Story cover for Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka
  • WpView
    Reads 231
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 10
  • WpView
    Reads 231
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 10
Ongoing, First published May 23
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar.

Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk.

Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'.
Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha.

Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar.

Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri.

 kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa,  perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
All Rights Reserved
Sign up to add Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka to your library and receive updates
or
#18kehidupan
Content Guidelines
You may also like
NuLaith Claire De Lune by TheRe-Volution
21 parts Ongoing Mature
Sebuah Kisah Yang Ditulis Oleh Seorang Penulis Berotak Songsang. AMARAN! Pembinaan Ayat Dalam Fict Ini Beterabur! NUR EZRA SYAFIRA. Seorang Perempuan Yang Dahulunya Pernah Menjadi Seseorang Yang Ceria. Namun,Setelah Berlakunya Suatu Insiden Yang Berlaku Padanya Di Usia 15 Tahun Hingga Menyebabkan Dia Sawan Dan Mempunyai Trauma Yang Kuat Terhadap Lelaki Telah Mengubah Personaiti Ceria Perempuan Itu Menjadi Dingin Dan Jarang Bercakap. Hinggakan,Dia Langsung Tidak Boleh Dekat Langsung Dengan Lelaki. Jika Ada Lelaki Mendekatkan Diri Padanya,Pasti Dia Akan Muntah Atau Pengsan Kerana Ia Telah Membangkitkan Semula Trauma Otaknya Terhadap Lelaki. Pernah Dia Cuba Untuk Mengambil Nyawanya Sendiri Tetapi Atas Ketentuan Ilahi Dia Masih Hidup. Segala Parut Yang Ada Di Tubuhnya Semuanya Ialah Kesan Kelaran Pisau. Di Pergelangan,Lengan Tangan,Kaki,Betis Dan Leher Mempunyai Kesan Kelaran. Dia Merasa Jijik Dengan Dirinya Sendira Setelah Insiden Itu. Dan Disebabkan Insiden Itu,Dia Hamil. Tetapi Nasib Baik Berpihak Padanya,Kerana Dia Mempunyai Tiga Orang Kakak Yang Menyayangi,Menyokong Dan Memahaminya Dan Secara Bertahap Dia Kembali Kepada Dirinya Yang Dahulu. Dia Melahirkan Seorang Bayi Lelaki Di Usianya 16 Tahun. Di Waktu Itu,Dia Merasa Sangat Bahagia. Namun,Kebahagiaannya Itu Tidak Berkekalan Lama Apabila Anaknya Dan Kakak Ketiganya Terlibat Dalam Kemalangan Yang Meragut Nyawa. Dia Kembali Menjadi Seseorang Yang Muram,Dingin Dan Traumanya Terhadap Lelaki Semakin Melarat. UNGKU' LAITH MIKHAIL. Sebaris Nama Yang Dibaca Indah Begitulah Juga Dengan Sang Pemilik Nama Ini. Seorang Jejaka Kacukkan Perancis Yang Secara Tidak Sengaja Terjatuh Cinta Dengan Perempuan Yang Bernama Nur Ezra Syafira. Dia Merupakan Seorang Usahawan Muda Yang Berhati Mulia. Dia Terima Segala Kekurangan Nurez. Dia Juga Mempunyai Latar Belakang Yang Teruk Iaitu Dia Pernah Dikasari Oleh ayahnya Hanya Kerana Dia Mendebik Adik Tirinya Sedikit.
【C】SABAR SEORANG LELAKI by HarrinAiris
88 parts Complete
『𝓢𝓪𝓫𝓪𝓻 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓵𝓪𝓴𝓲』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar adalah sahabatnya dan tabah adalah kekasihnya. Hatinya kental, keras dan cekal dek sejarah hitam asal usulnya. Sejarah bagaimana dia boleh terbentuk dalam rahim sang ibu. Hinaan dan cacian sudah cukup sebati dalam diri. "Anak haram ke anak sial ke sama je." "Baik mati dari malukan keluarga." Dia hanya seorang insan yang mahukan kasih sayang keluarga. Bukan seorang yang tidak punya hati saat dipijak oleh manusia apatah lagi dari manusia bergelar ayah