Story cover for DIFFÉRENT [OG] by ikanbertauliah
DIFFÉRENT [OG]
  • WpView
    Reads 713
  • WpVote
    Votes 329
  • WpPart
    Parts 66
  • WpView
    Reads 713
  • WpVote
    Votes 329
  • WpPart
    Parts 66
Ongoing, First published May 11
66 new parts
[KARYA PERTAMA]

Dissociative Identity Disorder (DID) 
Penyakit yang memisahkan jiwa dan raga.

Nuha Evelyn, salah seorang mangsa penculikan ketika usianya dua belas tahun. Segalanya bermula dengan pengkhianatan keluarga. Sikap pentingkan diri Encik Muaz dan Puan Sarah kononnya pemancing konflik demi membuat haluan masing-masing, membiarkan hak penjagaan Nuha jatuh ke tangan insan yang salah. 

Penderaan demi penderaan menghancurkan dirinya, sehingga membentuk tiga 'Alter Ego'

Ash Xavier, Arumi dan Fasha. 

Namun, yang menjadi dominan dalam menguasai dan mempertahankan kehidupan Nuha walau dengan apa cara sekalipun adalah Ash Xavier. Personaliti Itali berjiwa dingin, tegas dan penuh dendam. 

Ancaman masih belum berakhir. Bayang-bayang masa lalu terus memburu, dan dunia gelap pemerdagangan manusia kembali menghampiri.

Hakeem Ifwat, lelaki misteri yang menyimpan kisah silam, hadir membawa harapan. Namun kasih sayang tidak semesti menjadi penawar bagi jiwa yang retak.

Nuha kini terperangkap... antara cinta seorang lelaki dan kuasa personaliti lain yang ingin menguasai hidupnya.

💬 "Apa yang awak perlu tahu, niat saya masih sama... saya nak jaga awak sampai hujung nyawa saya." - Hakeem Ifwat

💬 "Kita kahwin. Sekarang memang tak boleh. Tunggu aku balik dari Jerman. Aku ubah tubuh ni, demi engkau. Okay? Kau sudi?" - Ash Xavier

💬 "Jangan fikir alters cuma bayangan kosong. Aku akan pastikan Darren sayangkan aku!" - Arumi

Cinta yang menyembuhkan? Atau personaliti yang menghancurkan?

📍 Sebuah karya penuh misteri, trauma, dan emosi, disulam dengan sentuhan thriller, komedi dan romantik. Kisah ini mengandungi banyak flashback, jadi pembaca digalakkan untuk focus.

