Di Sebalik Uniform  | COMPLETE

Di Sebalik Uniform | COMPLETE

  • WpView
    Reads 14,587
  • WpVote
    Votes 742
  • WpPart
    Parts 91
WpMetadataReadComplete Fri, Oct 3, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Action and Thriller
Start: 31.5.2025 End: 3.10.2025 FIRST STORY Kapten Tengku Aiman Harris adalah seorang pegawai tentera yang garang, tegas dan sangat berdedikasi pada tugas. Beruniform penuh disiplin, bersuara lantang dalam perintah, dan jarang tersenyum. Namun di sebalik setiap langkahnya yang penuh arah, tersimpan satu rahsia: hatinya hanya berdetak untuk seorang gadis yang tidak dijangka akan mengubah seluruh dunianya Nur Alara Medina binti Dato' Zayn Arzhel. Alara bukan wanita biasa. Dilahirkan dalam keluarga ternama, punya pendidikan tinggi dan kecantikan semula jadi. Tapi bukan itu yang buat Aiman jatuh. Sebaliknya, keberanian Alara, lidah pedasnya yang tak pernah tunduk walau berdepan dengan Kapten tentera, serta keteguhan prinsipnya . terus terpesona dalam diam. Pertemuan demi pertemuan, rasa demi rasa mula tumbuh. Aiman mula mengenali sisi lembut Alara di sebalik ketegasan wajahnya. Alara pula mula menyedari bahawa di sebalik wajah serius Aiman, tersembunyi lelaki yang sangat melindungi, penuh rasa tanggungjawab dan... sangat penyayang. "Awak tahu tak, Alara? Dalam ribuan bidadari yang saya pernah bayang... tak ada satu pun seindah awak. Awak bukan sekadar cantik awak tenangkan jiwa saya." -Aiman "Saya bukan lelaki yang pandai berkata manis, Alara. Tapi dengan awak, hati saya belajar berbicara." - Aiman "Awak bukan sekadar Kapten saya. Awak ketua dalam hidup saya, dan saya rela ikut awak ke mana sahaja." - Alara Kehidupan selepas perkahwinan semakin mencabar apabila Alara disahkan mengandung. Dalam keadaan dirinya sedang diburu, dalam keadaan Aiman pula terpaksa berulang ke medan tugas, Alara tetap gagahkan diri. Kerana kini dia bukan lagi hanya isteri tapi bakal ibu kepada anak pewaris cinta mereka. "Di Sebalik Uniform" adalah kisah cinta penuh debar, penuh air mata dan senyuman. Kisah seorang Kapten tentera dan seorang wanita berjiwa pahlawan, yang bersama menempuh gelombang hidup - hingga ke akhir nyawa.
All Rights Reserved
#158
tentera
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C]
  • Her Simplicity, His Grace
  • Dia Cinderella Amanda [TERBIT]
  • NAFAS CINTAKU YANG TERAKHIR
  • Love Is Cruel ✔️
  • Menagih Kasih (C)
  • Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
  • AYLA'S COMMANDO | HIS LUNA MIA
  • Berikan Aku Peluang Kedua Sayang...
  • C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
  • SUAMIKU JIRAN SEBELAH
  • ADRIEL'S : His Dearest Destiny (TERBIT)
  • Tanganmu Aku Gapai
  • Meliana and the man behind the commando mask.
  • Bidadari Syurga Tengku Zafryn
  • ISTERI SEORANG TENTERA
  • Perempuan Terakhir | OG

Satu kejadian yang berlaku membuatkan kedua-dua insan itu bertemu. Nur Maisarah Azzahra seorang wanita yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan sedang mencari pekerjaan. Dirinya yang dianggap serba tidak guna dan dibesarkan dengan penuh kebencian oleh darah daging sendiri. Kematian ibubapa diusia yang muda membuatkan Zahra membesar tanpa mengetahui apa itu rasa disayangi atau dicintai. Dirinya mengunci pintu hati bagi mengelakkan dari terluka. Tengku Mikhail Al-Fateh, seorang jejaka yang mengambil alih syarikat keluarganya setelah pulang dari negara itali. Dikelilingi oleh orang yang tersayang membuatkan dirinya menjadi seorang yang disenangi oleh ramai orang. Hidupnya yang dikelilingi oleh lelaki selain ibunya membuatkan Fateh menjadi kekok apabila bertemu dengan mana-mana wanita. Lebih mementingkan keluarga serta kerjayanya berbanding orang luar yang tiada kaitan dalam kehidupannya. Hadirnya Zahra dalam kehidupannya membuatkan jejaka itu menjadi tidak keruan. Tembok yang didirikan Zahra membuatkan Fateh ingin mengenali wanita itu dengan lebih lagi. "Jurang antara kita terlalu besar encik, bukan saya yang sepatutnya encik berikan kata-kata tersebut..." - Zahra "Awak takkan dapat ubah apa yang saya rasa zahra, hanya awak untuk saya..." - Fateh Takdir telah menemukan mereka semula dibawah satu ikatan. Fateh berusaha untuk meruntuhkan dinding yang berada diantara mereka. "Zahra taknak kecewakan abang, izinkan Zahra untuk berundur diri sebelum abang terluka..." - Zahra "Biarkan abang masuk dalam hati sayang, biar abang leraikan rantai yang membelit hati awak supaya abang dapat tunjuk yang hanya Nur Maisarah Azzahra akan menjadi bidadari syurga abang..." - Fateh Adakah takdir telah tertulis buat mereka? Apakah yang akan berlaku? Bolehkah Fateh membuka pintu hati Nur Maisarah Azzahra untuk mengenali apa itu cinta? Start: 24 September 2024 End: 1 September 2025

More details
WpActionLinkContent Guidelines