yang membuatnya lebih menderita. "Kau patut bersyukur aku simpan kau dalam rumah ni. Kalau aku buang kau, pengemis pun jijik nak tengok kau." - Tan Sri Azmi Ya, hidup Adam tak ubah seperti anjing jalanan! ᚔ Adam dipaksa berpindah ke sekolah paling kaya di Malaysia yang cuma pentingkan nama dan pangkat. Pembohongan status sebenar keluarganya membuat dirinya dibuli agak teruk. Tetapi, dia akan pastikan kehidupan peribadinya tak terjejas. Rahsianya akan sentiasa tersimpan rapi. Namun hanya kerana satu peristiwa, Adam mengambil peluang membantu mangsa buli yang lain. Lebih aneh, mereka mahu Adam yang tak mahu terlibat dengan sesiapa menjadi teman mereka. "Boleh tak kalau Fiqri nak kawan dengan Adam?" - Fiqri "Awak lelaki kan? Saya perempuan! Kita boleh jadi kawan." - Tiara "Aku nak kawan dengan kau. Betul!" - Nayli "Aku nak jadi kawan kau." - Lukman Tetapi, adakah hidup Adam Daniel akan sentiasa lancar di sekolah itu? Bagaimana hubungan persahabatan mereka jika sejarah hitam di sekolah lama membuat Adam sukar percaya pada sesiapa? Dan, adakah rahsia Adam akan sentiasa terkubur? Akankah muncul kebahagian buat Adam setelah sekian lama lelaki berjiwa sabar ini menderita? Brain: Be patient Heart: Until when..?
BERUBAH by lirikakasia
42 parts Complete
Am menatap langit dari tingkap kelasnya. Awan putih berarak perlahan, seolah-olah tiada beban di dunia ini. Betapa dia berharap dapat merasa begitu-ringan, bebas, dan tanpa rasa sakit. Dahulu, dia seorang pelajar yang cemerlang. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, namanya pasti di atas. Dia pernah menikmati perasaan itu-dipuji oleh guru, dikagumi oleh rakan-rakan, dan paling penting, membuat ibu bapanya bangga. Namun, semuanya berubah dalam sekelip mata. Setahun yang lalu, ketika dia masih berusia 14 tahun, keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hari itu sepatutnya menjadi hari yang biasa. Mereka baru sahaja pulang dari menghadiri kenduri keluarga di kampung. Am masih ingat suara gelak tawa adiknya di tempat duduk belakang, bau minyak wangi ibunya, dan suara ayahnya yang perlahan-lahan bersenandung lagu lama. Kemudian, semuanya menjadi gelap. Am hanya mengingati bunyi dentuman kuat, tubuhnya terhempas ke sisi, dan kesakitan yang mencengkam seluruh tubuh. Ketika dia membuka mata, dunia sudah berbeza. Ambulans. Lampu merah yang menyilaukan. Jeritan. Tangisan. Dan akhirnya, berita yang membuatnya tidak mahu hidup lagi. Ibu, ayah, dan adik-beradiknya semuanya pergi. Tinggal dia seorang diri. Sejak itu, Dia berhenti peduli tentang sekolah, tentang hidup. Buku-buku yang pernah menjadi temannya kini berselerak di meja belajar tanpa disentuh. Guru-guru yang dahulunya menyayanginya kini hanya mampu menggeleng kepala melihat sikapnya. Rakan-rakan menjauh, takut dengan perubahan dirinya yang semakin kasar dan dingin. Hari-harinya di sekolah menjadi beban. Setiap kali loceng berbunyi, dia hanya duduk diam, memandang ke luar tingkap, menunggu masa berlalu. Tetapi ada satu perkara yang tidak pernah dia jangka. Seseorang yang masih peduli pada dirinya.
0ne Step Closer by SalawatiLatip1989
70 parts Complete
"Mama..?" - Lia, anak kecil yang mempunyai nama hampir sama dengan Lea keliru dengan perwatakan gadis itu yang persis seperti ibunya. Kerana anak itulah Lea masuk ke dalam keluarga Puan Adiba, ibu kepada Ahmad Fahmi yang juga ayah kepada Lia. Lelaki idaman Lea sejak sesi orientasi sekolah menengah. Patah hati? Memang! Sungguh hakikat itu sukar untuk ditelan oleh Lea. Ifzan Farhan - Adik kepada lelaki bernama Ahmad Fahmi itu merupakan pelajar genius paling sombong yang pernah Lea dan Geng 'Cokiez'nya temui. Mamat library. Kaki buku. Hati kering. Macam-macam gelaran sudah dicop untuk lelaki itu. "Aku cintakan Lea. Sebab tu aku tak nak nampak dia nangis! Kau faham tak ni?!"..."Ya. Aku cintakan Lea. Puas hati kau?"- Zali, sahabat bagaikan jelmaan arwah kembar Lea. Senantiasa ada di kala susah, senang, tawa dan nangis Lea. Hidupnya juga sama seperti 'diari' Lea. Antara fantasi cinta, syurga cinta dan cinta antara sahabat, Lea tersepit dengan ketiga-tiga lelaki yang datang padanya. Perkahwinan yang memerlukan kasih sayangnya berjaya mengikat satu perasaan baru yang sebenarnya indah. Heart beats fast... colour and promises. Lea Sophia - Lea, how to be brave? How can I love when I'm afraid to fall? ... Arghhhh!!! ... Zali.... I need you!!! Aku nak buat pengakuan! Dan kasih sayang yang ada pada Lea mula mewarnai hidupnya. "Sweet dream, dear. I love you for a thousand year and I will love you for a thousand more. Until jannah.." The day we met, Frozen I held my breath, Right from the start, I knew that I'd found a home for my heart... Beats fast. ********** Novel ini pernah diterbitkan di blog pada 2013 lagi namun wujud plagiat novel ini dlm Wattpad (sblm berpindah ke Wattpad). Namun plagiat tersebut telah dipadam selepas bbrp pembaca tegar novel saya telah membuat report. Dgn itu, saya upload semula novel ini utk tatapan bacaan pembaca setia saya. Terima kasih.
My husband Encik Tengku ✓ by Cahlips
27 parts Complete
Kahwin.Indah bunyi tapi lepas kahwin begitu banyak cabaran. Kahwin,tak pernah terlintas pada kamus hidupnya untuk berkongsi bumbung serta perjalanan hidup dengan seorang yang belum kenal.Karut itu yang dirasainya. Why the words it very simple? Aisy Humaira manis orangnya.Sopan santun,baik,pendiam.Tapi diam-diam tin biskut berisi.Dalam hidupnya tidak pernah dekat dengan mana-mana lelaki selain ayah dan abangnya. Datanglah lelaki paling perfect dalam dunia ni pun dia tolak.Bukan memikih baginya susah untuk percaya pada lelaki selepas peristiwa hitam berlaku pada dirinya.Sejak peristiwa itu,dia menjadi pendiam. "Abang tak buat lebih pun peluk sikit je" "Ab..abang ingat Allah kita ni.." "Diam!" Takut. Benci. Tengku Muhamad Ismail.Pendiam tapi sekali keluar kata-kata dari dua ulas bibir itu, Ya Allah bisa cairkan ais batu.Tapi muka kereknya hanya Allah saja yang tahu. Baginya wanita ini sama sahaja,inginkan dirinya kerana harta.Sudah 10 jenis yang dibawa keluarganya untuk dikahwinkan tapi semua ditolak.Dengan alasan yang agak sinis.Datang wanita yang bertutup lingkup seperti pontianak pun ditolak juga. Baginya perkahwinan bukan perkara yang dibuat main.Jadi dia ingin pilih sendiri teman hidupnya.Keluarganya juga sudah lelah dan hanya menanti khabar baik itu sendiri. "Manis" "Maaf Encik Tengku cakap apa?" Tapi,boleh kah Si Encik Tengku menerima sakitnya? Apakah keputusan si dara tentang lamaran si teruna? Apa nasib hidup lepas ni? Ya Allah, tolong lah permudahkan urusan hamba mu ini. Percaya atau redha. Hanya itu pilihan. Bismillahhirahmahnirahim🤍
You may also like
Slide 1 of 10
NuLaith Claire De Lune cover
WHEN HE FELL HARDER cover
Where Fates Began Again cover
【C】SABAR SEORANG LELAKI cover
BERUBAH cover
Ceritera Cinta Si Beradik cover
𝐑𝐀𝐍𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐘𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄 cover
0ne Step Closer cover
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed] cover
My husband Encik Tengku ✓ cover

