Story cover for Kau Yang Dicari by hmznhfdh
Kau Yang Dicari
  • Reads 45
  • Votes 2
  • Parts 6
  • Reads 45
  • Votes 2
  • Parts 6
Ongoing, First published Jun 01
Kisah percintaan 2 graduan negara Timur Tengah yang membuka semula kisah yang lama terkubur. Namun untuk ke arah itu mereka mengharungi pelbagai cabaran yang pelik dan mengganggu mereka sepanjang tempoh taaruf mereka. Adakah mereka bertahan atau lembaran kisah ini terkubur semula?
All Rights Reserved
Sign up to add Kau Yang Dicari to your library and receive updates
or
#11malaybook
Content Guidelines
You may also like
Always, you... by EmbunKurnia
57 parts Ongoing
SINOPSIS Langit malam itu gelap pekat, seakan merestui perasaan yang berselirat dalam jiwa Khayra. Dalam genggaman erat stereng kereta, dia cuba menenangkan debar hatinya yang kian menggila. Danish, lelaki yang sepatutnya menjadi suaminya dalam dua hari lagi, tiba-tiba menghilang tanpa sebarang penjelasan. Panggilan demi panggilan tidak berjawab, meninggalkan hanya kekosongan dan tanda tanya yang menghimpit. Namun, rahsia yang lebih besar sedang menanti. Sebuah rumah, sepucuk surat, dan satu keputusan yang merobek seluruh jiwanya-Danish memilih untuk pergi. Bukan sehari dua, bukan untuk mencari ruang, tetapi untuk meninggalkan segala-galanya. Ireland menjadi destinasinya, dan Khayra? Hanya ditinggalkan dengan nota perpisahan yang dingin dan penuh tanda tanya. Tapi tidak. Khayra tidak akan menyerah semudah itu. Tidak tanpa jawapan. Dengan langkah yang dipandu oleh emosi dan hati yang remuk, dia menjejaki lelaki itu hingga ke lapangan terbang. Namun, saat mata mereka bertemu di pintu pelepasan antarabangsa, jawapan yang dia harapkan bertukar menjadi luka yang lebih dalam. Apa yang membuat Danish berubah hati? Apa yang begitu besar hingga dia sanggup melarikan diri daripada sebuah ikatan yang sepatutnya menjadi titik bahagia? Adakah ini tentang dirinya... atau sesuatu yang lebih gelap sedang bersembunyi di balik keputusan Danish? Saat cincin tunang itu melayang jatuh ke lantai, Khayra yakin segalanya telah berakhir. Tetapi dia silap-kerana kisah mereka baru sahaja bermula. Sebuah kisah cinta yang bukan sekadar tentang kehilangan, tetapi tentang rahsia, luka, dan takdir yang tidak terduga.
Atas Nama Cinta by meyolali
65 parts Complete Mature
Adreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enterprise miliknya yang di usahakan sendiri di tolak mentah-mentah buatkan gadis dominan seperti Adreena Taalia rasa di cabar! Hanz Eidlan pula yang jual mahal. Bagi lelaki itu gadis seperti Cik Adreena Taalia bukan untuk dirinya kerana dia kurang gemar dengan sikap dominan gadis itu yang mengejar cintanya walaupun di tolak mentah-mentah tanpa mempedulikan maruah diri sendiri buatkan dia tidak tertarik akan gadis seperti itu. Lagi pula mereka tak setaraf. Dia bukan sesiapa malah gadis itu mempunyai segalanya! Entah bagaimana mereka boleh bersatu. Di sisi Adreena Taalia gadis itu bersyukur dapat memiliki cinta hatinya di sisi Hanz Eidlan pula dunianya bagaikan terasa terhenti! Adreena Taalia gila dan tamak lagi-lagi sikap dominan perempuan itu buatkan Hanz Eidlan jauhkan diri setelah di lukai hebat oleh isterinya. Hanz Eidlan tahu dari awal dia tak pernah layak untuk Adreena Taalia. Biarlah semua apa yang terjadi di terima sebagai ujian untuk dirinya supaya sedar yang hubungan ini tidak patut di teruskan lagi. Dia hanya kuat kerana bonda dan adik-adiknya sahaja dan biarlah Adreena Taalia isterinya mencari kehidupan yang perempuan itu mahukan. Dia rela..... Bagi Adreena Taalia pula perginya sang suami bermakna pergilah juga separuh nyawanya yang selama ini dia harapkan untuk terus bersama Hanz Eidlan sehingga ke syurga. Adreena Taalia sedar suaminya membawa diri di asbabkan ketamakan diri sendiri yang ingin mengukuhkan kedudukanya di mata dunia. Dan dia juga sedar kelakuan dia telah merobek hati sang suami......dapatkah Adreena Taalia merebut cinta Hanz Eidlan semula setelah lelaki itu tekad untuk berpisah dengannya? "Pergi Adreena. Pergi kejar dunia awak!" Hanz Eidlan. "Jangan tinggalkan I Hanz...." Adreena Taalia.
