Story cover for Takdir Yang Tertulis: Slow Update  by Chu_penguin8
Takdir Yang Tertulis: Slow Update
  • WpView
    Reads 96
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 7
  • WpView
    Reads 96
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 7
Ongoing, First published May 10
Orang selalu kata Aqilah hidup dalam keluarga yang bahagia. Dari luar, semuanya tampak sempurna-ibu bapa yang kelihatan penyayang, rumah yang sentiasa terjaga, dan senyuman manis di wajahnya. Tapi hanya Aqilah yang tahu, semua itu palsu. Di balik pintu rumahnya, dia tersepit dalam perasaan sepi dan luka yang tak pernah sembuh.

Hingga satu malam, langkah kakinya membawa dia ke sebuah tempat yang tak dijangka. Di situ, dia hampir melakukan sesuatu yang tak sepatutnya, hingga seorang lelaki misteri muncul dan menghalangnya.

"Saya dah tak tahan hidup di dunia ini!" - Aqilah Wareesha 

"Jadi, awak fikir bunuh diri tu jalan yang terbaik untuk awak?" - Haiyan Isyraq 

Haiyan, lelaki yang tidak dikenalinya, mula muncul dalam hidup Aqilah setiap kali dia perlukan seseorang. Dia ingin Aqilah sembuh, belajar berdamai dengan masa lalu dan cintai diri sendiri semula.

Tapi saat kebahagiaan itu hampir tergenggam, Aqilah dikejutkan dengan berita: Haiyan akan berkahwin dengan wanita lain. Hatinya remuk, lelaki yang pernah berjanji untuk bersamanya ternyata menyimpan rahsia.

"Aku sayang kau, Aqilah." - Azwar Qoyyum 

Azwar, kawan kepada managernya, yang selama ini hanya memerhati dari jauh, akhirnya menyatakan perasaannya. Pengakuan itu membuat Aqilah keliru, patutkah dia memilih lelaki yang menyayanginya, atau tetap setia pada cinta pertamanya yang kini mungkin bukan miliknya lagi?

Belum cukup dengan itu, Aqilah menerima sepucuk surat dari seorang lelaki misteri yang tak pernah dia kenal, tapi tulisannya membuat jiwanya bergetar:

"Don't run away, Aqilah. I will still chase you until you are mine." - Yours.

