We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
NOVEL ASMARA WIRA ZAFEERUL (BAKAL TERBIT)

NOVEL ASMARA WIRA ZAFEERUL (BAKAL TERBIT)

  • WpView
    Reads 104
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, May 27, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Wira Zafeerul, hidup dilimpahi kekayaan Tuan Karim sebagai anak tunggal lelaki itu. Kerana kelebihannya itu, dia berkuasa dalam menentukan hidup adik tirinya, Shahmi Lisanuddin yang sering membuat onar. Haifa Almas Abdullah, anak yang lahir sebagai anak tidak sah taraf tetapi hidup bahagia sebagai anak kepada Tan Sri Syed Riyadh dan Puan Sri Wan Ermina Lieya bersama adik-beradiknya yang lain. Namun, kehidupan senang Wira dan Haifa mula berubah saat mereka ke Singapura atas urusan kerja. Mereka terpaksa bersatu dalam sebuah perkahwinan setelah Haifa disahkan mengandung berpunca dari perbuatan jahat Shahmi dan emaknya, Puan Muna. Kedua-duanya berdendam dan membenci kesempurnaan hidup Wira dan Haifa. Shahmi dan Puan Muna tidak pernah bersyukur dengan nikmat kekayaan yang diberikan oleh Tuan Karim. "Apa yang you nak buat untuk bantu I?" - Haifa Almas "Jadi papa pada dia yang bakal lahir. Seperti bakal ibu bapa yang lain, tidak salah kalau kita rasa gembira dan teruja setiap kali bercakap pasal dia. Jangan jadikan dia mangsa pada setiap perbuatan orang dewasa." - Wira Zafeerul Ijab dan kabul mengikat mereka tanpa cinta dan tanpa restu dari Tuan Karim. Wira sentiasa di sisi Haifa yang masih takut dan trauma dibelenggu dengan kisah hitam itu. Kerana bila itu sudah berlaku, bermulalah hidup indah diganggu dengan mimpi-mimpi gelap. Tetapi, masih ada bahagia yang boleh mereka cipta. "You nak buat apa?" - Haifa Almas "I nak berkenalan dengan anak I, Haifa. Nanti dia tidak kenal suara papa dia bila dia keluar nanti." - Wira Zafeerul "You bercakap sejauh ini pun, dia belum dengar lagi. Anggota badan dia belum terbentuk." - Haifa Almas "Kalau macam itu, I manjakan mama dia dululah." - Wira Zafeerul Lantas, dapatkan dua jiwa bekerjasama membina bahagia? Tidak merasa nikmat bahagia cinta itu kalau seorang saja yang berjuang.
All Rights Reserved
#11
strangertolover
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Untuk Dia Selamanya | OG
  • Satu Bulan Untuk Dia
  • 𝐇𝐚𝐢𝐟𝐚 : 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐫𝐞 | C
  • [C] Cinta Awak SEPENUHNYA
  • Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)
  • Berikan Aku Bahagia[UnEdit]
  • Beautiful Suffering
  • Dia, Mimpi Sempurna (Completed)
  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka

Kasyal Zafildan ℘ Tara Ezmilda Tara Ezmilda. Seorang gadis yang hidupnya cuma sederhana. Sejak ibu tiada, dia sudah terbiasa menurut dan berdiri sendiri. Cinta tidak pernah menjadi keutamaan. Namun, semuanya berubah apabila seorang lelaki berhati mulia hadir dalam hidupnya. Dialah, Kasyal Zafildan. Seorang pemuda yang baru sahaja dilukai. Tetapi, setiap kali Tara memerlukan seseorang, dia ada. Dia tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu, bukan hanya sekadar rahsia tetapi luka yang mendalam. Nekad, dia mahu menjadikan gadis itu sebagai isterinya, melindungi dan membahagiakannya. "Saya rasa saya selalu bawa masalah pada awak. Saya takut awak menyesal sebab terima saya sebagai isteri awak." - Tara Ezmilda "Kalau abang boleh putar masa dan kalau abang boleh pilih semula siapa yang abang nak sebagai isteri abang, seratus peratus abang tetap akan pilih sayang. Dan selamanya abang akan tetap pilih awak, sayang." - Kasyal Zafildan Bersama Kasyal, dunia Tara terasa lebih cerah. Ada tawa tanpa dipinta, ada lirikan mata yang berbicara tanpa suara. Dan kerana itulah, dia mula sedar bahawa hatinya yang dahulunya tertutup rapat, kini telahpun terbuka. Tetapi dunia mereka bukan hanya tentang cinta berdua. Ada luka lama yang belum sembuh dan ada manusia di sekeliling yang tidak pernah berhenti menyakiti. Sejak kecil, Tara dibesarkan dalam bayang-bayang ibu tiri yang melihatnya bukan sebagai keluarga tetapi sebagai beban. Meskipun begitu, bagi Kasyal, kasih sayangnya bukan hanya untuk menampung kekurangan Tara tetapi untuk menyembuhkan hati gadis itu yang telah lama dibiarkan sakit. Dia tidak sekadar ingin menjadi seorang suami tetapi menjadi pelindung dan tempat pulang yang isterinya tidak pernah ada. Namun, mampukah cinta yang lahir daripada luka bertahan? Dan mampukah Kasyal terus mempertahankan Tara saat semuanya cuba menjatuhkan? "Untuk dia, tentang dia, yang namanya tidak akan pernah pudar."

More details
WpActionLinkContent Guidelines