📌 Sila hormati hasil tangan ini.
📌 Jika ada kekurangan, mohon dimaafkan.
📌 Jika ada persamaan, mungkin hanya kebetulan.
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add DIFFÉRENT [OG] to your library and receive updates
or
#1psikologi
Content Guidelines
You may also like
Dia Untukku (C) by aisyynaa
57 parts Complete
You drew memories in my mind I could never erase. You painted colors in my heart I could never replace. Tengku Aniq Hayqal, seorang jejaka yang serupa seperti hero sebuah novel. Sentiasa menjadi penyelamat kepada si heroin, menjadi pujaan para gadis dan wanita di luar sana. Nayla Qistina, muka yang ceria, sentiasa gembira, tapi siapa tahu disebalik semua itu? Kenangan hitam sering kali menghantui dirinya. Siapa sahaja sanggup memiliki gadis seperti dia? Apabila ada yang bertakhta di hati, hati disimpan buat dirinya saja. Namun apabila ia dihancurkan buat kali kedua, bagaimana harus dia beri pada pemilik yang sebenar? "Kenapa kau buat aku macam ni?" -Nayla Qistina Hadirnya dia, memberi impak yang besar dalam hidupnya. Dia mempunyai auranya yang tersendiri, seolah-olah hero di dalam sebuah novel. Suka bertukar cinta, aci tak? "Jangan ingat saya sama macam boyfriend boyfriend durjana awak. I'm totally different," -Aniq Hayqal Katakan sahaja ini sebuah drama cliche, penuh dengan konflik, salah faham, benci membenci, jatuh cinta dalam diam. Dia tidak kisah. Asalkan hatinya tidak sakit lagi akibat perkara yang sama, lelaki. Namun permulaan yang baik tak semestinya berakhir dengan baik juga. Mungkin pada awalnya baik sahaja, namun pengakhirannya, siapa yang dapat jangka? Mungkin pengakhiran mereka adalah pengakhiran yang menggembirakan atau mungkin saja pengakhiran yang memerlukan pengorbanan. "I guess, the next series of this story is not about us anymore," Mungkin dia untukku, tapi mungkin juga dia untuk orang lain. p/s: i wrote this when i was 14 sooo ignore the cringy and weird things yeaa
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
92 parts Complete
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
Hati Yang Tersakiti (Complete)  by lavenderyana
53 parts Complete
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
Ammara Nuhail : Chasing The Dawn [Terbit] by FufulieyaMat
19 parts Complete
[Complete] 🦋Chasing Series 1🦋 "Dendam tu tak akan hilang selagi kau tak rasa apa yang dia rasa dan selagi dia tak terseksa tengok kau terseksa seperti mana dia terseksa." Ammara Haliqa, Anak manja pada Dato' Wira Iskandar.Satu-satunya pewaris hart Dato'Wira Iskandar. Hati gadis itu lembut selembut sutera hingga mudah benar dia jatuh hati pada Nuhail Melvius yang membantunya. Hanya sekali bantuan dihulur, hati gadis itu sudah terpaut seeratnya pada lelaki dingin itu. "Alaa, saya suka awak! Tak boleh ke awak suka saya? Awak single, saya single."- Ammara Haliqa "Aku tak suka budak mentah macam kau. Jangan ganggu aku. kau tak kenal aku siapa. Jadi jangan nak berangan kahwin dengan aku. kau akan menyesal."- Nuhail Melvius Nuhail Melvius, Seorang lelaki dingin yang hidupnya hanya pada kerja. Jujur dia tertarik pada gadis manja itu tapi hatinya sekeras-kerasnya menolak kerana dendamnya yang tak pernah padam. "Aku dah beri amaran pada kau tapi kau nak juga jadi isteri aku! Jadi kau tak payah nak menangis dekat sini! Sekali kau jadi hak aku, jangan harap kau akan terlepas!"- Nuhail Melvius "Dendam awak pada orang lain tapi kenapa awak lepaskannya pada saya?! saya cuma cintakan awak! saya tak tahu apa salah saya pada awak! kenapa awak benci saya disebabkan salah orang lain?!"- Ammara Haliqa "Lari dengan abang. Abang akan bawa Mara pergi jauh dari lelaki tu. Dia bukan lelaki yang baik."- Ammar Ziyad "Kenapa mesti tutup hati kerana dendam yang tiada kesudahan? sampai bila dendam tu akan menghancurkan kebahagiaan?"- Lunara
Derita Cinta (COMPLETED) by WiyahHana
55 parts Complete
Kerana fitnah, hubungan berakhir. Kerana janji, hubungan tercipta. Jika yang namanya cinta sudah pasti hanya orang 'buta' sahaja yang mengenalinya. ~perginya DERITA membawa CINTA~ Selama tujuh tahun Raykarl Ridzuan dan Iffa Irdina mencintai orang yang salah. Raykarl terlanjur bercinta dengan tunang orang manakala, Iffa terlanjur bercinta dengan suami orang. Kedua-duanya tidak tahu bahawa mereka telah ditipu dan dikhianati. Saat rahsia telah terbongkar kedua-duanya patah hati dan jiwa merana. Namun, takdir mempertemukan mereka berdua dengan jalan perkahwinan. Raykarl menerima Iffa seadanya sebagai isterinya tapi tidak bagi Iffa. Iffa telah patah hati pada manusia yang bernama 'lelaki'. Adakah Raykarl mampu mengubat luka di hati Iffa sekaligus memiliki hati Iffa? Di saat, Raykarl dan Iffa disulam cinta, derita datang membawa ribut secara tiba-tiba sekaligus menghancurkan kebahagiaan Raykarl dan Iffa sehinggakan Iffa kehilangan dua nyawa dalam satu masa. Adakah selepas ini Iffa akan menemui cinta setelah derita membawa luka dan lara dalam hidupnya? "Keikhlasan seorang lelaki mencintai seorang perempuan apabila dia ingin menghalalkan perempuan yang dia cintai itu."- Raykarl Ridzuan. "Mengapa derita hadir di saat aku mula mengenali cinta dan mula merasa bahagia yang sebenar-benarnya?"- Iffa Irdina. "Jika aku luahkan cinta dan sayang padamu, percayalah cinta dan sayang itu hanya untukmu dan hingga ke akhir nafas ku."- Rayyan Ridzuan. Dan Rayyan pula bagaimana dia boleh muncul dalam hidup Iffa? ~DERITA di awalnya dan CINTA di akhirnya~