Siapakah pemilik surat itu? Dan siapa sebenarnya yang ditakdirkan untuk seorang gadis bernama Aqilah Wareesha?
All Rights Reserved
Sign up to add Takdir Yang Tertulis: Slow Update to your library and receive updates
or
#3sembuh
Content Guidelines
You may also like
Mencintaimu Hanya Seketika (COMPLETE) by DyannRose
102 parts Complete
Bertahun lamanya kisah cinta mereka terlerai. Angkara pilihan seorang wanita bernama Erisha bersama insan lain. Erisha membuangnya. Erisha mengkhianati cintanya. Erisha membuktikan cinta berpaling dengan akad sebaris nama Syalia Erisha dilafazkan oleh lelaki pilihan. "Tergamak dia buat aku macam ni, Hafiz." Masih bersandar pada kenangan 10 tahun lalu, memang perit. Aku nak jejak bahagia pun tak mampu tanpa dia. Cinta apa ni, Hafiz! "Aku tak mampu berpaling sepertimana dia berpaling dari aku, Hafiz!" "Kau kena buka peluang untuk diri kau juga bahagia." Perkahwinan yang dirancang buatnya bahagia, musnah. Musnah angkara kembalinya Syalia Erisha! "Pengantin perempuan tak ada dalam bilik." "Untuk apa kau tulis surat ni Syalia Erisha? Kau yang tinggalkan aku kerana kau akui kau cintakan Khairi!" "Saya dah bercerai." Tengku Afina, mama Tengku Hael kecewa akan majlis yang hancur. Dia terpaksa memutuskan menyatukan mereka. "Kau sanggup berdepan, bersuamikan lelaki yang dah kau lukakan ni? Kau sedar tak kau berdepan dengan orang kau dah sakitkan?" Mulanya dia begitu sayu. Apa yang mampu? Mengenang duka, mengenang sakit selama kepergian Erisha. "Air mata ni yang aku nak sangat kau saksikan selama ni. Air mata yang selama ni sakit melihat insan yang dia cinta menjadi milik lelaki lain." Namun, sejauh mana kasihnya mampu terpalit dalam rasa mahu menghukum andai cintanya itu sakit, cintanya itu mengalirkan air mata kesal akan salah lalu. "Kalau kau tak hadir pun, aku yang akan akhirkan majlis tu." "Saya akan bahagiakan awak, Hael. Sesuai janji indah kita dulu." - Erisha. Mereka kembali disulam bahagia. "Tahu tak kalau isteri tutup mata masa suami renung mata dia, dia nak apa?" "Nak... apa?" - Erisha "Dia nak suami dia tu cium dia." Mereka cukup bahagia. "Aku bakal jadi ayah." Sehingga cintanya kembali diuji. Alur mesej kisah cinta Erisha bersama lelaki lain meniti bibir. "Itu anak aku, Ya Allah. Tolonglah itu anak aku Ya Allah."
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] by MissBlushing_
80 parts Complete
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia....Jaga an..anak-anak kita bie..."Tangan suaminya digenggam erat. Andai sudah tiba masa aku pergi dari dunia ini..Aku redha ya Allah. -Mia Maisarah- "Jangan cakap macam ni sayang... Bie tahu sayang kuat, please stay with us.."Dari tadi air matanya tak kering-kering. Mengalir deras ibarat paip air yang bocor. -Sayf Aydeen- Kepulangannya ke tanah air selepas 4 tahun berhijrah, menjadi titik permulaan pertemuan Sayf Aydeen dengan seorang gadis. "So...Ganti la balik...Sudah la main langgar sampai tercampak handphone ni.."Mujur masih berfungsi. -Syafa Adreen- "Excuse me, I...." -Sayf Aydeen- Siapa sangka pertemuan yang tak dijangka itu berterusan sehingga mereka berada di bawah satu bumbung yang sama sebagai pekerja dan majikan. "Saya..min..minta maaf encik...." -Syafa Adreen- "Senang je kan? Salah je minta maaf...Mama, sebab ni la Aydeen nak pilih betul-betul babysitter untuk diaorang...Aydeen taknak benda-benda macam ni berlaku...Harini melecur jari, esok-esok apa pula?" -Sayf Aydeen- Namun, siapa mampu menghalang takdir yang telah dicipta. Kehadiran Syafa Adreen dalam rumah itu telah menjadi penyeri buat anak kembarnya. Kasih dan sayang yang gadis itu tumpahkan untuk anak-anaknya tidak terkira. "Siapa yang nak bertanggungjawab dengan hati aku, Reen?"-Sayf Aydeen- "Encik cakap apa ni? Jangan nak main-main.." -Syafa Adreen Apabila cinta mula bersulam dan kasih diterima. Kebenaran terungkap. Hati yang diberikan kepada lelaki itu hancur lumat. Syafa Adreen tak sangka lelaki itu mempermainkan dirinya. Sakit yang berdarah itu sukar untuk disembuhkan. Apa akan terjadi dengan rumah tangga yang dibina?
Hadirnya Cinta by ieyraaqish
121 parts Complete
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat mana-mana universiti. Apa yang aku tahu aku nak kerja je. Nak menambahkan duit poket yang sedia kosong ni. Nampak je aku ni macam baik tapi sebenarnya aku tak baik mana pun. Tapi, hidup aku mula haru-biru bila terjumpa balik dengan si sengal Aryan ni. Memang menyesakkan hidup aku. Aku tak sangka pulak yang baby Dania adalah anak dia. -Airis Afina. Selepas kehilangan isteri aku, aku tak terfikir langsung nak cari mana-mana perempuan untuk dijadikan pengganti kepada isteri aku. Aku tak bersedia lagi untuk mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ni. Cukuplah aku dah kehilangan isteri aku di saat dia bertarung nyawa untuk melahirkan anak aku ke dunia ni. Pengorbanan dia tak mampu dibalas. Aku rasa lebih baik aku membujang sampai bila-bila dan menjaga Dania dengan