Story cover for The Curse of Elite Desire by tashashoibb
The Curse of Elite Desire
  • WpView
    Reads 2
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
  • WpView
    Reads 2
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
Ongoing, First published May 19
Mature
Di dunia elit yang kelihatan sempurna di luar, ada rahsia gelap yang terpendam di balik kaca kristal dan gaun sutera.
Dahlia Areeqa-wanita berdarah biru, pewaris empayar, dibesarkan dalam dunia penuh dendam dan sumpahan yang diwarisi.
Bila satu demi satu tragedi mula berlaku, dia terpaksa kembali ke tempat yang paling dia benci: rumah.
Dan Rafael Emir-lelaki pertama yang dia cinta, dan mungkin yang terakhir. Tapi cinta mereka bukan cinta biasa.
Ia penuh curiga. Penuh luka. Penuh desire yang belum mati.
Dalam dunia penuh helah, sihir dan hasad,
cinta mungkin satu-satunya kutukan paling kejam.
All Rights Reserved
Sign up to add The Curse of Elite Desire to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
SERAVIAN : THE ENCHANTED VOW by Coolblogie
20 parts Ongoing Mature
Dalam dunia yang dirundung peperangan dan sihir yang kian pupus, Puteri Seraphina Duvall - anak kepada Raja yang telah digulingkan - menjadi satu-satunya tawaran damai bagi menyelamatkan bangsanya yang nyaris pupus. Ditawan oleh musuh paling dahsyat, Kerajaan Vellmora, dia dikahwinkan secara paksa dengan Duke Ravian Ardent, pemerintah wilayah kelam yang dikenali sebagai The Blood Raven - seorang lelaki berwajah malaikat tapi berhati syaitan, tidak pernah kalah dalam medan perang, dan tidak pernah membuka hatinya kepada sesiapa. Perkahwinan itu bukan tentang cinta. Ia adalah pakatan. Tawaran. Perjanjian darah. Namun Seraphina menyimpan satu rahsia paling berbahaya-dia ialah waris terakhir sihir kuno Duvall, darah yang mampu menghidupkan semula kerajaannya yang musnah, dan membangkitkan kuasa purba yang telah lama hilang. Sihir yang ramai sangka sudah pupus, namun menjadi rebutan pihak berkepentingan, termasuk sang suaminya sendiri. Apa yang dia tidak tahu - Ravian juga menyembunyikan sisi gelapnya sendiri. Dia bukan sepenuhnya manusia. Dia disumpah dengan separuh roh syaitan, satu kuasa yang memberinya kekuatan luar biasa... namun perlahan-lahan membunuh jiwanya. Dan hanya darah keturunan Duvall- darah Seraphina - mampu mematahkan sumpahan itu. Dalam istana yang penuh tipu daya dan hasrat berdarah, mereka terjerat dalam permainan kuasa dan keinginan. Di antara kebencian dan ketertarikan, di antara pengkhianatan dan pengorbanan, tumbuh sebuah hubungan yang kabur antara cinta dan kehancuran. Adakah Seraphina sanggup menyerahkan tubuh dan darahnya kepada lelaki yang mungkin akan memusnahkan segalanya? Atau adakah cinta mampu menundukkan kegelapan yang selama ini bermaharajalela? ⚠️ Gentle Reminder: This story carries themes of love, passion, action, and a little darkness. If you're not into those vibes, it's perfectly okay to pass 🤗💜 Achievements (Ranking)🏆 No 🥇in seduction No 🥇in magicpowers No 🥈in duke No 🥈magicalcreatures
BUNGA TERAKHIRKU ( salahkah terus berharap?) by _dahliaseroja
30 parts Complete Mature