Bittersweet [B2]  by haniswrite
56 parts Complete
﷽ 𝑩𝒐𝒐𝒌 𝑰𝑰 𝒐𝒇 𝑩𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑪𝒐𝒍𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒘𝒊𝒕𝒉 @𝒊𝒄𝒉𝒂𝒍𝒎𝒉 Beberapa tahun berlalu, kisah mereka yang belum dimulakan sudah terhenti. Awan juga sudah lelah meneka hati dan perasaan dua jiwa ini. Ada permulaan yang belum bertemu pengakhiran. Dan, ada beberapa soalan yang masih belum terjawab. Mungkin, masa yang akan menentukan apabila dua insan ini bersatu. Ada jiwa-jiwa yang masih belum pulih, ada jiwa yang masih belum mengenal bahagia. Jadi, kisah ini masih belum berakhir dengan lekas. Di bumi Kemboja, ada dua pasang mata yang kembali berlabuh pada hati yang tepat atas aturan Ilahi. Siapa sangka di misi kemanusiaan itu, Tuhan mengizinkan mereka bertemu? "It's nice seeing you laugh. Lagi-lagi bila saya penyebabnya." - Wafdan Imdad. "Awak sihat ke tidak ni?" - Wafiyyah Ilhami. Siapa sangka juga salah seorang di antara mereka mula menyedari perasannya? Ya, kerana yang Di Atas Sana maha membolak-balikkan hati serta perasaan mereka. Cuma untuk membina rumah ia memerlukan dua hati yang kukuh, supaya di lain hari rumah itu tidak akan roboh. Sehingga nanti badai menghentam, mampukah mereka bersabar dengan canda gurauan kehidupan? Wahai semesta, jiwa-jiwa ini layak mendapat bahagia. "Untuk seribu tahun pun lagi, mampukah awak bersabar dengan kita?" - Wafdan Imdad. p/s ; ini merupakan kisah sambungan buku Bittertruth, sila baca buku satu dulu untuk mengelakkan sebarang kecelaruan. "If you are reading this story on any other platform other than Wattpad you are very likely to be at risk of a malware attack. If you wish to read this story in it's original, safe, form, please go to www.wattpad/user/haniswrite. Thank you." FEB 2022 @haniswrite @ichalmh
SAAT KASIH BERSEMI by Damya_Hanna
18 parts Complete
NUR DHUHA tidak pernah mengharap derita sepanjang hidupnya. Namun telah ditentukan nasibnya sering dirundung malang. Mahu atau tidak, kehidupannya perlu diharungi demi mencari secebis kebahagiaan. Berbeza dengan Syamir yang hidupnya disaluti kemewahan. Dia yakin semua akan tunduk pada telunjuknya. Cuma Nur Dhuha satu-satunya insan di muka bumi yang tidak peduli pada statusnya menyebabkan dia tegar memburu gadis itu. Dendam Syamir terhadap Nur Dhuha begitu mendalam walau episod duka mereka sudah berlalu bertahun lamanya. Sungguh, dia belum puas menyeksa gadis itu. Pertemuan semula dua musuh tradisi menyebabkan Nur Dhuha hilang arah. Mental dan fizikalnya didera seakan dia tidak layak menikmati hidup ini. Pun begitu, bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang digores lelaki itu berulang kali dirawat sendiri. Tetapi tahap kesabarannya ada batasan. Lantaran itu, Nur Dhuha cuba mencari kebebasan demi meraih ketenangan yang hakiki. Setelah Nur Dhuha pergi membawa diri, keegoan Syamir bagai diragut. Benarlah kata pepatah, benci tandanya sayang. Betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai bila kita kehilangannya. Hari demi hari, Syamir mula mengesan perubahan dirinya. Nur Dhuha menjadi punca hatinya goyah dan rapuh. Rupa-rupanya ada kasih yang datang bersemi tanpa disedari. Lantas Syamir nekad menjadi pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah ruang untuk Nur Dhuha mengecap bahagia biarpun dirinya sering kali dilimpahi derita?