penuh kasih-sayang. Tapi, aku tahu kasih-sayang aku saja tak cukup. Dania memerlukan kasih-sayang seorang ibu. Tapi, aku malas nak ambik tahu sebab aku tahu ada aku pun dah mencukupi. Tapi, kenyataan aku salah sama sekali apabila aku berjumpa dengan Airis. Ada sesuatu pada diri Airis yang membuatkan aku terima dia dalam hidup aku. -Aryan Ezzriq "Oh...Nur Aqira Dania ni anak dia rupanya..." ~Airis Afina. "Tak sangka pulak aku yang dia jadi babysitter dekat nursery ni..." ~Aryan Ezzriq. Semakin Airis cuba mengelak dari berjumpa dengan Aryan, makin kerap mereka bertemu. Tidak kiralah di mana sahaja, pasti Airis akan bertembung dengan lelaki itu. Lari macam mana sekalipun, tetap akan berjumpa. "Kau follow aku eh? Semaklah asyik jumpa kau je!" ~Airis Afina. "Eh? Sapa yang follow kau hah? Apa? Ingat ni jalan bapak kau ke? Ingat kau sorang je boleh lalu jalan ni?" ~Aryan Ezzriq. ©Highest ranking #5 in romance (13/4/2018)
Beautiful Suffering by laraauroraa
96 parts Complete
Beautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibelakangnya Ellysha dan adiknya, Errysha, dipukul, didera, dicaci dan dihina. Suatu kejadian telah berlaku . "Jangan panggil aku ayah! Korang berambus dari rumah aku. Aku haramkan korang jejak kaki!" - Qamal Mereka hampir diperkosa pada malam itu, tiba-tiba muncul seseorang menyelamatkan mereka. "Ikut pakcik balik ya" - Tan Sri Amar Kehadiran Ellysha dan Errysha dapat diterima oleh isterinya tetapi tidak pada anak sulong mereka. "Aku tengok muka kau pun aku dah benci" - Aryan "Kau siapa bodoh nak hina aku macam kau kenal sangat siapa aku?" - Ellysha Demi keinginan mama tersayang. "Jom kahwin, sayang" - Aryan "Malang betul siapa yg jadi isteri kau nanti sebab dapat bekas betina lain" - Ellysha "Kau la yang malang.." - Aryan Tetapi ada seorang yang menyukai Ellysha separuh mati "Tiada sesiapa pun yang boleh dapatkan kau, sweetheart. Kau milik aku selamanya !" - Harris Nak taknak disebabkan tindakan Aryan terburu-buru. Ellysha terpaksa menerima lelaki itu sebagai suami dengan hati yang terluka. "Aku nk kau ceraikan aku suatu hari nanti!" - Ellysha Apabila kebahagiaan mula hadir . "Sanggup kau tipu aku, Ellysha Qaisara!" - Aryan "Abang.. Ell boleh explain..." - Ellysha "Aku benci penipu . Aku menyesal dan jijik memperisterikan kaki penipu macam kau!" - Aryan Kerana ego yang menguasai diri. Ellysha diabai. "Ini ke balasan kau terhadap aku? Bila Harris culik aku dan apa-apakan aku. Aku seru nama kau, aku perlukan kau. Aku call kau tapi kau sengaja tak angkat" - Ellysha. "Maafkan abang, sayang" - Aryan "Kata-kata kau selama ni dah jadi kenyataan. Tak mustahil anak dalam kandungan ni, anak Harris!" - Ellysha . Dapatkah kebahagiaan itu kembali semula? BEAUTIFUL SUFFERING !
Hate Story... Can love be regained by the wall of hate? by AllyAS2004
8 parts Ongoing Mature
Di sebalik wajah lembut dan senyuman yang menenangkan, tersimpan luka dan rahsia yang tak pernah sembuh. Tengku Ryan Shah, seorang CEO muda yang tampak sempurna, punya keluarga bahagia, kerjaya cemerlang dan seorang isteri penyayang bernama Hazhirah. Namun, di sebalik ketenangan hidupnya, Ryan masih dihantui oleh bayangan masa lalu, cinta pertamanya, Jasmine, yang pergi meninggalkan luka yang tak pernah padam. Dan di situlah hadir Jannah, adik kepada Jasmine. Wanita yang pernah menjadi "nerd" di kolej, pendiam dan polos, tapi menyimpan satu obsesi yang berbahaya terhadap Ryan sejak dulu. Jannah sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki Ryan, termasuk memanipulasi kisah silam, menabur fitnah, dan merancang pertemuan demi pertemuan yang mengusik jiwa lelaki itu. Bila Ryan berkahwin dengan Hazhirah, hidupnya seolah-olah kembali stabil. Namun takdir yang menyatukannya dengan Jannah terlebih dahulu. Kali ini bukan sebagai gadis kampus yang pemalu, tetapi sebagai wanita yang tahu setiap kelemahan dan emosi Ryan. Jannah hadir dengan kasih sayang yang tampak tulus, namun di balik senyumannya, tersembunyi niat yang lebih gelap daripada cinta. Sementara itu, Hafiz, bekas sahabat Ryan, masih menyimpan dendam atas kejadian lampau yang pernah memutuskan persahabatan mereka, malam yang mengubah segalanya. Amylia, adik kepada Ryan dan 'kekasih' Hafiz yang licik, pula mula bermain api dengan cinta dan dendam demi kepentingannya sendiri. Mempergunakan Qalish sebagai umpan untuk menutup malu. Dan di tengah-tengah kekusutan ini, Hazhirah, isteri Ryan, perlahan-lahan merasakan sesuatu yang tidak kena walau tanpa tahu siapa Jannah sebenarnya. Apabila rahsia masa lalu terbongkar sedikit demi sedikit, Ryan mula terperangkap antara rasa bersalah, cinta yang tak selesai, dan permainan psikologi Jannah yang semakin mengikatnya tanpa dia sedar. Antara kasih yang pernah ada, dan obsesi yang tidak pernah mati, siapakah sebenarnya mangsa, dan siapakah pemangsa?
Adakah Masih Ada Kita (Completed) by AinaNabilaAzman
33 parts Complete
