Story cover for Cinta Pertama Abang Bomba (Ebook) by saraimani99
Cinta Pertama Abang Bomba (Ebook)
  • WpView
    Reads 37,940
  • WpVote
    Votes 1,359
  • WpPart
    Parts 17
  • WpView
    Reads 37,940
  • WpVote
    Votes 1,359
  • WpPart
    Parts 17
Complete, First published May 15
Sekolah Menengah Kebangsaan Embun Indah, itulah tempat yang menjadi pertemuan pertama antara Fuad Aidan dan Fayra Maleeka. Perkenalan tidak sengaja membentuk ikatan persahabatan. Namun, kerana satu tragedi, Fayra membawa diri ke Amerika. Fuad pula masih setia menanti di kampung dan berharap Fayra akan pulang semula.

Lima belas tahun berlalu, Fuad bergelar anggota bomba. Tiada siapa sangka juga, ketika operasi, Fuad bertembung semula dengan Fayra. Fayra muncul lagi di hadapannya tanpa Fuad bersedia.

"Apa yang mustahil dalam dunia ini? Dia yang selama ini hilang telah kembali. Cinta pertama kau dah kembali." - Fuad Aidan

"Aku benci kau." - Fayra Maleeka

Kalau bukan kerana rindukan arwah ayah tercinta, Fayra takkan kembali ke kampung itu. Namun, dia bukan sekadar pulang buat beberapa hari. Dia juga telah bertugas sebagai seorang doktor di klinik kesihatan di kampung. 

Parahnya, Fayra dan Fuad menjadi jiran di rumah dan di tempat kerja juga. Fayra tidak dapat lari daripada terus melihat Fuad setiap hari.

"Woi! Kau nak pecah rumah orang ke?" - Fayra Maleeka

"Kau tak tahu juga eh? Ini rumah aku! Aku beli dengan mak su kau." - Fuad Aidan

Mungkin Fayra bencikannya, namun Fuad tidak kenal erti putus asa. Dia akan terus mengejar Fayra hingga benci bertukar kepada cinta.

"Lima belas tahun aku tunggu peluang ini. Penantian yang menyakitkan tu pun aku boleh harung. Takkan usaha yang satu ini aku sengaja nak angkat bendera putih." - Fuad Aidan

