32 parts Complete Jasmin Amira, seorang gadis yang sopan dan penuh kasih sayang, terpaksa menjalani kehidupan yang penuh cabaran apabila dia dipaksa berkahwin dengan Iskandar, pensyarah di sebuah universiti terkemuka tempat dia belajar. Walaupun Iskandar sudah mempunyai kekasih, permintaan Tok Wan untuk menjadikan Jasmin sebagai cucu menantunya memaksa Iskandar menerima perkahwinan itu.
Perkahwinan yang dimulakan tanpa cinta ini menjadi sebuah perjuangan berat bagi Jasmin, apabila sikap dingin dan egoistik Iskandar mula menguji kesabaran dan ketabahan hatinya. Jasmin menerima segala penderitaan, walaupun dia terus berusaha untuk memenuhi tanggungjawab sebagai isteri, walaupun Iskandar tidak pernah menunjukkan rasa sayang atau perhatian.
Iskandar mempergunakan Jasmin dengan menjebaknya dalam satu perangkap yang membuatkan Jasmin merasa terhina, lalu menceraikan gadis itu. Tetapi, kejahatan Dahlia yang tersembunyi mula terdedah, menyebabkan Iskandar akhirnya menyedari betapa banyaknya kesilapan yang telah dia lakukan, dan bagaimana Jasmin sentiasa berada di sisi tanpa meminta apa-apa.
Apakah yang akan terjadi setelah Iskandar membuka mata tentang kesilapannya? Akankah dia menebus kesalahannya, atau adakah Jasmin akhirnya berhak untuk kebahagiaan yang sebenar?