"Ira, kau dah tidur ke?" soal Zakhwan yang menjenguk dari bawah ke atas katil untuk melihat Amara yang berada di atas katil. "belum." Jawab Amara dengan mata tertutup. "dari aku balik haritu, aku tak sempat lagi tanya kau satu soalan." Tambah Zakhwan yang teragak -agak ingin bercakap. "ape dia?" soal Amara. "kau ok?" tanya Zakhwan dengan ringkas. Lama Amara terdiam lalu membuka matanya dan terus berfikir. " tak. Ira tak ok , hati Ira sakit sangat, Ira dah tak boleh sembunyikan rasa sakit ni bang. Ira percaya yang benda ni mungkin akan baik seiring dengan berjalannya waktu, tapi sakit sangat bang. Adil ke bang? Adil ke untuk Ira terus rasa sakit sedangkan dia bahagia dengan perempuan tu." Kata Amara panjang lebar dengan nada suara menahan sebak. Zakhwan mula memalingkan badannya ke kiri untuk menghadapkan badanya ke Amara. "Ira, tak semua percintaan berakhir dengan penyatuan, ada yang berakhir dengan kepergian. Lepakan dan ikhlaskan" Kata Zakhwan. "kalau dari awal bukan Ira yang dia nak, kenapa beri kenangan indah, kemudian bagi duri beracun yang musnahkan segalanya?" amara berkata lagi. "Ira tahu tak salah satu kelemahan sesetangah lelaki?" tanya Zakhwan. Amara hanya diam kali ini. "cinta pertama, lelaki boleh jadi orang paling kuat setelah disakiti tapi boleh jadi sebodoh-bodohnya bila cinta pertama datang semula. Dan sehebat apapun kau, kalau dia masih berharap pada masa lalu, kau cuma akan dapat sakit." Kata Zakhwan. "bodoh kan Ira bang, terlanjur cinta dengan orang sikit pon tak cintakan Ira." Tambah Amara. "Ira... siapa kita nak ubah takdir, semua yang jadi atas kehendak Allah bukan sebab untuk melemahkan tapi untuk menguatkan." Kata Zakhwan.
HER | ADAM X ARRIEYA by folleone_
49 parts Complete
- H I A T U S - GENRE : ROMANCE START : FIRST PKP Rose Arrieya merupakan anak kepada pasangan Tan Sri Amin dan Puan Sri Maria. Kehidupannya mula berubah bila hubungannya dengan tunang tersayang terputus. Daripada seorang yang ceria dan baik hati, kini dia berubah menjadi seorang yang sombong dan bongkak. Arak ? Kelab malam ? Itu sudah tercatat dalam kehidupan hariannya. Disebabkan kesalahan sendiri, dia telah hilang satu-satunya mahkota perempuan. Kerana itu, dia telah hilang semuanya. Kekayaan, Hiburan, Kebebasan, keluarga. Kini, bermulalah kehidupannya tanpa keluarga di sisi. Tiada lagi keluarga yang selalu menyokong. Nasib gadis itu baik bila ditemukan dengan ibu tunggal yang berjaya membesarkan anak lelakinya sehingga menjadi seorang pelukis. Satu persatu masalah timbul. Pemuas nafsu. Itulah gelaran yang dilemparkan kepadanya. Itulah seorang Rose Arrieya dimata Masyarakat. Setelah derita mula bertukar menjadi kebahagiaan, sekali lagi dia diuji. Peristiwa hitam yang menghantui hari-harinya sering diungkit suami tercinta. Perkataan menyesal disatukan dengan gadis itu mula menjadi zikir di bibir si suami. Tak layakkah aku untuk bahagia ? Itu lah soalan yang sering ditanya pada diri sendiri. Masih ada lagikah ruang untuk dia bahagia ? Adakah pengakhirannya seperti novel ? "Aku tak pernah jumpa perempuan sehebat kau, Arrieya. Kau seorang yang tabah. Percayalah ni keputusan yang terbaik untuk kau dan aku. Rose Arrieya binti Amin, aku ce-"
You may also like
Slide 1 of 8
Suami Idaman cover
Dalam Diam, Aku Menunggu cover
SERAVIAN : THE ENCHANTED VOW cover
BUNGA TERAKHIRKU ( salahkah terus berharap?) cover
Pikat Hati Dia cover
SILENT BETRAYAL  | C | cover
Setitik hati yang terluka  cover
HER | ADAM X ARRIEYA cover

Suami Idaman

17 parts Complete

Perkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di hati Laila Khaleesa apabila tidak sanggup menanggung kerinduannya terhadap suami yang dulunya tidak lansung dipedulikan. Hadirnya Hafiz merosakkan hubungan halal dan indah. Adakah Laila akan berpaling dari suaminya yang banyak bekorban demi hubungan suci?