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT] by missdiraa
19 parts Complete
𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐔𝐤𝐚𝐢𝐥 | 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧 Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan. Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berlalu, mahligai yang dibina musnah akibat dengki dan jahilnya manusia. Dikhianati oleh sahabat baik dan dibuang oleh lelaki yang cintai. Sakitnya luar biasa. Namun siapa sangka, aturan Dia itu begitu indah hingga membawa kebangkitan Rose Aralyn ke laluan yang benar. "Saya tak perlukan duit. Saya cuma perlukan ilmu dan usaha. Duit hanya buat orang tamak dan saya tak nak jadi orang yang tamak." - ROSE ARALYN Benarlah kata orang, kesabaran mampu mematangkan diri. Dua tahun menjadi pengajaran di dalam hidup sehinggalah... "Melampau? Betul, saya memang dah melampau. Tapi saya nak betulkan semula apa yang silap dulu. To let you go is my biggest regret. Even if you insist to go, I should have stayed with you." - AMMAR UKAIL Satu pertemuan membawa jiwa Rose dan Ammar ke masa lalu. Tidak cukup itu, datang seseorang yang pernah menghancurkan mereka kembali membuat onar. "Tak payah acah-acah nak datang sini, jalang!" - NUREEN RAUDHAH Kendala membawa mereka patah dan kecewa kembali. Akankah ada sirna menanti, jika penghujungnya terselit nyeri? Mampukah jiwa bertahan di dalam dunia yang terlihat kejam ini? "Im not sure I can be happy without you. Kalau kau nak pergi, silakan. Tapi jangan pernah minta aku untuk lupakan kau." - AMMAR UKAIL Kehendak kita adalah harapan yang biasa. Kehendak-Nya adalah kepastian yang luar biasa. "Kerana perpisahan itu, mengajar siapa saya yang sebenarnya..."
You may also like
Slide 1 of 8
Always, you... cover
Kali Kedua cover
Atas Nama Cinta cover
Bittersweet [B2]  cover
SAAT KASIH BERSEMI cover
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT] cover
Kembalikan Cinta cover
Neighbours With Benefits (18+) cover

Always, you...

57 parts Ongoing

SINOPSIS Langit malam itu gelap pekat, seakan merestui perasaan yang berselirat dalam jiwa Khayra. Dalam genggaman erat stereng kereta, dia cuba menenangkan debar hatinya yang kian menggila. Danish, lelaki yang sepatutnya menjadi suaminya dalam dua hari lagi, tiba-tiba menghilang tanpa sebarang penjelasan. Panggilan demi panggilan tidak berjawab, meninggalkan hanya kekosongan dan tanda tanya yang menghimpit. Namun, rahsia yang lebih besar sedang menanti. Sebuah rumah, sepucuk surat, dan satu keputusan yang merobek seluruh jiwanya-Danish memilih untuk pergi. Bukan sehari dua, bukan untuk mencari ruang, tetapi untuk meninggalkan segala-galanya. Ireland menjadi destinasinya, dan Khayra? Hanya ditinggalkan dengan nota perpisahan yang dingin dan penuh tanda tanya. Tapi tidak. Khayra tidak akan menyerah semudah itu. Tidak tanpa jawapan. Dengan langkah yang dipandu oleh emosi dan hati yang remuk, dia menjejaki lelaki itu hingga ke lapangan terbang. Namun, saat mata mereka bertemu di pintu pelepasan antarabangsa, jawapan yang dia harapkan bertukar menjadi luka yang lebih dalam. Apa yang membuat Danish berubah hati? Apa yang begitu besar hingga dia sanggup melarikan diri daripada sebuah ikatan yang sepatutnya menjadi titik bahagia? Adakah ini tentang dirinya... atau sesuatu yang lebih gelap sedang bersembunyi di balik keputusan Danish? Saat cincin tunang itu melayang jatuh ke lantai, Khayra yakin segalanya telah berakhir. Tetapi dia silap-kerana kisah mereka baru sahaja bermula. Sebuah kisah cinta yang bukan sekadar tentang kehilangan, tetapi tentang rahsia, luka, dan takdir yang tidak terduga.