Story cover for Jika Takdir Berkata Kamu by sketcyasmin
Jika Takdir Berkata Kamu
  • WpView
    Reads 71
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 14
  • WpView
    Reads 71
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 14
Ongoing, First published May 25
Nayla Nadira, seorang pelajar tahun kedua jurusan kewartawanan. Hidupnya biasa-biasa saja; bangun, solat, makan, belajar, bersosial ala kadar, siapkan assignment, tidur. Rutin yang sama berulang dari zaman UPSR hinggalah ke peperiksaan semester.

Namun, ujian kali ini rare species betul! Bukan dalam bentuk kertas, tetapi dalam bentuk susuk tinggi lampai berbangsa Cina di PBAKL. Saksi pertemuan mereka ialah sebuah novel rebutan yang hanya tinggal seunit di atas rak buku.

"Saya yang pegang dulu buku tu! Kira saya punyalah!" - Nayla Nadira

"Peluang dah ada depan mata, awak yang pilih nak tatap muka saya serupa bidadara jatuh dari langit. It's all about chance, sweetheart." - Alvin Zhang

Pertemuan pertama itu bagaikan telah menghamparkan tikar merah kepada pertemuan-pertemuan lainnya. Seperti Nick dan Judy dalam Zootopia, Nayla dan Alvin saling berganding bahu untuk mencapai misi peribadi.

"Saya tolong awak cari bahan tesis..." - Nayla Nadira

"Saya tolong awak tackle cinta hati awak; Zafran." - Alvin Zhang

Kemahiran kewartawanan Nayla sudah terasah tajam. Siapa saja sangka wawancara mengenai restoran elit boleh membuka pintu dunia yang lebih gelap? Penuh manipulasi, penipuan, pengkhianatan dan pertumpahan darah. Sikap tenang Alvin yang selama ini dipamerkan hanyalah abu yang menutupi bara dendam.

"I've been devoted myself to vengeance til this day." - Alvin Zhang

Di sela kekacauan, muncul entiti misteri dengan nama samaran Darkstorm. Entah dia rakan seperjuangan ataupun lawan yang menghancurkan. Dalam dunia gelap yang penuh tipu daya, kepercayaan berada di hujung tanduk.

"Kenapa awak pilih untuk percayakan saya? Alvin yang saya kenal lebih percayakan sistem." - Nayla Nadira

