Anggun, seorang gadis muda yang yang hidup dengan impian dan harapan untuk Menjalani kehidupan yang sempurna. Suatu hari, ia tidak menyangka bahawa takdir mempertemukannya dengan Haq, seorang komando tentera laut yang tegas dan penuh dengan rahsia. Pertemuan yang tidak disangka ketika mereka tertukar bagasi di lapangan terbang. Anggun yang baru pulang dari bercuti di luar negara tidak menyedari bahawa dia terambil bagasi yang bukan miliknya. Dari situ, bermulalah kisah yang tidak disangka menjadi lebih mendalam.
"Encik saya rasa kita tertukar beg"
- Anggun
"Lain kali mata tu tengok elok-elok ni main ambik je, aku dah lewat kau tahu tak?" - Haq
Haq, sikapnya yang tegas dan penuh dengan rahsia itu telah menyembunyikan banyak luka lama yang tidak diceritakan kepada sesiapapun. Namun, kehadiran Anggun telah memberi cahaya dalam hidupnya yang gelap. Mereka berdua membina hubungan yang penuh dengan cinta, tawa, duka dan kenangan indah yang tak dapat dilupakan.
Tetapi, cinta mereka diuji oleh takdir yang tidak dapat dielakkan ketika Haq dipanggil untuk misi penting yang melibatkan soal hidup dan mati.
Cerita ini dibuat secukup rasa. Manis, pahit, masam, masin, alkali semua ada! Harap dapat enjoy cerita ni. Terima kasih support!
! ini hanya rekaan semata ii dan imaginasi saya sahaja. tiada kena mengena yang telah hidup atau pun mati.
! update bila free..
! saya minta maaf awal ii jika cerita saya tersama dengan mana mana author dan jika ayat saya kurang benar dari segi bahasa dan aksara. ini hanya rekaan, REKAAN. tq
START: 24 MEI 25
END:
All Rights Reserved