NuLaith Claire De Lune by TheRe-Volution
21 parts Ongoing Mature
Sebuah Kisah Yang Ditulis Oleh Seorang Penulis Berotak Songsang. AMARAN! Pembinaan Ayat Dalam Fict Ini Beterabur! NUR EZRA SYAFIRA. Seorang Perempuan Yang Dahulunya Pernah Menjadi Seseorang Yang Ceria. Namun,Setelah Berlakunya Suatu Insiden Yang Berlaku Padanya Di Usia 15 Tahun Hingga Menyebabkan Dia Sawan Dan Mempunyai Trauma Yang Kuat Terhadap Lelaki Telah Mengubah Personaiti Ceria Perempuan Itu Menjadi Dingin Dan Jarang Bercakap. Hinggakan,Dia Langsung Tidak Boleh Dekat Langsung Dengan Lelaki. Jika Ada Lelaki Mendekatkan Diri Padanya,Pasti Dia Akan Muntah Atau Pengsan Kerana Ia Telah Membangkitkan Semula Trauma Otaknya Terhadap Lelaki. Pernah Dia Cuba Untuk Mengambil Nyawanya Sendiri Tetapi Atas Ketentuan Ilahi Dia Masih Hidup. Segala Parut Yang Ada Di Tubuhnya Semuanya Ialah Kesan Kelaran Pisau. Di Pergelangan,Lengan Tangan,Kaki,Betis Dan Leher Mempunyai Kesan Kelaran. Dia Merasa Jijik Dengan Dirinya Sendira Setelah Insiden Itu. Dan Disebabkan Insiden Itu,Dia Hamil. Tetapi Nasib Baik Berpihak Padanya,Kerana Dia Mempunyai Tiga Orang Kakak Yang Menyayangi,Menyokong Dan Memahaminya Dan Secara Bertahap Dia Kembali Kepada Dirinya Yang Dahulu. Dia Melahirkan Seorang Bayi Lelaki Di Usianya 16 Tahun. Di Waktu Itu,Dia Merasa Sangat Bahagia. Namun,Kebahagiaannya Itu Tidak Berkekalan Lama Apabila Anaknya Dan Kakak Ketiganya Terlibat Dalam Kemalangan Yang Meragut Nyawa. Dia Kembali Menjadi Seseorang Yang Muram,Dingin Dan Traumanya Terhadap Lelaki Semakin Melarat. UNGKU' LAITH MIKHAIL. Sebaris Nama Yang Dibaca Indah Begitulah Juga Dengan Sang Pemilik Nama Ini. Seorang Jejaka Kacukkan Perancis Yang Secara Tidak Sengaja Terjatuh Cinta Dengan Perempuan Yang Bernama Nur Ezra Syafira. Dia Merupakan Seorang Usahawan Muda Yang Berhati Mulia. Dia Terima Segala Kekurangan Nurez. Dia Juga Mempunyai Latar Belakang Yang Teruk Iaitu Dia Pernah Dikasari Oleh ayahnya Hanya Kerana Dia Mendebik Adik Tirinya Sedikit.
Encik Kutub Utara (SUDAH TERBIT) by YumiHyra
18 parts Complete
Bagi Nuha Dhamia, tidak ada istilah kahwin paksa dalam kamus kehidupannya. Kalau sudah berkahwin, kenalah buat cara orang yang sudah berkahwin. Walaupun dia 'terkahwin' dengan Benyamin Ziqri a.k.a 'mamat kutub utara' (gelaran suka hati yang dia bagi), itu bukan alasan untuk dia tidak mencuba memecahkan tembok ais yang dibina. "Saya kahwin dengan siapa sebenarnya ya?" - Nuha Dhamia "Hah? Apa jenis soalan macam tu?" - Benyamin Ziqri "Jangan banyak bunyi. Jawab ajelah dulu." - Nuha Dhamia "Dengan sayalah." - Benyamin Ziqri "Hah, tahu pun. Saya ingatkan awak rasa macam Afiqah tu yang jadi suami saya." - Nuha Dhamia Nuha tekad melancarkan misi mencairkan hati encik suami yang dingin bak kutub utara. Masalahnya Benyamin ini dingin betul dengannya. Kadang-kadang macam orang tak ada perasaan, kadang-kadang gelakkan dia dan kadang-kadang risaukan dia pula. "Yang degil sangat nak tunjuk hero tu kenapa? Siap panjat kerusi dengan hammer lagi. Kan saya dah cakap, biar saya yang buat. Kenapa degil sangat? Suka memanjat. Awak ni teringin nak merasa jadi Spiderman ke?" - Benyamin Ziqri "Eh, saya boleh buatlah. Bukannya susah sangat pun. Dekat rumah sewa, saya dah biasa buat benda-benda macam tu." - Nuha Dhamia "Boleh tak kalau awak jangan buat saya selalu risau?" -Benyamin Ziqri Nuha tepuk dahi sendiri. Pening betul! Confuse! Baru sahaja misi mencairkan hati ais encik suami hampir berjaya, datang pula satu demi satu dugaan yang menganggu rumah tangga mereka. "I am used to living by myself for years until you suddenly came in. I am not used to these sudden changes yet." -Benyamin Ziqri "Who messed with whose life in the first place?"- Nuha Dhamia Masih adakah peluang untuk Nuha Dhamia mencairkan semua 'ais' milik Benyamin Ziqri yang membeku? Mampukah segala dugaan dilalui tanpa merosakkan kepercayaan yang ada? Mampukah bahagia menjadi milik mereka ataukah Nuha Dhamia terpaksa reda dengan segala-galanya?
You may also like
Slide 1 of 8
Dia Untukku (C) cover
THE RULES: BRAYAN [Complete] cover
Hati Yang Tersakiti (Complete)  cover
Ammara Nuhail : Chasing The Dawn [Terbit] cover
PELUANG YANG TERINDAH cover
Derita Cinta (COMPLETED) cover
NuLaith Claire De Lune cover
Encik Kutub Utara (SUDAH TERBIT) cover

