Spylex: Keturunan Yang Terkutuk

Spylex: Keturunan Yang Terkutuk

  • WpView
    LECTURAS 6
  • WpVote
    Votos 2
  • WpPart
    Partes 1
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación lun, jun 16, 2025
Dalam dunia futuristik bernama Elyzaria, teknologi telah mengubah segalanya. Tiada lagi telefon pintar, sebaliknya, dunia kini dikawal oleh Myti Watch, sejenis peranti canggih berasaskan kristal eter yang bukan sahaja menghubungkan maklumat, malah menyimpan data magis, identiti, dan kebolehan sihir pemiliknya. Dalam dunia ini, makhluk dari pelbagai bangsa hidup bersama, manusia, elf, demi-beast, siren, bahkan Klan Naga.. Namun, di sebalik harmoni palsu itu, tersimpan sejarah gelap yang nyaris dilupakan, tentang satu bangsa istimewa yang kini hampir pupus: Bangsa Berdarah Suci. Bangsa ini bukan sekadar makhluk biasa. Setitis darah mereka mampu menghasilkan Mana Murni, bahan utama untuk mencipta eliksir penyembuh yang mampu menyembuhkan penyakit maut, menghidupkan sel mati, bahkan memulihkan jiwa. Lebih tragis, air mata mereka mampu berubah menjadi berlian sebenar, menjadikan mereka buruan sepanjang sejarah. Mereka tidak dibenarkan dibunuh atas nama undang-undang antarabangsa, tetapi "digunakan" untuk tujuan lain masih dianggap sah. Nerion, seorang anak lelaki yang ditinggalkan di tangga rumah anak yatim ketika masih bayi, tidak pernah tahu siapa dirinya. Sejak kecil, dia didera, dihina dan dihambakan bersama anak-anak yatim lain, dijadikan bahan ujikaji dan permainan manusia berhati binatang. Namun, dia tidak pernah menangis. Tidak pernah menunjukkan ketakutan. Sebaliknya, dia membesar menjadi seorang kanak-kanak hiperaktif, suka membuat kekacauan dan penuh dengan jenaka seolah-olah tiada derita yang boleh menyentuh jiwanya. Sehinggalah pada suatu hari, Dia dijual kepada seorang raja yang dikatakan kejam, dingin dan misteri melalui rumor yang beredar, yang secara tiba-tiba memutuskan untuk mengambil seorang anak angkat tanpa sebab yang jelas. Raja tersebut, digelar Emperor Kael'thor, adalah pemerintah Empayar Feryndal yang tidak pernah mengenal belas kasihan, dan kerana menyembunyikan banyak agenda gelap di sebalik wajah yang tampak mulia.
Todos los derechos reservados
#199
family
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀  𝐇𝐀𝐓𝐈?  | OG
  • Adventure Of Mary
  • Kedai  Air Buah Darlene
  • Demi Cita Cita Doktor Liyana
  • Praktikal Terlanjur
  • DUDUK SERUMAH DENGAN PEREMPUAN

𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈? Zaryth Elriff × Qasturi Elara Pertemuan mereka sejak di bangku sekolah, merungkaikan kisah permulaan mereka. Zaryth Elriff perlahan jatuh hati pada seorang rakan sekelasnya dari tingkatan 4. Hatinya mula cair dengan sikap seorang Qasturi Elara yang dikenali lemah lembut tapi tegas. Sikapnya itu menarik perhatiannya. Namun apakah daya, Zaryth hanya menanggung cinta bertepuk sebelah tangan sahaja. "Qasturi, kau boleh tolong ajarkan aku soalan yang ni?" - Zaryth Elriff "Senang kacang je ni. Meh aku tolong," - Qasturi Elara Atas permintaan Qasturi pada Zaryth, dia hanya mampu menerima dan menghormati keputusannya. "Kau.. tahu kan tahun ni kita spm?" - Qasturi Elara Qasturi lebih mengutamakan pembelajarannya berbanding bercinta. Baginya hal itu cukup membuang masa. Namun, kejadian 10 tahun lepas kini terungkit kembali apabila sang ayahnya mula muncul semula selepas hampir sedekad tidak bertemu. "Aku nak kau kahwin dengan dia, aku tak terima apa-apa bantahan. Faham?!" - Razeen Yahya Walau sedikit belai kasihan langsung tidak diberikan pada anak sulungnya itu. Tangisan dan keluhan sang anak dibiarkan seperti angin. Qasturi sedar, dia perlu bangkit dari hidupnya sendiri. Demi janji pada arwah bondanya, yabg perlu lunaskan dahulu. Baginya keluarga yang ada dengannya sekarang lebih penting. Masa depannya lebih diutamakan. Namun apakah Qasturi akan serta merta menerima lamaran lelaki itu? atau dia bakal membuka hatinya kepada Zaryth yang cintanya dibawa sehingga ke alam dewasa? atau cinta Zaryth bakal kekal bertepuk sebelah tangan? start : 8 nov 2025 end :

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido