[OG]CODE BLUE:JAGA HATINYA
39 parts Ongoing Saya cuma fellow, bukan Hero, tapi, kalau awak perlukan saya, saya ada~ Aidan
Saya belajar erti kehidupan di sini, tapi awak ajar saya erti cinta dalam diam~ Lily
Di hospital, Code Blue menandakan kecemasan yang memerlukan tindakan segera. Bagi Dr.Lily Zafreen, seorang doktor residen tahun ketiga, dalam bidang O&G, setiap hari adalah perjuangan menyelamatkan dua nyawa. Ibu dan bayi....dan hatinya?
Tenang, cekap, profesional. Dr. Aidan Harith, fellow O&G yang sentiasa hadir di saat residen di bawah pemerhatiannya berada dalam kecemasan. Namun di sebalik profesionalisme, tersimpan perasaan yang hanya disampaikan melalui usikan dan perhatian kecil yang sering tidak disedari seseorang itu.
Ketika tekanan memuncak dengan emosi yang bercelaru, Lily mula menyedari bukan hanya pesakit sahaja perlu diselamatkan.
Code Blue:Jaga Hatinya adalah kisah cinta ringan yang tumbuh di tengah-tengah situasi kecemasan tanpa disedari.