Story cover for THE ETHEREAL DOCTOR | OG by Hazreth2U
THE ETHEREAL DOCTOR | OG
  • WpView
    Reads 510
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 15
  • WpView
    Reads 510
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 15
Ongoing, First published Jun 01
Mature
#1st The last men series

Untuk pembaca Matang ⚠️

Dalam kegelapan malam yang sunyi, jiwa-jiwa yang terluka bersuara, bisikan yang memecah keheningan, bayangan yang menghantui minda.

Puteri Adriana, seorang gadis muda yang terperangkap dalam labirin suara-suara ghaib, bergelut dengan kesunyian yang menyakitkan dan realiti yang kabur. Tiap malam, dia berperang melawan bayang-bayang dalam fikirannya, suara-suara yang tidak mahu berhenti, dan ketakutan yang meresap jauh ke dalam relung hati.

Di tengah kekalutan itu muncul Dr. Niyaz Ghazwan, seorang psikiatri muda dengan masa lalu penuh luka, fighter MMA sejak usia belasan tahun, kini membawa kekuatan dan ketenangan untuk menyelamatkan jiwa-jiwa yang hampir tenggelam. Dari amarah dan duka, dia memilih menjadi penyelamat, bukan pejuang yang melawan dengan tangan kosong.

"Saya pesakit gila ke sekarang?"
- PUTERI ADRIANA 

"Awak tak gila. Gila adalah perkataan kejam yang dunia cipta untuk takutkan apa yang mereka tak faham. Tapi saya di sini bukan untuk label awak. Saya di sini untuk faham awak."
- Dr. NIYAZ GHAZWAN

Ketika kelakuan Adriana semakin ganjil, dia disangka gila, ditinggalkan oleh sahabat sendiri, dan terus dihantui oleh memori silam, termasuk seorang lelaki bernama Hairel, yang obsesinya hampir meragut maruah dan kewarasannya. Dalam kekeliruan antara realiti dan bayang-bayang dirinya sendiri, Adriana hampir musnah.

Dalam diam, Aveline sisi kedua Adriana telah lahir. Dia bukan khayalan, bukan halusinasi. Dia adalah penjaga, pelindung, dan juga pahlawan dalam tubuh yang sama. Aveline lebih berani, lebih tajam, dan lebih kejam bila perlu. Dia melawan demi Adriana, dan bila dunia tak lagi mampu melindungi Adriana... Aveline akan muncul tanpa ampun.

"Tapi awak dan Adriana... bukan dua orang berbeza, Aveline. Awak satu badan. Satu jiwa. Cuma..."
- Dr. NIYAZ GHAZWAN 

