
[ ROMANCE ] #6 {SHORT STORY}
[ Rynna Ivelle | Aaron Haider ]
university series | romance
Royale Crown Universiti sekolah university elit milik keluarga Dato Andrew bukan sekolah biasa. Ia hanya terbuka untuk anak-anak orang ternama, pewaris empayar bisnes, dan mereka yang lahir dalam dunia penuh kemewahan. Dilengkapi dengan fasiliti kelas pertama, status sosial di sini seumpama mata wang dan semua orang tahu siapa yang berada di atas.
Di antara pelajar-pelajar elit ini, wujud satu kumpulan sahabat yang cukup dikenali:
Aaaron Haider, pewaris utama keluarga Dato Andrew dan pelajar genius yang digeruni kerana ketegasan dan karismanya.
Skylar Lance, playboy tampan dengan senyuman menggoda tapi rahsia hati yang tak pernah dia dedahkan.
Darien Maverick, ketua pasukan sukan yang bersemangat, selamba tapi setia.
Issac Carl, si pendiam misteri yang selalu tahu lebih dari apa yang dia ucapkan.
Addie Lucca, si lucu yang sentiasa menceriakan suasana tapi simpan luka yang tak terluah.
Mereka berlima disatukan bukan hanya kerana persahabatan, tapi kerana misi-satu kumpulan belajar khas untuk memastikan kedudukan mereka kekal di puncak. Namun siapa sangka, dalam ulang kaji dan sesi lewat malam, hati mula terlibat? Antara persahabatan, tekanan keluarga, dan cinta yang datang tanpa diduga... mampukah mereka hadapi semuanya tanpa meretakkan ikatan yang telah terjalin?All Rights Reserved1 parte