Story 4: | Syed Arfan Rayhan & Sabreena Ratna |
blurb :
Sabreena Ratna, seorang gadis yang dikenali dengan sikap garang, tegas dan sukar didekati. Namun di sebalik ketegasan itu, dia sebenarnya berhati lembut dan sentiasa menyembunyikan luka akibat konflik keluarga yang sangat rumit.
"Kadang-kadang saya penat, Tuan... terlalu penat hingga saya sendiri tidak tahu lagi apa yang saya patut perjuangkan dalam hidup ini."
- Sabreena Ratna -
Syed Arfan Rayhan, seorang Penolong Penguasa Bomba yang bertugas di Pusat Gerakan Operasi (PGO) dan pasukan elit STORM. Di sebalik ketegasan dan ketenangannya ketika menjalankan tugas, dia masih menyimpan penyesalan terhadap wanita yang tidak pernah berjaya dia lupakan.
Empat tahun selepas berpisah, takdir menemukan mereka semula. Syed Arfan nekad mendapatkan kembali kepercayaan Sabreena sehingga membawa mereka ke alam perkahwinan. Namun, kebahagiaan itu tidak bertahan lama apabila rumah tangga mereka mula diuji dengan rahsia, campur tangan keluarga dan ancaman daripada orang sekeliling.
"As long as I'm breathing... you will never be alone, precious."
- Syed Arfan Rayhan -
Mampukah Syed Arfan menjadi tempat Sabreena bersandar ketika luka lamanya kembali menghantui? Atau cinta yang diperjuangkan akhirnya akan tewas kepada masa lalu?
Idea hak cipta Β© Hwarin
Start : 21 June 2026
End :
β οΈ Hanya untuk Pembaca Matang.
β οΈ Segala watak, tempat, dan jalan cerita hanyalah rekaan penulis, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada.
β οΈ Bahasa & perlakuan dalam cerita ini tidak digalakkan untuk ditiru.
β οΈ Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penulisan ini.
πΉ Semoga setiap helaian kisah ini memberi sesuatu untuk direnung dan dipelajari.
ps: Sila abaikan kesalahan kecil, typo atau grammar tersasar. Terima kasih kerana membaca!
All Rights Reserved