"Cinta ini bukan fitrah. Ia penyakit. Dan aku pesakit paling setia."
Reza Harith. Pensyarah Psikologi. 33 tahun. Wajah bersih, tutur kata tenang dan idola rahsia para pelajar. Tapi di balik spek jernih itu, tersembunyi trauma berdarah: seorang anak lelaki yang pernah melihat ayahnya membunuh ibunya si tukang jahit hanya dengan gunting lama dan sepasang mata yang dikorek sebagai 'hadiah cinta yang dikhianati'.
Reza membesar di rumah anak yatim, berteman dua nama, Azfar dan Ghibran yang kini kawan paling setia. Tapi di hati Reza, ada sumpah gelap: setiap gangguan layak hilang mata. Setiap obsesi layak disimpan rapi. Dan di balik dinding bilik rahsianya, tersusun koleksi bola mata bukti bahawa cinta baginya bukan rasa, tetapi terapi berdarah.
Raesa Inara, 33. Gadis manis yang bertarung dengan bipolar disorder. Kekasih sahabat baiknya sendiri. Tapi bagi Reza, Raesa bukan sekadar perempuan. Dia nadi obsesi, kajian hidup, warisan darah. Reza tahu bila Raesa menangis. Tahu bila Raesa mahu mati. Dan bila Raesa tersenyum... Reza tahu senyum itu tak pernah layak untuk sesiapa kecuali dia.
Dalam dunia Reza Harith, cinta bukan sekadar perasaan, ia cinta adalah kuasa, luka, dan darah. Dan bila dia sudah memilih, hanya seorang akan hidup dalam kenangan. Yang lain? Akan hanyut bersama gunting berkarat dan bola mata terakhir.
𝚔𝚊𝚛𝚢𝚊 𝚔𝚎𝚝𝚒𝚐𝚊 𝙱𝚎𝚕𝚕𝚊𝚌𝚡𝚛𝚎!
𝐀𝐮𝐫𝐨𝐫𝐚 𝐖𝐫𝐞𝐧𝐟𝐢𝐞𝐥𝐝 & 𝐗𝐚𝐯𝐢𝐞𝐫 𝐃𝐮𝐬𝐤𝐰𝐨𝐨𝐝.
"Cinta obsesi? benar, aku mencintainya dan tiada sesiapa akan mengambilnya daripada aku."
Di tengah belantara sunyi yang jauh dari tamadun, sekumpulan remaja datang untuk berkhemah dan mencari ketenangan-namun mereka tidak tahu, hutan itu sudah pun memiliki penghuninya sendiri.
𝐀𝐮𝐫𝐨𝐫𝐚 𝐖𝐫𝐞𝐧𝐟𝐢𝐞𝐥𝐝, gadis yang tenang dan suka menyendiri, tidak sedar dia sedang diperhatikan oleh mata yang haus darah. 𝐗𝐚𝐯𝐢𝐞𝐫 𝐃𝐮𝐬𝐤𝐰𝐨𝐨𝐝, seorang lelaki misteri yang tinggal di dalam hutan, telah lama menjadi bayang-bayang yang memburu mangsanya. Tapi kali ini... dia tak mahu membunuh semua. Hanya yang mengganggu.
Aurora telah mencuri perhatiannya-bukan sebagai mangsa, tapi sebagai miliknya. Obsesi gelap mula bercambah dalam diri Xavier, dan dari balik rimbunan pohon, dia merancang sesuatu yang lebih kejam daripada sekadar pembunuhan.
Kerana cinta dari seorang pembunuh... takkan pernah membawa jalan keluar.
Start : 21/04/2025
End : 25/05/2025