"Sekalipun awak lukakan saya, saya tahu awak tak ada niat." - Alvin Zhang

Adakah kedua-dua misi itu akan ditepati? Siapakah yang jujur dan siapakah yang bertopeng? Dan siapakah Darkstorm?
All Rights Reserved
Sign up to add Jika Takdir Berkata Kamu to your library and receive updates
or
#317family
Content Guidelines
You may also like
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
92 parts Complete
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
THE SPLIT : BRAHMS by CIK_ZALIKHA
33 parts Ongoing
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir aku dah boleh teroka semua bilik-bilik yang ada di dalam rumah ini tanpa takutkan lagi hukuman kerana melanggar peraturan. Bahkan, ada satu bilik berkunci ditingkat tiga yang tidak pernah terusik langsung. Buatkan aku diserang rasa curiga sekali lagi. Tetapi kata Bayan, ia cuma bilik kosong yang pernah menjadi milik seseorang suatu ketika dahulu. Siapa? "Betul ke kau tak nak teman aku pergi outstation? Macam mana kalau aku tiba-tiba rindukan isteri aku?."-BRAYAN "Betul. Awak janganlah risau. Saya pandai jaga diri. Lagipun, Elly kan ada untuk teman saya dekat sini."- NAYRA Selepas dia pergi meninggalkan aku dan Elly di rumah yang besar dan luas ini. Satu demi satu perkara pelik yang terjadi. Kadang-kala sampai buatkan Elly terjaga kerana bunyi seperti ada seseorang pecah masuk ke dalam rumah. Bila diperiksa, tiada apa-apa yang mencurigakan. CCTV pun tiba-tiba sahaja terpadam. Hendak pendekkan cerita, suatu malam. Semua persoalan kami sudah terbongkar. Muncul seorang figura bertopeng penuh misteri di dalam rumah milik Brayan. Yang peliknya tujuannya bukan untuk mencuri barang berharga di dalam rumah ini, tetapi... Aku. Akulah tujuannya. "I'm Brahms. B-R-A-H-M-S. Bram's. Akulah yang selamatkan kau masa kebakaran tempoh hari. Ops! Tak perlu ucapkan terima kasih. Aku buat semua tu, sebab aku gentleman." "Kenapa awak tak pernah bagitau saya awak ada personaliti lain?"-NAYRA "Sebab personaliti dia jauh beza dengan aku. Sejujurnya, aku malu bila jadi diri dia."-BRAYAN "Siapa pun nama yang keluar dari tubuh ni,aku tetap Brayan. Aku tak pernah sesekali anggap diri sebagai BRAHMS. Walaupun aku fikir aku orang lain, tapi perasaan disini tetap sama. Aku suami kau, yang cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa. Yang takkan sesekali biarkan kau terluka atau tinggalkan kau buat kali kedua."
BUKAN MALAIKAT MAUT [C] by by_asmirose
130 parts Complete
Syed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali menghantui dirinya. "No one is perfect but still I need to impress my lady, right? Saya cuba nak tolong awak sugar. Tak boleh ke? Kalau awak demam, lagi huru-hara hidup awak sebab saya memang akan dukung awak terus ke hospital." - SYED TAUFIQ CAZRAN Bayangkan daripada seekor singa berubah menjadi seekor anak kucing. Ya. Itulah personaliti Taufiq Cazran ketika berhadapan Indriana Athea. Malangnya, hubungan yang membibitkan perasaan halus itu tidak berkekalan. Gadis naif itu seringkali diburu ketakutan. Membiarkan sahaja Indriana dalam keadaan sebegitu? Tentu tidak. Malah melepaskan sebutir mutiara itu adalah pilihan terakhir buat Cazran. "Sorry awak. Tunggu beberapa minit lagi boleh tak? Saya ada hal mustahak ni. Lagi pun, masa makan malam kita belum sampai lagi kan? Can you enjoy your presents while waiting for me?" - SYED TAUFIQ CAZRAN "Fine. Saya tunggu. Awak lambat sepuluh minit, siap awak saya sekeh nanti." - INDRIAN ATHEA Bungkam. Bagaikan kisah khayalan kanak-kanak yang hanya mampu diharapkan tetapi mustahil untuk didapatkan. Gadis itu ditinggalkan dengan seribu satu persoalan. Bergantungan begitu sahaja sepanjang lima tahun penantian. "Awak ingat lepas lima tahun, saya akan lepaskan awak lagi ke? Never! I'll never leave you alone, Athea. All my life, I promise I'll protect you. Tak kira apa risikonya. Saya akan ambil." - SYED TAUFIQ CAZRAN "Boleh percaya ke kata-kata awak tu? Dulu pun awak cakap macam tu. Tak ada hasil pun. Malah, awak semakin menjauh." -INDRIANA ATHEA Tatkala Cazran datang dalam lelaki versi baharu, sanggupkah Indriana menerimanya untuk sekian kali? Atau membiarkan janji yang terlakar terkubur begitu sahaja?
Kerana 2 Cinta by ky0tymelon
45 parts Complete
Alana Sofea. Gadis ini mempunyai kisah silam yang gelap baginya kerana cinta. Perkahwinan nya dahulu dibatalkan gara-gara bekas tunangnya mempunya kekasih hati yang lain di universiti. Sejak dari hari kejadian dia sudah serik pada cinta. Tengku Daniel. Hadir sebagai penyeri hidup Alana. Jejaka ini juga yang memaksa gadis itu untuk 'date' sebagai bayaran ganti aiskrim nya. Dan dari situ tanpa mereka sedar, satu perasaan telah hadir dari sudut hati masing-masing. "Alang-alang free ni, jom lah kita terus date" -Daniel "Sekejap lagi saya ada wayang lah!" -Alana "Apa? Wayang?" -Daniel "Eh tak tak. Sayang lah. Awak silap dengar ni" -Alana Saat mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain. 'Bekas' tunang gadis itu datang menagih cinta yang dahulu. Bukan itu sahaja, gadis itu juga dipaksa kahwin dengan 'bekas' tunangnya dahulu oleh ibubapanya. "Dah ludah lepastu jilat balik" -Alana "Look, I'm so sorry okay honey? Kita start dari awal balik. I promise I'll never leave you anymore" -Hayyi "What do you want again Alana? U tu pegang tittle isteri orang tau tak ISTERI ORANG?! Don't make me terus berharap macam orang bodoh" -Daniel "Apa ni Hayyi?! Awak sendiri dah janji tak nak tinggalkan saya. Ni siapa ni? Siapa perempuan ni?!" -Alana Dapatkah Alana bersama cinta sejatinya? Atau, hidupnya akan terus bersama cinta pertamanya? 'Cinta pertama atau cinta sejati? Choose now' Highest ranking • 2 #cintasejati { 4/5/2020 } Highest ranking •3 #kembali { 18/4/2020 }
