Embers Of The Crown

Embers Of The Crown

  • WpView
    Reads 936
  • WpVote
    Votes 154
  • WpPart
    Parts 65
WpMetadataReadComplete Sat, May 31, 2025
Amelia Ravenshade kembali ke istana Eldravaeth setelah bertahun-tahun berlalu, membawa bersama rahsia yang belum pernah didedahkan. Kebakaran tragis dua belas tahun lalu telah meninggalkan parut dalam sejarah keluarga diraja dan di tengah kabut rahsia itu, berdiri sosok kakak angkatnya, Arabella Duskvale, yang dipenuhi dengan dendam dan terperangkap dalam sihir hitam yang mematikan. Sementara itu, negara Ignarion mengintai di sebalik bayang-bayang, berusaha menguasai Eldravaeth melalui perkahwinan politik antara Amelia dan pewaris mereka, Wiliam. Dalam situasi genting itu, Amelia menolak untuk menjadi alat dalam permainan kuasa dan memilih untuk memperjuangkan kebebasan serta kebenaran. Bersama Thomas Ashborne, pelindung setianya yang sentiasa berada di sisinya, serta sahabat karibnya, Tiara Ashborne dan adik kandungnya, Alex Ravenshade. Amelia menyelami sejarah tersembunyi di balik warisan keluarga, kekuatan sihir kuno, dan konflik yang menggugat kedamaian kerajaan. Melalui latihan, pertempuran, dan pengkhianatan, mereka belajar erti pengorbanan dan keberanian sejati. Sebuah lamaran penuh kejutan di taman istana membuka lembaran baru dalam hidup Amelia satu ikatan cinta yang menguatkan dia di tengah badai politik dan bahaya yang mengintai. Namun kebahagiaan itu tidak kekal lama, kerana ancaman gelap terus membayangi. Di balik tirai perkahwinan megah dan senyuman manis, tersimpan rahsia bahawa perang dan pertempuran masih belum berakhir. Satu kuasa misteri berikrar untuk meruntuhkan segalanya termasuk cinta dan warisan yang dipertaruhkan. Embers Of The Crown mengisahkan perjuangan seorang puteri yang terpaksa memilih antara takhta dan hati, di dunia di mana kepercayaan adalah senjata dan cinta adalah cahaya terakhir dalam kegelapan.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Eclipsed by Love : RAFAEL ZAYN [COMPLETE]
  • Permaisuri Tanpa Takhta [C]
  • PUTERI TERAKHIR KERAJAAN AETHERION
  • Dendam Siluman: Takdir Sang Pewaris
  • Di Sebalik Takhta
  • The Devil's Wife

KARYA KETIGA BY DEARBIHA Serena Alayna, seorang gadis muda yang penuh semangat, telah lama menyimpan perasaan terhadap Rafael Zayn-kawan baik ayahnya yang jauh lebih berusia daripadanya. Rafael, seorang lelaki berkarisma yang dingin dan profesional, baru saja kembali ke tanah air selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Pertemuan pertama mereka di majlis ulang tahun Serena yang ke-24 tidak berjalan seperti yang diharapkan. Rafael tetap menjaga batas, tidak mengendahkan usikan dan cubaan Serena untuk mendekatinya. Namun, Serena tidak mudah mengalah. Dia berusaha mencuri perhatian lelaki itu, meskipun sering kali berhadapan dengan sikap dingin dan sinisnya. Namun, semakin hari, Rafael mula menyedari bahawa kehadiran Serena telah mengusik ketenangan hatinya. Perasaan yang selama ini dinafikan mula berputik, tetapi Rafael memilih untuk menjauhkan diri. Ketika Serena berada di ambang keputusasaan, kehadiran seorang lelaki misteri yang kembali dari London merubah segalanya. Lelaki itu ialah Shazriel, abang kandung Serena yang telah lama menetap di luar negara sejak dia masih bayi. Di saat Serena cuba memahami kehadiran abangnya, Rafael muncul semula dengan satu keputusan mengejutkan-dia ingin menikahi Serena. Keputusan itu bukan sahaja menggemparkan keluarga, malah membuka lembaran baharu dalam hidup mereka. "Usia mungkin memisahkan, tapi hati tetap menyatukan." Apakah akhirnya Serena dan Rafael akan bersatu dalam ikatan yang sah? Atau perbezaan di antara mereka terlalu besar untuk disatukan?

More details
WpActionLinkContent Guidelines