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang baru sahaja ingin merasai kebahagiaan mahligai cinta. Perkahwinan yang baru berusia dua bulan ketika itu telah menjadi usang setelah mereka terpisah. Namun takdir kembali menemukan mereka sebagai rakan sekerja di Pantai Kasih Medical Centre. Bekerja dengan seorang lelaki bergelar suami tidak semudah dan seindah yang disangka lebih-lebih lagi apabila sudah bertahun-tahun terpisah. "Salah ke bila seorang suami cemburu dan marah bila ada lelaki lain cuba untuk pikat hati isteri dia walaupun isteri dia berdingin dengan suaminya sendiri?" - DR RAYYAN HAFEEZ. "Istilah kita tu dah tak wujud sejak I bertekad untuk tak kejar cinta you lagi. Lama I tunggu suami I tapi sekali pun dia tak pernah balik. Jadi you rasa sekarang ni masih ada lagi ke 'kita' dalam hubungan ni?" - DR MAWAR ELENA. Namun satu peristiwa berlaku antara mereka. Dr Mawar Elena kemalangan sehingga dia tidak mampu berjalan semula. "Kalau you sembuhkan kaki ini dan barulah kita akan kembali bahagia bersama." - DR MAWAR ELENA. Ke manakah penghujung perang cinta mereka ini? Sanggupkah mereka berpisah sekali lagi? Bolehkah kebahagiaan mereka datang menjelma kembali? Masihkah ada cinta dan ruang untuk Dr Rayyan Hafeez? ADAKAH MASIH ADA KITA
A² [C] by petalsbyprose
42 parts Complete
Rindu datang tidak bertamu. Menagih kasih yang kian berganti luka. Saat dirinya mulai menerima hadirnya si peneman hati, ribut sekali lagi membadai jiwa. Takut untuk menerima kebenaran dek masih tenggelam dengan janji manis palsu. Hidup Hana Aqila yang dulunya hanya bertemankan keluarga dan sahabat mula dihiasi dengan senyuman indah dilengkapi lesung pipit yang menawan. Jika dulu hatinya tertutup rapat, kini dia mula membuka ruang kepada Aqil Aryan untuk menjadi penghuni tetap. "Hana, what if saya tak nak jadi kawan awak? What if saya nak jadi lebih daripada tu?" - AQIL ARYAN Namun, ke manakah hilangnya janji manis terlebih semut yang meniti dari bibir lelaki itu? "Kenapa sampai boleh jadi macam ni? Kenapa Aqil buat aku macam ni? Kenapa dia rahsiakan semuanya daripada aku selama ni? Dia tak sayang aku ke?" - HANA AQILA "Sebab dia sayang kaulah dia buat macam ni." - ARIZ AYDEN Di saat hatinya terbuka untuk Aqil Aryan, lain pula yang dia terpaksa terima. Hakikat sebenar yang tidak pernah terlintas oleh akal fikirannya. Rahsia apa yang tersimpan sehingga menyebabkan Hana jadi makin tak tentu arah? Bagaimanakah penghujung jalan cerita mereka berdua? Akan hadirkah sinar baru yang mencantumkan semula dua keping hati yang telah rapuh? ✍🏻Trigger warning alert: depression but not too deep, light mental health disturbance cehh❗ ✍🏻 No Plagiat, idea originally from my cracked little brain ❌ ✍🏻 Jgn lupa support maceh2 !!! ✍🏻 Yang mana baik bolehlah dijadikan teladan, yang mana buruk tu buang jauh ke sempadan ^^
Takdir Kita ( OG )  by ririnerawr
47 parts Ongoing
Antara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala yang berkaitan dengan dunia tersebut. Bagi Jannah, tentera adalah punca segala kesakitannya, kehilangan, kesepian, dan ketakutan yang menghantui hidupnya. Dia menjadi seorang yang pendiam dan berhati-hati, sukar membuka hati kepada sesiapa pun. "Saya benci anggota tentera. " - Nurjannah Auliya. Di sebalik tembok yang dibinanya, hadir seorang lelaki bernama Muhammad Qhalish Ivan, seorang lelaki ceria, nakal dan penuh dengan gurauan. Sikapnya yang sentiasa happy go lucky serta personalitinya yang misteri mula mencuri perhatian Jannah. Ivan berjaya mencairkan hati Jannah yang dingin dengan sifat riang dan keprihatinannya. "Ivan.. Awak sedar tak awak dekat mana sekarang?"Tanya Jannah untuk kepastian. "Dekat rumah awak ke? "Balas Ivan bersahaja. "Hospital lah! "Ucap Jannah secara tidak langsung tangannya juga menepuk kuat perut Ivan. Perjalanan yang penuh dengan emosi dan kesakitan, Jannah perlu berhadapan dengan ketakutannya, sementara Ivan harus berjuang untuk meyakinkannya bahawa cinta mereka lebih besar daripada masa lalu yang kelam. "Saya tak ada niat pun nak tipu awak, Auliya. "- Muhammad Qhalish Ivan. "Kau tahu apa yang aku benci selama ni, sampai hati kau Ivan. Aku benci kau, Leftenan Komander Muhammad Qhalish Ivan. "- Nurjannah Auliya. Dua jiwa yang terluka cuba mencari penyembuhan melalui satu sama lain. Berjaya atau tidak? Apakah pilihan yang bakal dipilih gadis itu ? Teruskan atau undur diri ? Yes or Yes ? Takdir Kita "Kekasih pinjaman syurga, buat diriku. " *Cerita ini hanyalah rekaan semata, tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.*
You may also like
Slide 1 of 10
Mencintaimu Hanya Seketika (COMPLETE) cover
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚, 𝐊𝐚𝐧? © cover
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] cover
Hadirnya Cinta cover
Beautiful Suffering cover
Hate Story... Can love be regained by the wall of hate? cover
Luka Yang Merubahku (Slow Update+In the Editing Process) cover
Adakah Masih Ada Kita (Completed) cover
A² [C] cover
Takdir Kita ( OG )  cover

