAKE ANY INSPIRATION & ETC. Open this story now.
My Señorita, de LovvaHana
14 capítulos Em andamento
DELISHA ERINA nama yang tidak sepadan dengan tuan badannya. Seorang yang agak keras kepala dan suka membuat keputusan sendiri tanpa mempedulikan kata-kata keluarganya. "No objection, Sha kena dengar cakap mummy. Arash tu tak sesuai dengan Sha!" -Puan Dalia Siapakah Arash? Arash adalah kekasih kepada gadis yang bernama Delisha Erina. Mereka sudah merancang untuk berkahwin tetapi apakan daya keputusan mereka itu dibantah keras oleh Puan Dalia. Dari segi rupa Arash juga sangat menarik, mempunyai tubuh yang tinggi, mata yang mampu menggoyahkan mana-mana wanita atau gadis dan juga lesung pipitnya yang sangat dalam. Tamat sahaja dari pengajian, Delisha Erina terlalu hanyut dengan dunia dek kerana Arash yang banyak pengaruhnya. Kelab malam, minum minuman keras sudah sebati dengan dirinya. Sehinggalah.. "Cik, are you okay?" -Haris Zayyan "Eh, you buta ke apa?! Tak pandai bawak kereta ke?!" -Delisha Erina Pertemuan mereka berdua bermula dari jalan raya yang agak sunyi kerana sudah lewat malam. Delisha Erina yang mabuk langsung tidak melihat kiri kanan sebelum melintas jalan. HARIS ZAYYAN seorang jejaka yang tampan, memiliki mata yang berwarna abu-abu, hidung yang agak mancung dek dari keturunan. Berperwatakan yang penyayang juga dingin kepada orang-orang tertentu. Suatu hari Puan Dalia memaksa Delisha Erina untuk berkahwin dengan pilihannya. Haris Zayyan. Bagaimana Puan Dalia mengenali dengan Haris Zayyan? Dan yakin untuk kahwinkan dengan puteri bongsunya? .... #delishaerina&hariszayyan #puandalia&tuanelyas #arash #tuanhilman&puanzayyati #danishemir&hayfazarina [1/11/2024 - Start] [ - End]
BUNGA AZALEA 1 ✅, de kashrinahaider
71 capítulos Concluída Maduro
Hadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia tiada rakan, teman wanita jauh sekali. Hidupnya hanya ada dia dan bapanya sahaja, Qayyum yang lumpuh separuh badan. Dalam hatinya membenci wanita, Hadif terpikat pula dengan seorang gadis cantik dan popular di kolejnya. Azalea Afeefa. Afeefa yang tidak henti-henti mendekatinya sehingga dia tidak sedar terjatuh di dalam rancangan busuk Afeefa dan rakannya. Afeefa mempermainkan dirinya dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Disebabkan kejadian itu, hati Hadif sudah tertutup untuk mempercayai kata-kata perempuan. 4 tahun berlalu, menjadikan dia lelaki seorang yang tegas. Arahannya harus dipatuhi! Tiada perkataan manis yang akan keluar dari bibirnya. Tiada senyuman terlakar dimukanya. Tiada belas kasihan. "Saya akan tunggu kemaafan dari awak hingga akhir hayat saya" "Kau jangan ingat aku akan percaya cakap kau. Kau tu penipu! Penipu memang selalu menipu. Aku tak kisah lah kau nak mati sekalipun." Kemunculan Thaqif membuatkan Afeefa tidak tenang. Bagaimana reaksi Hadif jika dia tahu apa yang terjadi antara Thaqif dengannya? Makin bencikah Hadif padanya? Sampai bila Afeefa akan bertahan? Sampai bila ego Hadif akan tetap berdiri teguh? Kalau sayang, mengapa menyakiti ? "Kau ibarat bunga azalea, cantik tapi beracun" ⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ CERITA INI MENGANDUNGI ADEGAN PENDERAAN DAN MATANG. TIDAK SESUAI BAWAH UMUR. START : 1 MEI 2018 END: 10 NOVEMBER 2021
 𝐅𝐚𝐭𝐡𝐍𝐚𝐝𝐞𝐞𝐧 | ON GOING, de thearrie
20 capítulos Em andamento
Waldan Hulaif Alfatih x Khawla Nadeen Elzahra 🩶 WALDAN HULAIF ALFATIH - Seorang anak yang baik. Taat kepada kedua-dua orang tua. Dia juga telah diterapkan dengan agama sejak kecil lagi. Membesar dalam keluarga yang bahagia. Serba serbi cukup. Penuh dengan kasih sayang. Mawaddah warahmah. KHAWLA NADEEN ELZAHRA - Membesar dalam keadaan keluarga yang mengejar dunia bukanlah mudah. Dia perlu turuti segala kemahuan kedua-dua ibu bapa. Kasij sayang yang sepatutnya dirasai olehnya sebagai anak bagaikan hilang. Dia hidup dalam keadaan tertekan kerana kurang kasih sayang dan perhatian daripada orang tua. Dia bersyukur kerana masih diberi seorang abang. Khalaf. Khalaf sentiasa bersamanya. Disaat dia sudah penat, Khalaf datang untuk menyuruh dia bangun. Perkahwinan di antara Waldan dan Khawla adalah peraturan daripada keluarga. Khawla berat untuk menerima Waldan sebagai suaminya. Sekalipun hati dia terukir nama Waldan. Tetapi, siapa boleh menerima takdir? Kun Fayakun. Jika itu adalah jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz siapa dia untuk menidakkan? "Assalamualaikum, zaujah saya." - Waldan "Abang, abang sayang saya tak?" - Khawla Tidak ada rumah tangga yang sentiasa bahagia hingga ke hujungnya jika tidak diuji. Mereka diuji dengan keselamatan Khawla apabila Suhaila iaitu kawan baik Khawla suatu ketika dahulu muncul. Kata orang, jangan berumah ditepi pantai jika takut dibadai ombak. Samalah seperti alam perkahwinan. Jangan berkahwin kalau takut nak selesaikan masalah yang besar lagikan rumit. "Suami kau tu sebenarnya tak baik. Tengoklah apa dia buat belakang kau." - Suhaila "Jauhkan diri kau daripada Waldan." - Arik Nasr Adakah Khawla mempercayai kata-kata dusta daripada Suhaila? Atau dia percayakan suaminya? Atau dia memilih untuk melarikan diri daripada masalah?
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka, de Miss_penguinla
10 capítulos Em andamento
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
Talvez você também goste
Slide 1 of 9
Untuk Dia Selamanya cover
TAUFIQ : RISKY LOVE [C] cover
[C] Cinta Awak SEPENUHNYA cover
Patah Yang Belum Sembuh cover
My Señorita cover
Gadis Penjual Bunga [✔] cover
BUNGA AZALEA 1 ✅ cover
 𝐅𝐚𝐭𝐡𝐍𝐚𝐝𝐞𝐞𝐧 | ON GOING cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover

Untuk Dia Selamanya

48 capítulos Em andamento

Tara Ezmilda. Seorang gadis yang hidupnya cuma sederhana. Sejak ibu tiada, dia sudah terbiasa menurut dan berdiri sendiri. Cinta tidak pernah menjadi keutamaan. Namun, semuanya berubah apabila seorang lelaki berhati mulia hadir dalam hidupnya. Dialah, Kasyal Zafildan. Seorang pemuda yang baru sahaja dilukai. Tetapi, setiap kali Tara memerlukan seseorang, dia ada. Dia tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu, bukan hanya sekadar rahsia tetapi luka yang mendalam. Nekad, dia mahu menjadikan gadis itu sebagai isterinya, melindungi dan membahagiakannya. "Saya rasa saya selalu bawa masalah pada awak. Saya takut awak menyesal sebab terima saya sebagai isteri awak." - Tara Ezmilda "Kalau aku boleh putar masa dan kalau aku boleh pilih semula siapa yang aku nak sebagai isteri aku, aku tetap akan pilih kau. Dan selamanya aku akan pilih kau, sayang." - Kasyal Zafildan Bersama Kasyal, dunia Tara terasa lebih cerah. Ada tawa tanpa dipinta, ada lirikan mata yang berbicara tanpa suara. Dan kerana itulah, dia mula sedar bahawa hatinya yang dahulunya tertutup rapat, kini telahpun terbuka. Tetapi dunia mereka bukan hanya tentang cinta berdua. Ada luka lama yang belum sembuh dan ada manusia di sekeliling yang tidak pernah berhenti menyakiti. Sejak kecil, Tara dibesarkan dalam bayang-bayang ibu tiri yang melihatnya bukan sebagai keluarga, tetapi sebagai beban. Meskipun begitu, bagi Kasyal, kasih sayangnya bukan hanya untuk menampung kekurangan Tara tetapi untuk menyembuhkan hati gadis itu yang telah lama dibiarkan sakit. Dia tidak sekadar ingin menjadi seorang suami tetapi menjadi pelindung dan tempat pulang yang isterinya tidak pernah ada. Namun, mampukah cinta yang lahir daripada luka bertahan? Dan mampukah Kasyal terus mempertahankan Tara saat semuanya cuba menjatuhkan? "Untuk dia, tentang dia, yang namanya tidak akan pernah pudar."