NuLaith Claire De Lune

21 parts Ongoing Mature

Sebuah Kisah Yang Ditulis Oleh Seorang Penulis Berotak Songsang. AMARAN! Pembinaan Ayat Dalam Fict Ini Beterabur! NUR EZRA SYAFIRA. Seorang Perempuan Yang Dahulunya Pernah Menjadi Seseorang Yang Ceria. Namun,Setelah Berlakunya Suatu Insiden Yang Berlaku Padanya Di Usia 15 Tahun Hingga Menyebabkan Dia Sawan Dan Mempunyai Trauma Yang Kuat Terhadap Lelaki Telah Mengubah Personaiti Ceria Perempuan Itu Menjadi Dingin Dan Jarang Bercakap. Hinggakan,Dia Langsung Tidak Boleh Dekat Langsung Dengan Lelaki. Jika Ada Lelaki Mendekatkan Diri Padanya,Pasti Dia Akan Muntah Atau Pengsan Kerana Ia Telah Membangkitkan Semula Trauma Otaknya Terhadap Lelaki. Pernah Dia Cuba Untuk Mengambil Nyawanya Sendiri Tetapi Atas Ketentuan Ilahi Dia Masih Hidup. Segala Parut Yang Ada Di Tubuhnya Semuanya Ialah Kesan Kelaran Pisau. Di Pergelangan,Lengan Tangan,Kaki,Betis Dan Leher Mempunyai Kesan Kelaran. Dia Merasa Jijik Dengan Dirinya Sendira Setelah Insiden Itu. Dan Disebabkan Insiden Itu,Dia Hamil. Tetapi Nasib Baik Berpihak Padanya,Kerana Dia Mempunyai Tiga Orang Kakak Yang Menyayangi,Menyokong Dan Memahaminya Dan Secara Bertahap Dia Kembali Kepada Dirinya Yang Dahulu. Dia Melahirkan Seorang Bayi Lelaki Di Usianya 16 Tahun. Di Waktu Itu,Dia Merasa Sangat Bahagia. Namun,Kebahagiaannya Itu Tidak Berkekalan Lama Apabila Anaknya Dan Kakak Ketiganya Terlibat Dalam Kemalangan Yang Meragut Nyawa. Dia Kembali Menjadi Seseorang Yang Muram,Dingin Dan Traumanya Terhadap Lelaki Semakin Melarat. UNGKU' LAITH MIKHAIL. Sebaris Nama Yang Dibaca Indah Begitulah Juga Dengan Sang Pemilik Nama Ini. Seorang Jejaka Kacukkan Perancis Yang Secara Tidak Sengaja Terjatuh Cinta Dengan Perempuan Yang Bernama Nur Ezra Syafira. Dia Merupakan Seorang Usahawan Muda Yang Berhati Mulia. Dia Terima Segala Kekurangan Nurez. Dia Juga Mempunyai Latar Belakang Yang Teruk Iaitu Dia Pernah Dikasari Oleh ayahnya Hanya Kerana Dia Mendebik Adik Tirinya Sedikit.