Story cover for Ketika Langit Berhenti Bertanya ✓ by asterthzy
Ketika Langit Berhenti Bertanya ✓
  • WpView
    Reads 365
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Parts 29
  • WpView
    Reads 365
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Parts 29
Complete, First published May 19
Ada orang lahir untuk disayangi.
Ada orang lahir untuk dilukai.

Aku?
Aku lahir untuk dilupakan.

Setiap hari, aku pandang langit.
Aku tanya, bila semua ini akan berakhir?
Bila mereka akan berhenti benci?
Bila suara aku akan cukup kuat untuk didengar?

Tapi langit hanya pandang.
Langit hanya diam.
Dan akhirnya aku faham,
ada manusia yang ditakdirkan hidup sebagai bayang-bayang.

Ini cerita tentang seorang gadis yang dipinggirkan dalam rumah sendiri, dituduh atas dosa yang dia tak pernah buat, dihukum atas kesilapan orang lain, dan pergi tanpa seorang pun benar-benar peduli.

Ketika Langit Berhenti Bertanya adalah kisah tentang kehilangan yang tak pernah diberi peluang untuk diselamatkan, tentang penyesalan yang terlalu lewat, dan tentang langit yang akhirnya letih menjadi saksi, dan memilih diam.

"Langit pernah jadi saksi, sebelum akhirnya pun memilih diam."
All Rights Reserved
Sign up to add Ketika Langit Berhenti Bertanya ✓ to your library and receive updates
or
#81ceritapendek
Content Guidelines
You may also like
Always, you... by EmbunKurnia
57 parts Ongoing
SINOPSIS Langit malam itu gelap pekat, seakan merestui perasaan yang berselirat dalam jiwa Khayra. Dalam genggaman erat stereng kereta, dia cuba menenangkan debar hatinya yang kian menggila. Danish, lelaki yang sepatutnya menjadi suaminya dalam dua hari lagi, tiba-tiba menghilang tanpa sebarang penjelasan. Panggilan demi panggilan tidak berjawab, meninggalkan hanya kekosongan dan tanda tanya yang menghimpit. Namun, rahsia yang lebih besar sedang menanti. Sebuah rumah, sepucuk surat, dan satu keputusan yang merobek seluruh jiwanya-Danish memilih untuk pergi. Bukan sehari dua, bukan untuk mencari ruang, tetapi untuk meninggalkan segala-galanya. Ireland menjadi destinasinya, dan Khayra? Hanya ditinggalkan dengan nota perpisahan yang dingin dan penuh tanda tanya. Tapi tidak. Khayra tidak akan menyerah semudah itu. Tidak tanpa jawapan. Dengan langkah yang dipandu oleh emosi dan hati yang remuk, dia menjejaki lelaki itu hingga ke lapangan terbang. Namun, saat mata mereka bertemu di pintu pelepasan antarabangsa, jawapan yang dia harapkan bertukar menjadi luka yang lebih dalam. Apa yang membuat Danish berubah hati? Apa yang begitu besar hingga dia sanggup melarikan diri daripada sebuah ikatan yang sepatutnya menjadi titik bahagia? Adakah ini tentang dirinya... atau sesuatu yang lebih gelap sedang bersembunyi di balik keputusan Danish? Saat cincin tunang itu melayang jatuh ke lantai, Khayra yakin segalanya telah berakhir. Tetapi dia silap-kerana kisah mereka baru sahaja bermula. Sebuah kisah cinta yang bukan sekadar tentang kehilangan, tetapi tentang rahsia, luka, dan takdir yang tidak terduga.
BERUBAH by lirikakasia
42 parts Complete
Am menatap langit dari tingkap kelasnya. Awan putih berarak perlahan, seolah-olah tiada beban di dunia ini. Betapa dia berharap dapat merasa begitu-ringan, bebas, dan tanpa rasa sakit. Dahulu, dia seorang pelajar yang cemerlang. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, namanya pasti di atas. Dia pernah menikmati perasaan itu-dipuji oleh guru, dikagumi oleh rakan-rakan, dan paling penting, membuat ibu bapanya bangga. Namun, semuanya berubah dalam sekelip mata. Setahun yang lalu, ketika dia masih berusia 14 tahun, keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hari itu sepatutnya menjadi hari yang biasa. Mereka baru sahaja pulang dari menghadiri kenduri keluarga di kampung. Am masih ingat suara gelak tawa adiknya di tempat duduk belakang, bau minyak wangi ibunya, dan suara ayahnya yang perlahan-lahan bersenandung lagu lama. Kemudian, semuanya menjadi gelap. Am hanya mengingati bunyi dentuman kuat, tubuhnya terhempas ke sisi, dan kesakitan yang mencengkam seluruh tubuh. Ketika dia membuka mata, dunia sudah berbeza. Ambulans. Lampu merah yang menyilaukan. Jeritan. Tangisan. Dan akhirnya, berita yang membuatnya tidak mahu hidup lagi. Ibu, ayah, dan adik-beradiknya semuanya pergi. Tinggal dia seorang diri. Sejak itu, Dia berhenti peduli tentang sekolah, tentang hidup. Buku-buku yang pernah menjadi temannya kini berselerak di meja belajar tanpa disentuh. Guru-guru yang dahulunya menyayanginya kini hanya mampu menggeleng kepala melihat sikapnya. Rakan-rakan menjauh, takut dengan perubahan dirinya yang semakin kasar dan dingin. Hari-harinya di sekolah menjadi beban. Setiap kali loceng berbunyi, dia hanya duduk diam, memandang ke luar tingkap, menunggu masa berlalu. Tetapi ada satu perkara yang tidak pernah dia jangka. Seseorang yang masih peduli pada dirinya.
You may also like
Slide 1 of 9
GADIS ITU MILIK AKU cover
Always, you... cover
BERUBAH cover
Sedingin Dewi cover
Langit Tak Pernah Bertanya Kenapa  cover
Will You Be My Haura? cover
Ruang untuk Kita [Terbit] cover
MR. ASH SEBELAH RUMAH cover
Violet  cover