"Cuma beza dia menangis bila kena, saya bagi penumbuk kalau kena. Tu beza kami."
- AVELINE
All Rights Reserved
Sign up to add THE ETHEREAL DOCTOR | OG to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
60 parts Complete
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
The Lieutenant's Reverie | C by bylunabelle
24 parts Complete
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 (𝐄𝐝𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐕𝐞𝐫𝐬𝐢𝐨𝐧) 𝐀 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞-𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐪𝐡 𝐀𝐚𝐭𝐡𝐢𝐟 𝐚𝐧𝐝 𝐃𝐚𝐥𝐢𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐇𝐚𝐪𝐡 𝐀𝐚𝐭𝐡𝐢𝐟 adalah seorang tentera pasukan khas dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), seorang lelaki yang tenang, berdisiplin, dan sentiasa setia berkawan rapat bersama Darwish Adri. Namun, dunia Haqh mula berubah apabila dia bertemu dengan Dalia Adrine semula. 𝐃𝐚𝐥𝐢𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐧𝐞, seorang peguam jenayah yang berjaya, memiliki segala yang diimpikan kecuali ketenangan dalam hatinya. Hubungannya dengan teman lelakinya Nadhif kelihatan sempurna di luar, tetapi keraguan sering menghantui. Apabila takdir mempertemukan mereka semula Haqh dan Dalia, perasaan yang lama terpendam kembali muncul. Dalam dunia yang penuh dengan bahaya dan rahsia, Dalia terperangkap antara kesetiaannya kepada lelaki yang pernah dia cintai dan lelaki yang kini menyentuh hatinya dengan cara yang tak pernah dia jangka. Akankah dia membuat keputusan yang betul, atau adakah hatinya akan membawanya ke jalan yang tak terduga? 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 : Start : 𝟏 𝐉𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 End : 𝟏𝟎 𝐀𝐩𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 : #1 in novelmelayu #2 in romance #2 in action 🎵 - 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐞𝐦𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐲 𝐍𝐚𝐝𝐡𝐢𝐟 𝐁𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐡 All rights reserved @bylunabelle ©BYLUNABELLE, 2024
Ruthless [C] by wipkrimo
38 parts Complete
#1 beauties series | Ruthless : Puteri Amirah Dalam satu kejadian, Mama Amirah iaitu Olivia mati terkorban dan meninggalkan dia yang masih kecil itu terkapai-kapai di dunia tanpa kasih seorang ibu. Bukan itu sahaja, Papanya, Zahid pula mengalami kemurungan setelah kematian Mamanya. Tiada lagi seorang ayah yang ceria dan seorang ibu yang penyayang. Amirah hampir terkontang-kanting melayari dunia seorang diri. Mujur ada keluarga jiran yang prihatin berkongsi kasih sayang apabila Papanya dibawa oleh mak ciknya pergi berubat untuk merawat kemurungan di tempat yang jauh. Namun, bertahankah bahagia dan ketenangan yang Amirah mula rasakan itu? Bersama-sama dengan Aliya, Amirah mendapat kasih sayang seorang kakak yang dia tak pernah dapat. Dan bersama dengan Ali, dia tidak akan sunyi, harinya pasti ceria dan sentiasa rasa dilindungi. Rania dan Kamal pula tidak jemu memberi kasih sayang ibu dan bapa kepadanya meskipun dia merupakan sekadar anak jiran. Disangka panas hingga ke petang, namun hujan pula turun di tengah hari. Tiada apa yang akan kekal. Oleh itu si kecil Amirah membesar menjadi gadis remaja yang cekal, berjuang demi yang dia sayang serta mengembalikan keamanan, kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupannya semula. Mixed genres : teen fiction//romance//action//family TW : kata-kata kesat barangkali akan digunakan|perihal dadah|pembunuhan|penderaan keluarga dll. ! kesalahan tatabahasa, ejaan dan sebagainya pasti akan ada jadi saya memohon maaf terlebih dahulu. *kalau nampak typo roger-roger tau ! nama-nama di dalam cerita ini merupakan rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. ! merupakan idea asli saya sendiri jadi maaf yang dipinta jika ada yang tersama dan maaf tetapi dilarang untuk plagiat cerita ini. start : 160623 end : 260124