Dia Untukku (C)

57 parts Complete

You drew memories in my mind I could never erase. You painted colors in my heart I could never replace. Tengku Aniq Hayqal, seorang jejaka yang serupa seperti hero sebuah novel. Sentiasa menjadi penyelamat kepada si heroin, menjadi pujaan para gadis dan wanita di luar sana. Nayla Qistina, muka yang ceria, sentiasa gembira, tapi siapa tahu disebalik semua itu? Kenangan hitam sering kali menghantui dirinya. Siapa sahaja sanggup memiliki gadis seperti dia? Apabila ada yang bertakhta di hati, hati disimpan buat dirinya saja. Namun apabila ia dihancurkan buat kali kedua, bagaimana harus dia beri pada pemilik yang sebenar? "Kenapa kau buat aku macam ni?" -Nayla Qistina Hadirnya dia, memberi impak yang besar dalam hidupnya. Dia mempunyai auranya yang tersendiri, seolah-olah hero di dalam sebuah novel. Suka bertukar cinta, aci tak? "Jangan ingat saya sama macam boyfriend boyfriend durjana awak. I'm totally different," -Aniq Hayqal Katakan sahaja ini sebuah drama cliche, penuh dengan konflik, salah faham, benci membenci, jatuh cinta dalam diam. Dia tidak kisah. Asalkan hatinya tidak sakit lagi akibat perkara yang sama, lelaki. Namun permulaan yang baik tak semestinya berakhir dengan baik juga. Mungkin pada awalnya baik sahaja, namun pengakhirannya, siapa yang dapat jangka? Mungkin pengakhiran mereka adalah pengakhiran yang menggembirakan atau mungkin saja pengakhiran yang memerlukan pengorbanan. "I guess, the next series of this story is not about us anymore," Mungkin dia untukku, tapi mungkin juga dia untuk orang lain. p/s: i wrote this when i was 14 sooo ignore the cringy and weird things yeaa