Mencintaimu Hanya Seketika (COMPLETE)

102 parts Complete

Bertahun lamanya kisah cinta mereka terlerai. Angkara pilihan seorang wanita bernama Erisha bersama insan lain. Erisha membuangnya. Erisha mengkhianati cintanya. Erisha membuktikan cinta berpaling dengan akad sebaris nama Syalia Erisha dilafazkan oleh lelaki pilihan. "Tergamak dia buat aku macam ni, Hafiz." Masih bersandar pada kenangan 10 tahun lalu, memang perit. Aku nak jejak bahagia pun tak mampu tanpa dia. Cinta apa ni, Hafiz! "Aku tak mampu berpaling sepertimana dia berpaling dari aku, Hafiz!" "Kau kena buka peluang untuk diri kau juga bahagia." Perkahwinan yang dirancang buatnya bahagia, musnah. Musnah angkara kembalinya Syalia Erisha! "Pengantin perempuan tak ada dalam bilik." "Untuk apa kau tulis surat ni Syalia Erisha? Kau yang tinggalkan aku kerana kau akui kau cintakan Khairi!" "Saya dah bercerai." Tengku Afina, mama Tengku Hael kecewa akan majlis yang hancur. Dia terpaksa memutuskan menyatukan mereka. "Kau sanggup berdepan, bersuamikan lelaki yang dah kau lukakan ni? Kau sedar tak kau berdepan dengan orang kau dah sakitkan?" Mulanya dia begitu sayu. Apa yang mampu? Mengenang duka, mengenang sakit selama kepergian Erisha. "Air mata ni yang aku nak sangat kau saksikan selama ni. Air mata yang selama ni sakit melihat insan yang dia cinta menjadi milik lelaki lain." Namun, sejauh mana kasihnya mampu terpalit dalam rasa mahu menghukum andai cintanya itu sakit, cintanya itu mengalirkan air mata kesal akan salah lalu. "Kalau kau tak hadir pun, aku yang akan akhirkan majlis tu." "Saya akan bahagiakan awak, Hael. Sesuai janji indah kita dulu." - Erisha. Mereka kembali disulam bahagia. "Tahu tak kalau isteri tutup mata masa suami renung mata dia, dia nak apa?" "Nak... apa?" - Erisha "Dia nak suami dia tu cium dia." Mereka cukup bahagia. "Aku bakal jadi ayah." Sehingga cintanya kembali diuji. Alur mesej kisah cinta Erisha bersama lelaki lain meniti bibir. "Itu anak aku, Ya Allah. Tolonglah itu anak aku Ya Allah."