Cinta Yang Menuntunku Sujud.

Cinta Yang Menuntunku Sujud.

  • WpView
    Reads 0
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, May 30, 2025
Dia datang bukan dengan janji manis atau lafaz cinta tapi dengan akhlak yang menenangkan jiwa. Tanpa sedar, aku mula berubah. Dari seorang perempuan yang hidup tanpa arah, menjadi seorang wanita yang perlahan-lahan belajar kembali mencintai Tuhan. Perkenalan kami bukan satu kebetulan. Ia adalah susunan rapi dari Tuhan hadirnya dia adalah rahmat yang membuka mata, menggugah hati, dan mengetuk pintu-pintu taubatku. Tidak pernah memaksa, tidak pernah menghukum. Tapi setiap tutur katanya, setiap tindakannya, adalah dakwah yang hidup. Namun, cinta manusia... bila terlalu kuat, kadang membawa kita lupa siapa pemilik sebenar rasa itu. Kami hanyut. Kami lalai. Dan akhirnya, Tuhan memisahkan kami bukan untuk menghukum, tapi untuk menyelamatkan. Dalam kehilangan, aku temui kekuatan. Dalam perpisahan, aku belajar mencintai Tuhan melebihi segala-galanya. Dia bukan lagi sekadar lelaki yang aku sayangi dia adalah tanda dari Tuhan, bahawa kadangkala, cinta hadir bukan untuk dimiliki, tapi untuk menyedarkan. Ini adalah kisah tentang cinta yang tidak berakhir di pelamin, tapi berakhir di atas sejadah. Sebuah perjalanan pulang... kepada Tuhan.
All Rights Reserved
#439
kehidupan
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Dia Untuk Aku
  • Sungguh Ku milikmu, Kau milikku...
  • Sembuh
  • Bawa Pergi Cintaku [TERBIT]
  • MUHASABAH CINTA
  • ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C]
  • Gus Alfin, Pejuang Cinta Halal Di Ujung Hilal (TERBIT)
  • Milik Zuyyin Safiyya

BIARLAH masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kisah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak... tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama. Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya di saat dia sedang berjalan di altar dalam penikahan mereka. Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan airmata mama menitis. Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyad... dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti. "Awak terlalu tualah untuk saya..." - Johanees "Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?" - Taufiq "Boleh tapi tidak pada saya..." - Johanees "Saya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak..." - Taufiq Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi, sayang keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu tinggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang telah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip di saat menyatakan perpisahan. "Kenapa?" - Taufiq "Saya bukan perempuan baik..." - Johanees Jatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu... mengemudi bahtera cinta bersama wanita ini tidak semudah seperti dia kemudi bahtera perang di tengah samudera. Adakah takdir cintanya juga seganas ombak dilautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti.

More details
WpActionLinkContent Guidelines