GADIS ITU MILIK AKU

29 parts Ongoing

Hubungan kekeluargaan yang tidak baik. Dikelilingi dengan orang yang toksik. Hidupnya memang penuh dengan pelbagai dugaan yang datangnya daripada manusia. Tunang? Kantoi curang saat dia berjalan-jalan di Bukit Bintang seorang diri. Dia tidak tahu apa yang perlu dia rasa saat itu. Hati yang sedia hancur menjadi sehancur-hancurnya. Dia membawa diri dengan fikiran yang kosong. Hatinya jadi mati. Rasa ingin bunuh diri membuak-buak. "Tolong bunuh saya." "Kau pasti?" Sangkanya dia sudah mati saat bahunya ditikam tetapi dia masih hidup. Bau ubat kuat menusuk ke rongga hidungnya. Dia berada di hospital. Dia tidak ingat siapa lelaki yang dijumpainya itu. Dia mengambil mc dan hantar ke pihak atasannya bahawa dia tidak dapat masuk kerja. Dia anggap Tuhan masih memberi peluang untuknya bernafas di muka bumi ini lagi. Kehidupannya dijalani dengan sabar dan tabah sehingga dia sudah biasa untuk berhadapan pelbagai masalah dengan tenang. Tanpa dia sedar, seseorang memerhatikannya daripada jauh. Setiap hari tanpa lepas. Kegiatan dan aktiviti dia semua diketahui. "I want you to be my wife." "I'm so sorry, saya khilaf sebab curang dengan awak." "Aku bekas isteri dia. Diorang anak-anak aku dan aku lebih berhak ke atas mereka!" Hah sudah, makin pening jadinya apabila masalah baru pula yang muncul. Akan tetapi dia hadap dengan sangat tenang. Orang jentik dia, dia jentik dua kali ganda. Dia bukan seorang yang lemah!