Sedangkan kerak nasi boleh lembut kalau direndam, apatah lagi hati manusia. Fayra takkan mampu menolak cinta Fuad buat selamanya. Kebencian Fayra terhadap Fuad wujud kerana satu kisah silam di mana Fuad turut terlibat. Tapi, adakah tepat sangkaan Fayra atau masih ada kebenaran tidak terungkap?
All Rights Reserved
Sign up to add Cinta Pertama Abang Bomba (Ebook) to your library and receive updates
or
#7peluangkedua
Content Guidelines
You may also like
Adakah Masih Ada Kita (Completed) by AinaNabilaAzman
33 parts Complete
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang baru sahaja ingin merasai kebahagiaan mahligai cinta. Perkahwinan yang baru berusia dua bulan ketika itu telah menjadi usang setelah mereka terpisah. Namun takdir kembali menemukan mereka sebagai rakan sekerja di Pantai Kasih Medical Centre. Bekerja dengan seorang lelaki bergelar suami tidak semudah dan seindah yang disangka lebih-lebih lagi apabila sudah bertahun-tahun terpisah. "Salah ke bila seorang suami cemburu dan marah bila ada lelaki lain cuba untuk pikat hati isteri dia walaupun isteri dia berdingin dengan suaminya sendiri?" - DR RAYYAN HAFEEZ. "Istilah kita tu dah tak wujud sejak I bertekad untuk tak kejar cinta you lagi. Lama I tunggu suami I tapi sekali pun dia tak pernah balik. Jadi you rasa sekarang ni masih ada lagi ke 'kita' dalam hubungan ni?" - DR MAWAR ELENA. Namun satu peristiwa berlaku antara mereka. Dr Mawar Elena kemalangan sehingga dia tidak mampu berjalan semula. "Kalau you sembuhkan kaki ini dan barulah kita akan kembali bahagia bersama." - DR MAWAR ELENA. Ke manakah penghujung perang cinta mereka ini? Sanggupkah mereka berpisah sekali lagi? Bolehkah kebahagiaan mereka datang menjelma kembali? Masihkah ada cinta dan ruang untuk Dr Rayyan Hafeez? ADAKAH MASIH ADA KITA
C │PUJAAN HATI TUAN INSPEKTOR by lazysya
20 parts Complete
Simple and short story by @lazysya "I'm not someone you should date." - Zea Xavera "Yes, I know. You're someone I should marry." - Daniyal Farique DANIYAL FARIQUE Bukan mudah bagi seorang Inspektor polis seperti dia untuk mencari pasangan hidup. Hasilnya, dia telah membujang selama 30 tahun. Uminya pula tak henti-henti mendesak agar dia segera berkahwin. Tapi nak cekau siapa? Awek pun tak ada! Sampailah satu hari, dia bertemu dengan cinta pertamanya. Masalahnya? Awek tu beku tahap ais Antartika. Setiap usaha yang ditunjukkannya dipandang sepi. Dia ditolak mentah-mentah. ZEA XAVERA Seorang gadis hebat yang berjaya menjadi doktor pada usia muda. Kini berumur 25 tahun, hidupnya masih solo. Bukan tiada yang ingin, tapi dia yang tak mahu. Luka silam membuatkan dia serik untuk bercinta lagi. Fokusnya hanya pada kerjaya dan keluarga. Semuanya berubah apabila seorang Inspektor sado tiba-tiba muncul dalam hidupnya dan terus "menyemak". Hatinya mula goyah, hidupnya mula tak tenang. Daniyal mengejar. Zea menjauh. Semakin Zea jauh, semakin Daniyal kejar. "Semakin ku kejar, semakin kau jauh..." Eh, tiber! Bukan senang nak cairkan hati doktor beku ni. Tambah pula dengan jadual kerja Daniyal yang padat, makin susah nak mendekatinya. Mampukah Zea menahan hatinya daripada jatuh cinta lagi? Dan mampukah Daniyal bertahan demi memiliki hati beku sang doktor muda ini? "Loving you is like breathing. How can I stop?" - Daniyal Farique (Finished)
Bayangan Di Bawah Langit Sang Pelindung [Complete & Revised] by naqira_98
41 parts Complete
Langit Series 2 Selepas perkahwinan adiknya Shahira Jasmina, ASP Kamarul Hisyam mula merasai kekosongan yang tidak pernah dijangka. Sebagai abang sulung yang membesarkan adiknya selepas kehilangan ibu, Kamarul terbiasa menjadi pelindung dan tempat bergantung. Namun, apabila peranan itu diambil alih oleh suami Shahira, Kamarul mula hilang arah, lantas menenggelamkan diri dalam tugas sebagai pegawai Unit Tindak Khas (UTK) yang penuh bahaya. Di tengah-tengah operasi menyelamat mangsa pemerdagangan manusia, Kamarul bertemu dengan Dr. Amani Qistina, seorang doktor kecemasan yang cekal, lantang dan menyimpan luka silam. Perbezaan mereka sering mencetuskan pertelingkahan, namun keterusterangan Amani mula meruntuhkan tembok emosi Kamarul yang selama ini kebal. Dalam masa sama, Alina-cinta lama Kamarul yang pernah menghilang-muncul semula dengan permintaan perlindungan, mencetuskan dilema besar dalam hidupnya. Ketika Amani dihantui kisah abangnya yang hilang dalam tragedi pemerdagangan manusia dan kini dikaitkan dengan sindiket yang diburu UTK, Kamarul pula terperangkap antara tugas, kesetiaan, dan perasaannya sendiri. Ancaman terhadap keluarganya semakin memuncak, memaksanya membuat keputusan yang boleh merubah hidup semua yang terlibat. Antara kehilangan, pengkhianatan dan keinginan untuk bahagia, mampukah Kamarul membuka hatinya semula, bukan hanya untuk cinta, tetapi untuk memaafkan dirinya sendiri? Bayangan di Bawah Langit Sang Pelindung ialah sebuah kisah tentang kekuatan seorang pelindung, luka yang tidak terlihat, dan keberanian untuk mencintai selepas diuji berkali-kali. "Kadang-kadang, menjadi kuat bukan kerana kita mahu, tetapi kerana tiada pilihan lain." - Kamarul Hisyam "Bukan semua luka perlu sembuh dengan masa, sesetengahnya perlu kita terima sebagai sebahagian daripada diri kita." - Amani Qistina ASP Kamarul Hisyam x Dr. Amani Qistina .
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT by hasyagrizelle
12 parts Complete
[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23
You may also like
Slide 1 of 10
Farishah Azriza | ✓ cover
Adakah Masih Ada Kita (Completed) cover
MENUNGGU DI SEBALIK TAKDIR cover
CINTA DIA HANYA UNTUK  AKU BUAT SELAMANYA [ 1 ] cover
C │PUJAAN HATI TUAN INSPEKTOR cover
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔ cover
Bayangan Di Bawah Langit Sang Pelindung [Complete & Revised] cover
Eh, Jodoh ke Ni ?!?! (EDITING) cover
Sir.... I am in love with YOU!  ✔ cover
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT cover

Farishah Azriza | ✓

10 parts Complete

--> plot twist alert <-- ❝ I really love you, Azriza ❞ ❝ Cinta tak semestinya memiliki, kan? ❞