DIA PEMILIK HATI [C] by LeannaRose_
70 parts Complete Mature
[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan Germany yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang berada. Memiliki rupa paras yang cantik yang mampu memikat hati semua lelaki. HARRAZ DANIAL. Sesiapa yang terpandangkan raut wajahnya akan toleh untuk kedua kalinya. Handsome sangat! Jawatan CEO yang digalasnya membuatkan dia digilai ramai gadis, tapi bukan bagi Aulia. Setiap kali mereka berjumpa ada je pertengkaran. Masing-masing tak nak kalah. Dah macam anjing dengan kucing! "Eh you ni buta ke sampai orang kat depan mata you pun tak nampak ? Mata letak kat mana? Lutut hah?" - HARRAZ DANIAL "Siapa yang buta sekarang ni awak ke saya? Dia yang keluar lift tak tengok kiri kanan nak salahkan orang pulak." - AULIA SAFINNA Akankah mereka akan terus bertikam lidah bila peristiwa pahit telah menimpa Aulia sehinggakan Harraz membuat keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu untuk selamatkan maruah yang dah dinodai. Dan siapa sangka budak lelaki yang pernah selamatkan nyawa dia dulu adalah suaminya sendiri. "It's you abang, my little angel hero. Finally i found you back after 18 years." - AULIA SAFINNA Dan adakah mereka akan terus mengecapi kebahagiaan bila cinta sudah hadir dalam diri mereka bila munculnya orang ketiga dan orang keempat. "I tak akan lepaskan you Harraz. I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you balik! Itu janji i." - NATASYA "Dari dulu you hanya milik i Aulia. Kalau i tak dapat you, i akan pastikan sesiapa pun tak akan dapat you walaupun i kena bunuh sepupu i sendiri." - RAZIF ⚠️ No plagiat ⚠️ 💯 idea dari Leanna Rose
ZAYD GHIBRAN ||© by laurentjoon
55 parts Complete
Haura Dayana Zayd Ghibran One of the most lovely love story I've ever written. Haura Dayana. Dengar nama je dah tahu orangnya macam mana. Gedik! Diva! Semua gelaran yang sama maksud dengan dua perkataan itu adalah untuk dirinya. Oh dan, gadis ini juga jenis keras kepala dan manja! Tapi baik hati! Hm... macam mana tu? Sampailah satu saat... "You siapa?". - Haura Dayana "Saya bodyguard Cik Haura". - Zayd Ghibran Terkejut bukan kepalang Haura dibuatnya apabila dia dapat tahu yang ibu bapa dan abangnya menggajikan seorang bodyguard untuk dirinya. How ridiculous?! Sekejap Haura suka. Sekejap tak suka. Mana satu ni? "You ni memang takde perasaan ke?". - Haura Dayana "Sudah menjadi salah satu daripada tugas saya untuk bersabar dengan segala tingkah laku dan bicaranya Cik Haura ni". - Zayd Ghibran Nak tak nak, Haura kena la juga melekat dengan bodyguardnya ini seumur hidup! Dan nasibnya bertambah buruk apabila pada suatu saat, Ghibran muncul di tempat yang salah pada waktu yang salah membuka sebuah rahsia yang dianggap dusta oleh Haura. "Memang sampai mati aku akan benci kau, Ghibran". - Haura Dayana Tambah pula dengan sang Ghostface yang sibuk dan gigih mencari cara untuk melukai Haura. Siapakah figura di sebalik topeng karakter Ghostface itu? Betul ke Haura akan membencikan Ghibran sehingga akhir hayatnya? Kalau ya, apakah penyebab sebenarnya? Kalau tidak, kenapa? ⚠️ Ditulis di era saya malas menulis. Jadi untuk mengelakkan anda annoyed, tak payah baca pun tak apa T-T ⚠️ Ghibran is the biggest green flag after Daim Al Waqeel. ⚠️ MESSY STORYLINE ❗ Theme Songs: - Seluruh Cinta by Dato Sri Siti Nurhaliza ft. Cakra Khan - Untukmu Aku Bertahan by Afgan
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
71 parts Complete
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK) by Sella_Arsyilla85
49 parts Complete
Genre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang untuk menyimpul kasih antara anak gadis kesayangan dengan pemuda terbaik pilihannya. Namun ada musuh yang berdendam. Menghalang penyatuan Zara dan Zarul bersama. Tersimpulkah kasih antara mereka? Adakah cinta akan menghiasi perjalanan hidup mereka? Berjayakah rancangan Tan Sri Hakim untuk mengukuhkan empayarnya? Perlukah jiwa Zara menjadi korban? Cairkah hati dingin Zarul atau ini semua adalah pertaruhan untuk meraih keuntungan? "Zara, you cannot do this to me! I can't compete with a ghost inside your heart! You need to let me in. See me... as who I am." Zarul benci dijadikan sandaran hati Zara mengenang cinta matinya. Zarul perlu kan peluang. "Aduh! Dingin sungguh hati batu Mr Stone Cold! Macam-macam Zara dah buat, tapi kenapa dia masih marahkan Zara?" Zara sakit hati dilayan acuh tak acuh oleh oleh Mr Stone Cold, menantu pilihan Papa. 💖💖💖💖💖💖💖💖 2nd Novella written by Sella_Arsyilla85. This novella has a different flavour compared to my first written novella as it involves some action scenes, kidnapping, revenge. But don't forget the main genre is still romance. Hope you all enjoy reading my second novellas and I really appreciates if my beloved readers generously poke a 🌟🌟🌟 button for me and share your thoughts and comments too. Last but not the very least Love 💖 you all from the very bottom of my sincere heart ❣.
You may also like
Slide 1 of 10
THE RULES: BRAYAN [Complete] cover
Luka Yang Merubahku (Slow Update+In the Editing Process) cover
THE SPLIT : BRAHMS cover
BUKAN MALAIKAT MAUT [C] cover
Kerana 2 Cinta cover
DIA PEMILIK HATI [C] cover
Mengenali Hatinya (COMPLETE) cover
ZAYD GHIBRAN ||© cover
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| cover
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK) cover

THE RULES: BRAYAN [Complete]

92 parts Complete

"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"