AliYa (EA)  by Nooroo_Edayu03
30 parts Complete
𝐀𝐥𝐢𝐘𝐚 ----------------- 𝐄𝐣𝐞𝐧 𝐀𝐥𝐢 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜 ... "Hei, jangan buli adik aku!" - ALIYA Walaupun beribu orang dilantik menjadi anggota polis, akan sentiasa bertambah angka jenayah. Siapa sangka, setelah menewaskan Niki, muncul pula orang penjenayah baru di Cyberjaya. Sudahlah iris tidak boleh diguna pakai lagi! Seorang Profesor bekas pesakit jiwa pula tiba - tiba mencipta mesin masa. Hanya untuk menyelamatkan anaknya daripada mati lemas. Disebabkan satu eksiden yang dibuat Ali sendiri, Aliya menjelajah dunia masa depan sewaktu Aliya masih lagi seorang ejen M.A.T.A. Malah bertemu pula dengan anak sendiri! "Mama, serius ke ni mama?" - ALI GHAZALI Kini, sertai M.A.T.A bersama dua anak beranak dalam menentang Prof Acta, seorang profesor gila. Profesor itu perlu ditentang segera sebelum banyak masa lepas yang akan diubah! Silap - silap terbawa orang British ke masa hadapan pula! Paling haru, iris milik Aliya ketika itu tiada override mood! "Eh, ejen Tekno yang baru ke? Tapi kan, muka perempuan tu iras muka kaulah, Ali! Seiras gila!" - KHAI "Akak..." - BAKAR "Kau orang tak faham perasaan aku! Rasa kehilangan! Jadi biar aku buatkan semua yang berada di sini berasa sakitnya perasaan aku!" - PROFESOR ACTA "Mama... jangan tinggalkan Ali...." - ALI GHAZALI Tetapi, mampukah mereka? Dan... mampukah Ali untuk kehilangan emaknya buat kali kedua? "Senyumlah, wahai sayangku. Mama ada di hatimu selalu. Pabila mama pergi... janganlah sedih." - ALIYA 🥽🥽🥽🥽🥽🥽🥽🥽🥽🥽 Complete ✔️ GENRE: Fanfiction, Action, Sci-Fi, Drama LANGUAGE: Malay AUTHOR: Nooroo_Edayu03 ACHIVEMENT: 🏆THE BEST FLORIARITY FANFICTION 2020 by Floriarity Award ©WAUANIMATION - Amaran: Cerita ini ada berkaitan dengan Ejen Ali The Movie 🥽🥽🥽🥽🥽🥽🥽🥽 Start: 16 November 2020 End: 15 Febuari 2021
Their Secret Love (OG) by thenellysha
6 parts Ongoing Mature
Relhan Zaarfi. Wajahnya tampan menawan, namun suratan nasibnya tragis. Beliau hanyalah seorang pengemis yang dipandang remeh, dihina, dianggap tidak bernilai oleh masyarakat. Beliau sekadar ingin meneruskan kehidupan, mengharapkan belas ihsan. Zalisya Adriana. Nama yang sinonim dengan kejayaan dan kejelitaan. "The Chef Woman" yang mendominasi arena kulinari Malaysia. Aura alpha woman-nya begitu kuat, memancarkan keyakinan diri yang tidak goyah. Pertemuan semula mereka setelah sekian lama sungguh menyayat hati. Relhan ditemukan terbaring di bahu jalan, dalam keadaan yang menyedihkan. Melihat nasib Relhan, hati Zalisya tersentuh. Beliau tidak dapat berdiam diri. "Awak nak kahwin dengan saya? Saya akan jaga awak."-Zalisya Adriana. "S...saya?"-Relhan Zaarfi Beliau yang kebiasaannya pemalu, kini dilanda kegugupan yang luar biasa di hadapan Zalisya. Ada sesuatu pada gadis itu yang membuatkannya terasa kerdil, namun pada masa yang sama, ada keinginan kuat untuk menerima tawarannya. Namun, realiti pahit melandanya. Dia sedar, dia hanyalah pengemis, tidak layak bersanding dengan Zalisya yang kaya raya dan terkenal. "kenapa kita perlu peduli apa yang orang cakap? diorang ke yang jaga kita? diorang ke yang merasa sakit kita?"-Zalisya Adriana. Akhirnya, Relhan mengangguk, menerima takdir yang tidak pernah beliau bayangkan.Namun dia jadi bersyukur kerana wanita itu sanggup menerima latar belakangnya.Cinta yang disemaisubur, akhirnya mekar mewangi,namun masih tersimpan sebuah rahsia yang belum terungkai Siapakah jejaka yang bernama Relhan Zaarfi yang sebenarnya di sebalik penampilan lusuhnya? Start:4 Mei 2025 End:??
YOU ARE MINE [C] by nanayenana
58 parts Complete
