[ ADHAM UKASYAH X KAYRA ARISSA ]
Dek patah hati apabila si cinta hati sudah punya keluarga sendiri, perjodohan yang diaturkan oleh si ibu diterima tanpa sebarang bantahan. Semua urusan sekadar diserahkan kepada pihak yang ingin terlibat, yakni bukan dirinya.
Kayra Arissa, gadis yang diakad sebagai isteri. Perwatakannya manis dan lemah-lembut. Sifat pemalunya menyebabkan dia sukar mahu mendekati Adham yang tampak seperti tidak beriak.
"Kenapa belum makan lagi?"
"Suapkan aku. Tak laratlah."
Tipulah jika sedikit pun hati Adham tak tercuit dengan Kayra. Isterinya yang pemalu, dia pula semakin suka menyakat. Rona merah menyala di wajah putih pucat Kayra buatkan hatinya mencair berkali-kali.
"A... awak buat apa ni?"
"Nak goda sayang, boleh?"
Biarlah jika Kayra tak mahu menggodanya. Biar dia saja yang pikat gadis pemalu itu sehingga satu masa nanti, sedikit pun Kayra takkan mampu menjauh darinya.
start : 14 Jun 2025
end : ?!
status : on-going