Story 13: | Tengku Eiriaz Hans & Salsabella Ryana |
Spin-Off: Beneath His Protection & Captain Arfan Rayhan His Honeybee
Sinopsis:-
Tengku Eiriaz Hans, pewaris Hans Imperial Holdings dan anggota Guardian Phoenix, kelihatan sempurna di mata dunia. Namun di sebalik kemewahan dan kuasa, hatinya mudah retak.
Salsabella Ryana, wanita berwajah manis, namun dalam dirinya tersembunyi sisi gelap bernama Rose, alter ego yang dicipta dari luka, dendam dan tipu daya.
Perkahwinan mereka bukan tentang bahagia. Ia penuh pengkhianatan, tipu daya dan permainan racun yang perlahan-lahan membunuh.
Bagi Tengku Eiriaz, dia sangka itu sinar baru dalam hidupnya yang sudah terlalu gelap. Dia sangka, bersama Salsabella, dia akan belajar mencintai diri sendiri.
Tapi realitinya, dia hanya dijadikan bidak catur untuk wanita itu mendapatkan apa yang dia mahu. Satu demi satu, pengkhianatan dilakukan Salsabella. Satu demi satu, hati Tengku Eiriaz dihancurkan.
Namun dia tetap berdiri. Tetap melindungi. Tetap berharap wanita itu berubah. Walau dia tahu... semua itu sia-sia. Salsabella bukan hanya isterinya. Dia adalah musuh yang menyerang dari dalam.
Tapi sampai bila?
Sampai bila Tengku Eiriaz mampu bertahan... bila wanita yang dia mahu selamatkan, adalah racun paling mematikan dalam hidupnya?
They are not a perfect couple. In fact, they are poison to each other.
Idea hak cipta © Hwarin
Start : 22 . May . 2025
End :
⚠️ Hanya untuk Pembaca Matang.
⚠️ Segala watak, tempat, dan jalan cerita hanyalah rekaan penulis, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada.
⚠️ Bahasa & perlakuan dalam cerita ini tidak digalakkan untuk ditiru.
⚠️ Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penulisan ini.
🌹 Semoga setiap helaian kisah ini memberi sesuatu untuk direnung dan dipelajari.
ps: Sila abaikan kesalahan kecil, typo atau grammar tersasar. Terima kasih kerana membaca!All Rights Reserved