Tengku Rayyan Adrian merupakan seorang lelaki bekerjaya yang dikenali sebagai seorang yang berhati mulia. Dia mula hidup berdikari semenjak kehilangan kedua orang tuanya, dengan mengusahakan syarikat peninggalan arwah ayahnya. Namun, kebaikan yang diserlahkan telah membawa padah dan keburukan kepadanya. Dia telah diperangkap dan terpaksa bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi yang mana kejadian itu terjadi bukan kerana kesalahannya. "Saya mengandung! Awak kena bertanggungjawab atas apa yang awak dah buat pada saya." Nayla Airisya berkhidmat sebagai seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan terbesar di ibu negeri tempat kelahirannya. Belum lama berkhidmat di hospital itu, dia dipaksa berhenti dan berkhidmat sebagai seorang jururawat peribadi kepada keluarga Tengku Rayyan Adrian. Tugasnya adalah untuk menjaga dan mengurus isteri majikannya yang sedang sarat mengandung. Namun, segalanya berubah setelah sekali lagi dia dipaksa membuat dan menerima sesuatu yang tidak dia ingini. "Kau sendiri yang cakap, dia tak salah. Dia buat aku macam tu sebab dia sukakan aku dan nak memiliki aku. Jadi, aku pun tak salah lah. Aku buat kau macam ni sebab aku sukakan kau dan aku nak kau jadi milik aku." ____________ "Aku tak akan biarkan sesiapa pun rampas kau dari aku." Katanya dengan suara dingin dan tatapan tajam yang seolah-olah boleh membunuh sesiapa sahaja yang melihatnya. ✔︎The idea came from my dream, then the continuation of the story from my own mind ✔︎No plagirism. Original Story By Me. -nanayenana ________________________________ START = 4/10/2024 END = 19/4/2025 REPUB = 30/3/2025
𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀:𝐇𝐞𝐫 𝐒𝐨𝐮𝐥|𝐂  by Wenzo_
78 parts Complete Mature
𝐕𝐎𝐋 𝟏 𝑭𝑰𝑹𝑨𝑺𝑯 𝑨𝑹𝑰𝑨𝑵 & 𝑴𝑬𝑫𝑰𝑵𝑨 𝑨𝑼𝑳𝑰𝑨 Start: October 2023 (edit 2024) End:2025 Seorang gadis yang terbiasa memendam setiap luka, lebih memilih diam daripada meluah seperti perasaannya terhadap seorang lelaki. Namun, rasa itu tidak pernah terluah kerana antara mereka terbentang jurang darjat yang terlalu dalam untuk disilangi. "Biarlah perasaan suka ini hanya sekadar menyukai dan menghilang dengan sendirinya." - 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙣𝙖 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙖 "Aku tak akan biar kau kuburkan perasaan kau dengan mudah Medina...kau hanya untuk aku seorang sahaja" - 𝙁𝙞𝙧𝙖𝙨𝙝 𝘼𝙧𝙞𝙖𝙣 Namun sayangnya, saat 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙣𝙖 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙖 akhirnya mengumpul keberanian untuk meluahkan semuanya lelaki itu sudah tiada. Firash telah berpindah ke sekolah lain. Dan di saat itu, hati Medina Aulia hancur... kerana semua harapannya runtuh dalam sekelip mata. Satu pertemuan yang tak dijangka telah mengubah seluruh kehidupan 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙣𝙖 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙖. Peristiwa itu bukan sekadar takdir ia satu tamparan yang membuka semula luka lama. Tapi... adakah pertemuan ini mampu bertahan? Atau hanya sekadar persinggahan yang penuh luka? Mampukah mereka meneruskan rasa yang terbina, sedang rahsia silam mereka perlahan-lahan mula terungkai? Tanya sama hati... Adakah semua yang terbuku akan terjawab? Atau hanya akan meninggalkan lebih banyak persoalan tentang cinta, hidup, dan... kematian? ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi kata-kata kesat dan unsur-unsur yang kejam. Jika tidak suka sila skip story aku. Don't expect more from my story. "Aku Haramkan siapa yg copy story aku semua ni 100% idea sendiri." Maaf kalau ada kesalahan ejaan mahupun kekurangan ya dalam cerita ini, yang selebihnya pada Allah SWT. Hope you all enjoy my first story.🌹 Cerita ini tidak di edit sepenuhnya dari 2023. Ada masa free aku edit.
You may also like
Slide 1 of 10
Anugerah Terindah [C] cover
The Lieutenant's Reverie | C cover
Ruthless [C] cover
AliYa (EA)  cover
You're mine (on going) cover
KAISER : The Hidden King cover
Their Secret Love (OG) cover
YOU ARE MINE [C] cover
𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀:𝐇𝐞𝐫 𝐒𝐨𝐮𝐥|𝐂  cover
Dia Cinderella Amanda [TERBIT] cover

Anugerah Terindah [C]

60 parts Complete

↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?