Daim Zahran pernah menjadi segalanya buat Nayesha Alya. Cintanya tidak sempurna. Mereka merancang masa depan, menulis angan-angan dengan janji suci. Namun semuanya dirampas sekelip mata apabila Nayesha terpaksa dikahwinkan dengan lelaki lain. Ithar Luth, pewaris empayar perniagaan, pilihan Datuk Seri Jalil, ayah Nayesha yang lebih mementingkan kuasa daripada kebahagiaan anaknya. Nayesha terpaksa lakukan semua ini demi untuk melindungi cinta pertamanya.
Hancur, Daim menghilang. Tujuh tahun dia mendiamkan diri, menyembunyikan luka, membina kekuatan dan membentuk dirinya menjadi lelaki yang lebih daripada cukup, berkuasa, berpengaruh dan berbahaya.
Nayesha pula tidak lagi hidup dalam istana kaca. Setelah Ithar meninggal dalam kemalangan tragis, dia membesarkan anak mereka, Nain Luth sendirian. Hidupnya berubah apabila dia bertemu kembali dengan lelaki itu. Dia bukan Daim Zahran yang pernah dia cintai.
Dia adalah lelaki yang menyimpan dendam.
Dia adalah lelaki yang tahu terlalu banyak.
Dan dia mungkin tahu rahsia sebenar di sebalik semua apa yang terjadi.
"Lepaskan saya, An. Tolong lupakan apa yang terjadi antara kita"- Nayesha Alya.
"Kau milik aku. Dan aku akan pastikan... tak ada siapa akan rampas hak aku lagi"- Daim Zahran.
Daim tidak hanya ingin menuntut hak. Dia mahu Nayesha membayar segala kehilangan, penghinaan dan luka yang tak pernah sembuh. Tapi di sebalik semua kemarahan itu, satu rahsia disembunyikan. Tentang satu kebenaran hitam yang Daim simpan demi menyelamatkan Nayesha atau menghancurkannya ?
Antara cinta dan dendam, antara kasih dan kuasa, siapakah yang akan kalah dalam permainan yang penuh racun ini ? Kerana dalam permainan milik dendam, tiada yang benar-benar bebas.
"Sampai mati aku akan ingat segala hinaan dilempar pada diri aku"- Daim Zahran
AMARAN ⚠️
Pengenalan sudah cukup membuatkan badan meremang dan air mata mengalir.
Cerita ini akan membuatkan emosi anda tidak stabil. Jikalau anda tidak kuat, jangan baca.
_______ ✨🦋✨ _______
- THE LAST LOVE FOR US -
Arainna Asheera, mungkin lebih di kenali sebagai Nana. Hidupnya tidak seindah gadis yang lain. Dari kecil lagi dirinya perlu merasai pahitnya kehidupan.
Qarizh Damien. Seorang lelaki yang amat Arainna cintai. Tapi hatinya sakit apabila mendengar tentang lelaki itu sudah tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga.
Tapi siapa sangka? Larilah sejauh mana pun ia. Kalau sudah tertulis lelaki itu untuk Arainna. Tiada sesiapa yang boleh menghalang lagi.
Arainna sudah sah menjadi milik Qarizh Damien. Di awal perkahwinan hanya indah saja. Tapi tanpa gadis itu sedar. Sang suami telah merancang satu pelan kejam untuknya.
Apabila terbongkar satu kisah silam sang isteri. Arainna tidak lari dari di hina dan di caci oleh sang suami.
" Aku haramkan engkau bin atau bintikan anak tu dengan nama aku!" - Damien.
Cinta? Di sebabkan cinta, Arainna hampir meragut nyawa seorang gadis yang amat dicintai oleh suaminya. Nur Haellyzar.
" Kalau kau sentuh Elly, aku akan hancurkan hidup kau. Kau kenal akukan?" - Damien.
Kejadian gila yang di rancang oleh Arainna telah membongkarkan satu persatu pelan kejam yang di rancang oleh suaminya.
" Adik tahu adik banyak sangat buat dosa. Tapi tak layak ke adik untuk berubah? Kenapa dia buat adik macam kucing kurap? Adik benci dia, abah! Dengan nama Allah. Adik benci dia!" - Arainna.
Apabila ingin hidup dengan cara sendiri dan ingin mencari bahagianya sendiri. Ada saja yang meminta peluang kedua.
" Sayang... Tak layak ke abang untuk jadi ayah kepada anak ni?" - Damien
" Anak ni tak hadaplah nak ada bapak yang tak bertanggungjawab macam kau!" - Arainna.
Plan kejam apa yang telah di rancang oleh Damien sehingga membuatkan gadis itu susah untuk memaafkan dirinya kembali?
_______ ✨🦋✨ _______